28 Februari 2009

Kisah untuk kita agar sentiasa beringat

Bumi milik Allah, di mana kita?

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi'ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar dia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Dia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku nasihat dan cara yang terbaik untuk menghentikannya!"

Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang ku berikan, Maka kau boleh melakukan maksiat."Tentu saja dengan penuh rasa keinginan nak tahu . Jahdar kembali bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?"

SYARAT PERTAMA:

Jika engkau melaksanakan atau melakukan perbuatan maksiat, janganlah kau memakan Rezeki Allah," ucap Ibrahim. Mendengar itu Jahdar mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu dari mana aku mahu makan? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?"

"Benar," jawab Ibrahim dengan tegas. "Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara kau terus menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?". "Baiklah," jawab Jahdar tampak menyerah.

SYARAT KEDUA:

Kemudian apa syarat yang kedua?". "Kalau kau berbuat maksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya," kata Ibrahim lebih tegas lagi. Syarat kedua ini membuatkan Jahdar tambah terkejut. "Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?"

"Benar wahai hamba Allah. Kerana itu, fikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?" tanya Ibrahim."Kau benar Aba Ishak," ucap Jahdar kemudian. "Lalu apa syarat ketiga?" tanya Jahdar.

SYARAT KETIGA:

Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat tersembunyi yang tak terlihat olehNya. Syarat ini membuat lelaki itu terperanjat. "Ya Aba Ishak, nasihat macam mana ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?" tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terperanjat. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi'ah tidak terkata dan membenarkannya. "Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat keempat?"

SYARAT KEEMPAT:

"Jika malaikat maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahawa engkau belum mahu mati sebelum bertaubat dan melakukan amal saleh." Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyedari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Dia kemudian berkata, "Tidak mungkin... tidak mungkin semua itu aku lakukan."

"Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari kemurkaan Allah?" Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.

SYARAT KELIMA:

Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, janganlah kau ikut bersama dengannya dan menjauhinya!"

Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan dan keinsafan. Dia berkata sudah pasti malaikat tidak akan membiarkan aku menolak keputusannya. Dengan wajah penuh sesal ia berkata, "Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah."

Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu'.


muhammadz: ingatan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja.


25 Februari 2009

Dimensi Kesenian Islam II

Klik imej untuk besarkan

ISIUKM dgn kerjasama NasyidFM Entertainment dan Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Konsert Dimensi Kesenian Islam. Maklumat mengenai konsert adalah seperti di bawah :-

Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia ( DECTAR UKM )
Tarikh : 21 March 2009 / 24 Rabiul Awal 1430Hijrah
Masa : 8 Malam
Tiket : RM 6
Artis : Devotees, Far East, Inteam, Nice
Slogan : Keamanan Sejagat

Konsert ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana yang akan disumbangkan kepada saudara seislam di Gaza, palestin.

Untuk pertanyaan lanjut dan untuk tempahan tiket anda boleh menghubungi :

Fikhry : ( 019 367 1003 )

Fauzana : ( 019 366 1089 )

Sebarang Sumbangan Untuk Tabung Gaza Palestin Boleh dibuat melalui :

Bank Islam : 12029010047880

Maybank : 562263010787

18 Februari 2009

Lirik budak sekolah

Bagi ustaz dan ustazah kat sekolah rendah dan menengah, bulan februari merupakan masa untuk mereka melatih dan membimbing anak-anak murid untuk persiapan menjelang tibanya Majlis Tadarus AlQuran (MTQ) Sekolah-sekolah. So, ramailah yang nak mencari lagu & lirik nasyid yang sesuai dan bertepatan dengan tema. Saya pun tak ketinggalan menerima "tempahan" membuat lagu dan lirik untuk budak-budak sekolah. Setelah memerah idea, siaplah lagu ala-ala padang pasir yang tak seberapa. Lagu ini saya bagi kat beberapa sekolah. Lagu sama untuk sekolah dari negeri berbeza. Oklah tu. hehehe..


Intro

Di ufuk harapan terbitnya sinar

Terbias kemilaunya menghapus gentar

Siaga menggapai bebintang cerlang

Semangat membina ummah gemilang..


Chorus

Cahaya hidayah kurniaan yang Esa

Nikmat tertinggi tiada taranya

Menyemai iman menyulam taqwa

Terbina akidah utuh perkasa


Akidah tunjang pembentuk jati diri

Membina modal insan yang berkualiti

Duniawi ukhrawi cemerlang diimpi

Mendamba rahmat redha Ilahi


Ibadah dilaksana tanpa alpa

Segala nikmat syukur sentiasa

Quran sunnah tersemat di dada

Tulus jiwa berakhlak mulia


Pegangan lurus digenggam erat

Biar dugaan menggugah hebat

Asalkan hidup beroleh berkat

Bahagia di sana menjadi matlamat



muhammadz: lagu ni takde tajuk lagi, cek tengah dok pikiaq lagi.


16 Februari 2009

Devotees di Pancaindera Mingguan Malaysia 15 Februari 2009

Alhamdulillah, setelah menanti selama seminggu, akhirnya keluar jugak cerita Devotees kat Pancaindera Mingguan Malaysia edisi 15 Februari 2009. Ada jugak la publisiti Devotees untuk awal 2009 ni. Thanx a lot to abg syed mussaddad for publishing the story.

Click image to enlarge

10 Februari 2009

The Road Not Taken


Suddenly this poem passed by my mind. I've learnt this poem few years ago when I was in Form 5 (if I'm not mistaken). This poem is very meaningful for me at this crucial moment. It was written by Robert Frost. Ponder it..

THE ROAD NOT TAKEN
(Robert Frost)

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

09 Februari 2009

Antara Dua Jalan


antara dua jalan

ada ketikanya
keliru itu datang
kerana dihadapan
ada dua jalan

mana menjadi pilihan
antara dua jalan
kiri atau kanan
sukar ditentukan

andai langkah kaki
ke jalan yang kiri
di hadapan belum pasti
apa yang menanti

andai langkah ke kanan
masih samar arah tujuan
tak tahu ke mana haluan
kabur tak terbayangkan

antara dua jalan
pilihlah...



03 Februari 2009

Konsert Amal Manis V UKM


InsyaAllah Konsert Amal Manis V sempena Dimensi Kesenian Islam II akan diadakan di Dectar, UKM Bangi pada 21 Mac 2009 nanti. Bakal menampilkan empat kumpulan nasyid tanah air; Inteam, Fareast, Devotees dan Nice, persembahan yang bertemakan "Keamanan Sejagat" pasti akan memberi kelainan buat peminat-peminat nasyid. Konsert ini merupakan kesinambungan Manis I, II, III dan IV yang pernah dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) sebelum ini. Jangan lupa dapatkan tiket anda untuk menyaksikan Konsert istimewa ini. Sambil berhibur anda juga boleh menderma kepada saudara-saudara kita di Palestin. Maklumat lanjut dan terkini sila lawati http://dki2isiukm.blogspot.com.

Jumpa saya dan Devotees di KONSERT AMAL MANIS V NANTI!! =)