22 Jun 2009

Detik itu tiba lagi


Waktu amat pantas berlari.
Malam siang silih berganti.
Hitam putih datang & pergi.
Dan tanpa ku sedari.
Detik itu tiba lagi.


24 tahun sudah di sini.
Di negeri yang fana ini.
Tak bertepi nikmat diberi.
Tak putus kurniaan rezeki.
Semuanya milik Ilahi.


Terima kasih Ya Rabbi.
Atas segala yang kau beri.
Ku pinta hudaMu pimpin diri.
Ku damba kasihMu suci hati.
Tetapkan iman di sanubari.
Sampai saat nafas terhenti..

08 Jun 2009

Jom Heboh Danga Bay

Lepas show kat Jom Heboh 30-31 Mei lepas, tak sempat lagi nak update blog ni sebab melalui minggu yang paling busy. Sibuk nak mengejar dan dikejar deadline yang berlambak-lambak. Anyway, alhamdulillah show di Jom Heboh, Danga Bay Johor Bahru berlangsung dengan jayanya. Walaupun cuaca agak panas dan meletihkan, namun pengunjung yang ramai memeriahkan booth Kota Ilmu menyuntik semangat untuk terus melayan kunjungan mereka. Devotees diberi tugas untuk menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth Kota Ilmu yang dibawa khas oleh Jabatan Dokumentari Islam TV3. Antara rancangan terbitan mereka ialah Al-Kulliyyah, Al-Hidayah, Jejak Rasul dan lain-lain.

Soalannye ialah... Sape cepat die dapat! Kat belakang tu mewarna elok2 ye!

Sepanjang 2 hari berada di Kota Ilmu, macam-macam aktiviti yang kami kendalikan untuk semua pengunjung. Kuiz mengenai sirah para Rasul mendapat sambutan hangat sebab soalan-soalannya semua senang-senang. Adik-adik kecik hingga la ke pakcik-pakcik berebut nak jawab soalan. Siapa dapat jawab dapat la hadiah. Adik-adik kecik yang datang ke Kota Ilmu di sebelah petang ramai yang join peraduan mewarna. Macam-macam gelagat adik-adik yang comel-comel tu. Warna gigi keldai pun macam warna pelangi. hehe. Kerusi beracun juga menjadi tarikan para pengunjung. Yang uniknya mereka bermain sambil berselawat beramai-ramai. Lain-lain aktiviti ialah becerita kisah-kisah nabi dan ceramah motivasi oleh ustaz jazlan. Memang best dan energetic ceramah oleh ustaz. Suaranya yang lantang dan bersemangat cukup untuk menarik crowd datang memenuhi Kota Ilmu.

Mempersembahkan lagu2 sambil bermandi peluh

Para pengunjung Kota Ilmu

Terima kasih kepada semua yang datang ke Kota Ilmu di Jom Heboh Danga Bay. Istimewa untuk adik istimewa, Adik Fazlisyah dan familynya yang cukup ceria dan happening sepanjang kami membuat persembahan dan mengendalikan aktiviti-aktiviti di situ. Sampai stay kat situ sepanjang 2 hari. Terima kasih jugak kepada krew2 Kak jun, ust Halim dan lain-lain. Alhamdulillah kutipan yang diterima untuk tabung bersamamu dikatakan yang ketiga tertinggi antara semua booth2 jom heboh. Terima kasih semua!

Halim melayan telatah adik Fazlisyah