13 Disember 2009

Catatan Kembara Kemboja 2009 Siri II


Hari ketiga berada di Phnom Penh, bagai terasa sudah berada lama di sini. Pagi itu kami menaiki tuk-tuk untuk ke Phnom Penh dari rumah Suhaimi di kilometer 8. Memang best naik tuk-tuk di pagi hari. Dapat menghirup udara pagi dan melihat suasana kehidupan masyarakat di sini di waktu pagi. Walaupun masih di awal hari, namun jalan raya agak sibuk dengan pelbagai kenderaan terutamanya motosikal. Ramai penduduk di sini yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan mereka. Difahamkan peraturan memakai topi keledar baru saja dikuatkuasakan tahun ini. Ramai yang sudah memakai topi keledar berbanding ketika kami ke sini setahun lalu. Sampai di Phnom Penh kami terus ke Halal Restaurant untuk menikmati sarapan pagi bersama-sama rombingan Kembara Korban yang suda pn menanti di situ. Pagi itu kami meng'order' bihun sup ala kemboja yang dipanggil kuey tiow disitu. Rasanya mmm.. not bad.


Naik tuk-tuk

Sarapan Kuey tiow; Bihun sup ala Kemboja..

Selesai bersarapan, kami semua berjalan kaki ke pinggir Sungai Tonle Sap. Program seterusnya memang best; menaiki bot menyusuri Sungai Tonle Sap! Kami bersama krew-krew Ez Qurban dan peserta Kembara Korban dipecahkan kepada dua kumpulan untuk menaiki dua buah bot yang berasingan. Maklumlah ramai, satu bot tak cukup. Perjalanan menyusuri Sungai Tonle Sap memang mengasyikkan. Dari tengah sungai kami dapat melihat suasana bandar Phnom Penh dari sudut pandang yang berbeza. Di pertemuan Sungai Tonle Sap dan Sungai Mekong, kami dapat melihat sebuah kampung nelayan. Keluasan pertemuan 2 sungai itu memang besar. Tak pernah lagi melihat sungai sebesar itu di Malaysia. Si situ kami dapat menyaksikan nelayan-nelayan yang sedang menebar jala mencari rezeki di sungai ini. Rata-rata nelayan yang kami lihat mencari ikan bersama-sama isteri dan anak-anak. Malah difahamkan ada yang memang tinggal di atas perahu bersama keluarga tak kira siang ataupun malam. Perjalanan menyusuri sungai Tonle Sap berakhir dengan kepuasan yang tergambar di wajah semua. Satu pengalaman baru yang sukar dilupakan. Tapi yang sedihnya, bateri kamera dah 'kong'. Terlupa nak charge semalam. Terpaksalah menumpang kamera orang.


Tebing sungai Tonle Sap

"Yeye, seronoknya naik bot!" Ustaz Erwan Ikim fm (baju oren)

Berlatarkan bandar Phnom Penh dari tengah sungai Tonle Sap


Atas bot menyusuri Sungai Tonle Sap. Pic credit to Ashraf

Seterusnya sekali lagi kami ke Central Market atau Psar Thmey untuk memberi peluang kepada peserta-peserta Kembara Korban membeli belah untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang pada petangnya. Saya sekadar meninjau-ninjau barang-barang yang ada di situ kerana saya dan Devotees masih ada masa sehari lagi di Phnom Penh. Menjelang tengahari kami bergerak enaiki tuk-tuk menuju ke sebuah restoran City Cat untuk makan tengahari bersama-sama semua ahli rombongan Kembara Korban. Makan tengahari kali ni memang special dan memang menyelerakan. Maklumlah perut dah lapar lepas penat berjalan-jalan. Selepas makan, kami bersalam-salaman dengan semua anggota rombongan yang akan terus ke airport untuk berlepas pulang ke tanah air. Sementara itu, kami pula menaiki tuk-tuk untuk kembali ke rumah Suhaimi untuk berkemas-kemas sebelum check in di Hotel New York, penginapan untuk malam terakhir kami di sini.


Psar Thmey aka Central Market

Petang itu selepas check in hotel, kami bebas merancang agenda kami sendiri. Setelah semua setuju, kami bergerak ke Tuol Tom Pong atau Russian Market untuk melihat apa-apa yang boleh dibeli untuk dibawa balik ke Malaysia. Pasar ini memang besar dan macam-macam ada di situ. Pakaian, kain, makanan, barang-barang basah, cenderahati dan banyak lagi. CD dan DVD cetak rompak pun banyak. Nasib baik takde KPDNKK kat sini. Setelah puas meninjau-ninjau barang-barang di dalam pasar ini, masing-masing pun dah pegang beberapa beg plastik. Saya sempat membeli kain pasang untuk mak, baju kemboja untuk ayah dan beberapa souvenir untuk kawan-kawan. Bolehlah dibawa balik sebagai buah tangan.

Penat berjalan, petang itu kami berehat di hotel saja. Tambahan pula dengan cuaca yang agak panas, memang nikmat berehat di bilik yang berhawa dingin. Petang itu saat berpisah dengan Suhaimi pun tiba. Dia terpaksa pulang awal untuk persiapan ke kuliah pada keesokan hari. Sedih berpisah dengan Suhaimi, tak tahu bila dapat bertemu kembali. Selepas solat maghrib, kami makan malam di sebuah restoran halal berdekatan tasik Boeng Kak. Tapi hari dah malam, tak dapat nak tengok tasik tu. Malam itu saya order nasi goreng 'loklak'. 'Loklak' tu daging ayam yang dimasak dengan resipi Kemboja. Tak tau nak explain macam mana. Yang penting rasanya boleh tahan, sedap... Selepas makan kami bersiar-siar di sebuah pasar malam yang memang meriah dan ramai orang. Pasar malam tu lebih kurang kat Malaysia, ada jual makanan, pakaian dan banyak lagi. Kami sempat ke dataran sungai Tonle Sap yang berhampiran untuk bergambar dan melihat suasana malam di situ. Ramai yang sedang bersantai di tepi sungai bersama kawan-kawan dan keluarga. Puas bergambar, kami pun balik hotel untuk tidur. zzz...

Hari terakhir di Phnom Penh, kami bersarapan di Mamak's Corner, sebuah restoran halal milik rakyat Malaysia. Kalau dah kedai mamak apa lagi, roti canai la. Restoran ini menyediakan makanan-makanan Malaysia. Kalau orang Malaysia yang rindu makanan Malaysia, boleh lah datang ke sini. Baru 4 hari kat sini dah rindu makanan Malaysia ke? Hehe.. Lepas makan, sekali lagi kami ke Central Market untuk shopping buat kali terakhir. Orang kata, shop till you drop. hehe.. Macam-macam jugak barang yang dibeli pagi itu, siap ada yang beli beg baru untuk isi barang-barang yang dibeli di sini.

Lepas semua dah puas membeli belah, kami pulang ke hotel dengan berjalan kaki. Saja je nak cuba berjalan di tengah bandar Phnom Penh. Lagipun orang kata hotel tempat kami tinggal tu tak jauh dari Central Market. Walaupun pada mulanya tersesat sikit, tapi akhirnya kami sampai jugak di Hotel New York walaupun jalan tak berapa sure. Berpeluh jugaklah nak sampai. Kami berkemas-kemas untuk check out dari hotel untuk ke airport. Sebelum ke airport kami singgah sebentar di sebuah restoran halal untuk makan tengahari.

Pengembaraan kami di Kemboja berakhir bila penerbangan kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh kira-kira jam 6.30 petang waktu Malaysia. Alhamdulillah, pengalaman kali ini lebih bermakna dan pasti tidak akan dilupakan. InsyaAllah panjang umur ada rezeki kami kembali lagi ke bumi Kemboja. Terima kasih tak terhingga kepada Ez Qurban dan semua krew2 nya.

4 ulasan:

Nurhanisah Sejari berkata...

Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah,bersyukur kpd Allah kerna kita masih dipnjangkn umur..sy ingin mmberi sedikit komen disini..pengembaraan yg abg muhammad coretkan mmg mnyeronokkan..sperti sy juga berada di kemboja..ckup utk sy merasakn pengalaman yg indah yg dibawa oleh abg2 devotees wlaupun sy xpernah ke kemboja..dimana kita dpt melihat suasana berhari raya haji oleh saudara2 kita di kemboja..sy juga melihat blog abg halim cuma xdpt tgk video pngembaraan krna ade mslh line internet,mngkin xde rezeki sy..insya-Allah sy cuba lg..terima ksh atas perkonsian pngalaman abg2 devotees..

jundi Alabrar berkata...

bestnya ko teh...boleh jalan pi merata tempat....
gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin....goog luck ur life...

muhammad berkata...

Waalaikumsalam hanisah, insyaAllah ada rezki hanisah berpeluang ke sana juga nanti.

Unai: thanks datang blog sia. rindu la ranau..hehe

Nurhanisah Sejari berkata...

Insya-Allah..aminn...