06 April 2009

Keindahan Alam..



Keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa

Mempesona setiap pandangan mata

Tak tergambar dengan hanya kata-kata

Menusuk rasa kehambaan di jiwa

Lantas bibir memuji dan mengagungkanNya

SubhanAllah, Maha Suci Allah Yang Maha Esa

Begitu hebat lagi Maha berkuasanya Dia

Lalu renunglah betapa kerdilnya kita

Terdampar di atas alam yang fana

Terlalu lemah tiada upaya

Hanya bersandar pada kurniaanNya

Sedarkah kita?

Masih utuhkah keegoan kita?

Sering enggan tunduk patuh kepadaNya

Sering suka bila membuat dosa

Sering benci dan malas pada suruhanNya

Aduh… mudah benar kita murka

Ya Allah ampunilah hamba

Ya Allah kurniakan petunjuk buat hamba

Ya Allah jauhkan hamba dari segala dosa

Ya Allah rahmatilah hamba

Agar langkah ini lurus sentiasa

Menuju ke arah taman syurga

JanjiMu untuk hamba yang bertaqwa


1 ulasan:

Allah sj yg menilai sglnya.tq berkata...

''Sesungguhnya peluang untuk bertugas mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah. Allah lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati baik hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan yang dikurniakan Allah kepada seorang pendakwah, bukannya bebanan.''