06 Ogos 2009

Waspada!

Situasi mutakhir cukup merisaukan, macam-macam penyakit dan bencana; terutamanya H1N1 dan jerebu. Di Melaka saja, dah 4 orang mangsa H1N1 meninggal dunia. Hospital dan klinik penuh sesak dengan orang ramai yang bimbang tentang keadaan kesihatan mereka. Salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah sepupu kepada kawan saya di tempat kerja. Memang dunia ini kecil saja. Dulu hanya dengar berita tentang selsema babi nun jauh di Mexico, di benua Amerika Tengah yang dipisahkan dengan lautan & daratan yang luas dari negara kita. Namun sekarang, semuanya sudah ada di depan mata. Cukup pantas menularnya wabak bahaya itu.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi virus yang berasal daripada binatang yang diharamkan untuk umat Islam itu. Sama-sama juga doakan mereka yang telah pergi agar ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Ameen.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

btl tu..kt campus sy ttup 1mnggu d'sbbkn wabak ni..lgipun penyebaran tu melalui udara..so mmg pntas la coz ianya gas kn..yg jerebu pn sme.,kt cni pn truk..sdgkn UV ray skh pn d'thp bahaya..jd jgn berjemur sgt la..bersama2 la kita doa agr wabak tersebut xde n xmngancam mnusia..ingtla ni 1peringatan dri Allah..-hanisah

khilkhir berkata...

melaka teruk...jln dekat MC pun xnmpk mase balik intebiu td...ALLAHUAKBAR...same2 la kite doa...

Nurhanisah Sejari berkata...

assalamualaikum..kesihatan skg ni pn kne jage2 coz penularan H1N1 smkin membimbangkan..terutama di kwsn bndar yg ramai org..kne jge la kshtn diri..mencegah lbh baik dripd merawat..wassalam