09 Februari 2009

Antara Dua Jalan


antara dua jalan

ada ketikanya
keliru itu datang
kerana dihadapan
ada dua jalan

mana menjadi pilihan
antara dua jalan
kiri atau kanan
sukar ditentukan

andai langkah kaki
ke jalan yang kiri
di hadapan belum pasti
apa yang menanti

andai langkah ke kanan
masih samar arah tujuan
tak tahu ke mana haluan
kabur tak terbayangkan

antara dua jalan
pilihlah...



3 ulasan:

rimbunanHati berkata...

dalam dilema?luahan ka? hehehe.
tulisan yg betul-betul difahami.

MaWArBerDuRi berkata...

walau mana satu jalan yang kita pilih,,yang pasti akan ada ujian buat kita dan kita perlu bersedia,,right.. (^_^)

muhammad berkata...

situasi seperti ini selalu terjadi dalam hidup kita..pilihlah yang terbaik. pohonlah petunjuk dari Allah.