18 Mac 2009

Countdown to Konsert Amal Manis V


Konsert Amal Manis V, DKI II UKM tinggal beberapa hari sahaja lagi. Saya yakin urusetia program sedang bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir untuk memastikan kejayaan konsert. Saya dan Devotees juga membuat beberapa siri latihan untuk konsert tersebut. InsyaAllah kami akan tampilkan sesuatu yang berlainan daripada persembahan-persembahan sebelum ini. Di sudut hati juga berdebar sedikit menanti puisi nukilan saya yang akan dipersembahkan sebagai sebuah pentomen berlatarkan penderitaan rakyat Palestin. Juga tidak sabar untuk menyaksikan persembahan rakan-rakan artis lain; Inteam, Fareast dan Nice yang pasti menampilkan sesuatu yang istimewa. Kepada yang belum dapatkan tiket, boleh dapatkannya pada hari Konsert. Jumpa di sana!


muhammadz: Jangan lupa dengarkan Segmen Nasyid On Stage IKIM FM pada 19 Mac 10 malam. Ada promosi Konsert Amal Manis V bersama wakil-wakil artis.

8 ulasan:

Nadzirah berkata...

Alhamdulillah, akhirnya saya dan keluarga berpeluang menyaksikan persembahan yang best daripada kesemua artis (Nice, Devotees, Far East dan In Team). We really enjoyed the concert. My favorite part was when Devotees sang my favorite song, "Bersama". Dan happy jugak dapat tengok persembahan pentomin puisi nukilan Muhammad sendiri. Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi.

Thanks for the great performance, :-)

hidayah86 berkata...

best...dan puas hati :)

anwar_KUIS berkata...

salam.best konsert MANIS kali ni.lain dari yg lain.sgt kontemporari.tahniah utk bhgn pentomen sajak palestin tu.nanti boleh la latih bdk2 KUIS pulak ye.;)

zul_uitm berkata...

salam.wah,mmg best konsert MANIS kali ni.tahniah atas kejayaan bhgn pentomen tu.pandai bro muhd wt sajak.mmg amat tersentuh jiwa menghayati setiap bait kata n lakonan pentomen tu.hehe.

zul_uitm berkata...

bro,mcmmne boleh dpt idea utk part pentomen tu?kongsi la dgn kami.kami berminat utk meneruskannya di Uitm 1 masa nanti.insyaALLAH,mudah-mudahan.hehe.doakan la ye.

SYAFIQ_UiTM berkata...

salam.tahniah.jujur saya katakan,persembahan dvts mmg best mlm tu.persembahan pentomen & persembahan final(utkmu palestin + doa wahdah) mmg kemuncak kegemilangan konsert amal MANIS V.tahniah bro,sajak hang pa mmg best!!

muhammad berkata...

terima kasih semua. actually, untuk pentomen tu saya just buat sajak tu dan bagi kat adik2 palapes ukm utk pentomen. so latihan n idea utk pentomen tu dorg yang buat sendiri. anyway, saya pun tersentuh dgn persembahan dorg mlm tu.

azman_ukmkl berkata...

Salam.sy kagum dgn slot pentomen palestin tu.wahaha,adik2 ke yg blakon slot tu? cam x caye je.huhu.ingatkan palapes tu pangkat senior.tahniah!