28 November 2010

Kembara Qurban 2010 : Siem Reap-Phnom Penh Part II

Hari Kedua (16.11.2010)

Usai bersiap-siap dan bersarapan nasi lemak & roti canai, kami bertolak ke destinasi yang paling dinanti-nantikan di Siem Reap ini, pastinya tapak bersejarah Angkor Wat. Tak sabar nak melihat dengan mata sendiri tinggalan artifak yang pernah dicalonkan sebagai antara keajaiban dunia itu. Sedikit latar belakang mengenai Angkor Wat. Ia merupakan kompleks keagamaan yang dibina oleh Raja Suryavarman II pada awal kurun ke 12. Bermakna usia Angkor Wat sudah mencecah kira-kira 800 tahun. Ia dibina berasaskan seni bina Khmer yang cukup kompleks dan proses pembinaannya dikatakan mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Angkor Wat adalah bahasa Khmer yang bermaksud "Kota Kuil". Terletak di kawasan yang dipanggil Angkor yang tidak jauh dari bandar Siem Reap. Wah, dah macam cikgu sejarah pulak.

Kaunter tiket Angkor Wat
Setibanya di kaunter tiket, kami diarahkan untuk turun daripada bas untuk diambil gambar. Setiap pelawat yang ingin memasuki kawasan Angkor Wat dikehendaki memiliki pas masuk yang tertera gambar sendiri., agak unik. Bayaran yang dikenakan untuk seorang pelawat adalah sebanyak $20 USD. Selepas selesai urusan tiket, kami terus menuju ke Angkor Wat. Tiba di sana, pandangan sudah terasa aura keunikannya. Dari jauh saujana tersergam kompleks Angkor Wat yang di kelilingi tasik yang tenang. Kami berjalan kaki untuk ke pintu gerbang dan bangunan utama. Laluan untuk ke pintu gerbang merentasi tasik yang dihiasi dengan bunga-bunga teratai. Lensa kamera tidak putus-putus menembak sudut-sudut menarik seni bina artistik dan lamannya yang sungguh cantik. Memang mengagumkan. Laluan ke bangunan utama pula dipagari dengan pagar batu yang terukir cantik dan di kelilingi taman yang menghijau. Fikiran membayangkan bagaimana keadaan kawasan tersebut ketika 800 tahun dahulu. Tentu sangat cantik. Mengikut sejarah, binaan keseluruhannya menggunakan batu pasir yang diangkut daripada Gunung Kulen yang terletak 40 kilometer dari situ. Yang menjadi tanda tanya, bagaimana batu pasir yang begitu banyak dapat diangkut dalam zaman yang tidak ada kenderaan dan jentera-jentera pembinaan.

Tiba di Angkor Wat

Pintu gerbang Angkor Wat

Posing jap

Pagar sepanjang laluan ke bangunan utama
Pelancong-pelancong Jepun

Penerokaan Angkor Wat diteruskan sampai ke bangunan utama. Matahari semakin terik memancar cahayanya. Tapi sikit pun tak mematahkan langkah menghayati keajaiban ciptaan manusia yang dikurniakan kebijaksanaan oleh Yang Maha Pencipta. Menakjubkan. Itulah perasaan bila memasuki bangunan utama Angkor Wat. Setiap sudut di dalam bangunan mempunyai keunikan tersendiri dan dihiasi pelbagai ukiran yang cukup kompleks. Dinding, tiang, siling dan lantainya memperlihatkan betapa teliti dan hebatnya mereka yang membina bangunan tersebut. Sangat asyik melihat hingga terpisah dengan kawan-kawan. Saya lebih senang berjalan sendirian sebab lebih mudah dan bebas untuk meneroka setiap sudut bangunan dan menangkap gambar-gambar yang menarik. Kalau nak tahu, mengikut jurutera moden, anggaran masa yang diperlukan untuk membina kompleks hebat ini adalah 300 tahun, tapi mengikut sejarah ia hanya mengambil masa kurang daripada 40 tahun. Hebat kan! UNESCO telah mengiktiraf Angkor Wat sebagai Tapak Warisan Dunia yang agung atas kehebatan seni bina dan nilai sejarahnya. Oh ya, mengikut rekod Angkor Wat adalah kawasan keagamaan yang terbesar di dunia yang pernah dibina. Memang sangat luas dan kami pun tak mampu untuk meneroka keseluruhan kawasannya. Selain Angkor Wat, banyak lagi kuil-kuil di kawasan berhampiran yang turut menjadi tumpuan pelancong seperti Bayon dan Angkor Thom. Ramai pelancong terutamanya dari Korea dan Jepun menghabiskan masa beberapa hari untuk melawat kesemua tapak-tapak sejarah tersebut.

Posing di satu sudut dalam Angkor Wat

Salah satu ukiran dinding yang cantik

Rehat kejap

Tangga naik ke bahagian atas. Tak dapat naik sebab ramai sangat pelancong berbaris

Salah satu tangga lama

Menjelang tengahari kami berkumpul di hadapan Angkor Wat sambil berehat menghadap tasik. Semua sudah kelihatan penat tapi puas. Tak sangka berpeluang melihat sendiri tempat-tempat ajaib sebegini. InsyaAllah ada rezeki nak ke keajaiban-keajaiban dunia yang lain pula. Selepas semua berkumpul, kami kembali ke hotel penginapan untuk berehat, solat dan makan tengahari.

Kerja-kerja baik pulih yang sedang dijalankan

Ukiran tentang kisah hidup mereka

Signboard tapak warisan dunia UNESCO

Hadapan Angkor Wat

Petang itu kami ke Old Market di Siem Reap untuk membeli-belah. Tapi saya hanya sekadar bersiar-siar sahaja sebab nak shopping di Phnom Penh nanti. Petang itu juga Devotees, Muadz dan Hafiedz ke Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah Kg Stengmai lokasi untuk persembahan pada malam nanti untuk soundcheck. Persembahan bermula selepas isyak. Kami membuat persembahan yang santai sahaja untuk malam raya itu. Dimulakan dengan takbir raya oleh Ustaz Erwan dan diikuti dengan persembahan Mu'adz dan Hafiedz, seterusnya Devotees. Alhamdulillah sambutan penduduk amat baik. Abon juga sempat mengisi satu sot dengan lawaknya. Beberapa orang peserta Kembara Qurban turut menghulurkan sumbangan kepada wakil penduduk, Ustaz Musa. Usai persembahan, kami dihidangkan dengan hidangan istimewa Siem Reap, lembu naik bukit atau dalam bahasa Khmer, 'kew lang phnom'. Bahan-bahannya cukup ringkas, daging lembu yang diperap dengan sos tiram dan sayur-sayuran. Kami memasaknya sendiri di atas kuali yang 'berbukit' dan berlubang-lubang. Unik. Memang tak jumpa kalau di Malaysia. Cara memasaknya pun sangat simple, cuma panaskan minyak dan mentega, dan teruskan masukkan daging yang diperap tadi. Rasanya, mmmm enak sekali. Dagingnya fresh dan manis dicicah dengan sos black pepper. Sedap. Semua makan sambil masak dengan khusyuk sampai kekenyangan. Alhamdulillah....


Kanak-kanak bersedia menanti persembahan

Sebahagian penduduk tempatan yang hadir

Ustaz Erwan dan Rozali pengacara bersama

Persembahan Mu'adz dan Hafiedz

Persembahan santai Devotees

Lembu naik bukit 'kew lang phnom'

Mencuba bakat memasak

Ni rupanya yang dah masak

Selesai menjamu selera, kami kembali ke hotel untuk berehat dan bersiap-siap untuk check out awal pagi esok. Selamat malam. Bersambung lagi. =)

23 November 2010

Kembara Qurban 2010: Siem Reap-Phnom Penh Part I

Alhamdulillah. Sekali lagi Devotees berpeluang menjejakkan kaki di Kemboja untuk kali yang ketiga. Kali ini lebih meriah dengan kehadiran Abon, Mu'adz, Hafiedz Udu, Ustaz Erwan IKIM.FM serta peserta-peserta Kembara Qurban. Terima kasih kepada EZ Qurban, terutamanya Ustaz Azhar & Puan Nor'adzimah yang sudi menaja kami ke sana. Juga kepada urusetia Kembara especially Sarah & Siti Noor Syazwana. InsyaAllah di ruang ini saya akan coretkan pengalaman kami sepanjang berada di sana untuk perkongsian bersama.


Hari Pertama (15.11.2010)

Bangun seawal pukul 2.00 pagi dan bersiap-siap untuk kali terakhir. Bertolak pukul 3.00 pagi ke LCCT bersama ayah, dan 2 orang adik Syarah & Safura yang turut sama ke Kemboja. Sampai di LCCT kira-kira pukul 3.30 pagi. Urusetia sudah setia menanti di food court untuk pendaftaran para peserta. Kelihatan ramai juga peserta yang sudah tiba. Devotees yang lain belum kelihatan. Khabarnya kereta yang dinaiki tayarnya pancit. Berat sangat kot haha. Menjelang 4.30 pagi semakin ramai peserta yang tiba dan sebahagiannya sudah ke kaunter check-in. Setelah selesai semua, kami masuk ke departure hall untuk solat subuh sambil menanti masa untuk berlepas.

Siem Reap - Ready for check-in

Hampir pukul 7.00 pagi, pesawat Air Asia AK280 berlepas dari LCCT menuju ke Siem Reap. Dapat tempat duduk sebelah pintu kecemasan betul-betul dekat sayap. View terhalang sikit tapi ok lah. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam 5 minit agak membosankan sebab tak tau nak buat apa. Belek majalah Travel 360, lelap kejap, lepas tu order nasi lemak & white coffee untuk breakfast. Shauqi yang duduk sebelah lena sampai ke Siem Reap.

Take off!

Pukul 9.00 pagi selamat mendarat di Siem Reap International Airport. Di runway agak lengang, cuma pesawat kami sahaja yang ada. Cuaca di Siem Reap agak mendung. Ikut weather forecast memang musim hujan di sana tapi harap-harap ramalan tak menjadi kenyataan. Selepas selesai urusan bagasi, imigresen & kastam, kami semua berkumpul di luar untuk menanti bas. Kami disambut oleh Rozali & adiknya Husniya yang merupakan wakil Ez Qurban di sana. Muka masing-masing agak penat sebab mungkin tak cukup tidur malam tadi. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan yang akan menaiki 2 bas yang berbeza untuk ke hotel yang akan dihuni sepanjang berada di Siem Reap. Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak hotel di tepi jalan. Memang Siem Reap menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari Korea & Jepun yang gemar melawat tinggalan-tinggalan sejarah di sini. Bandar Siem Reap tidak sesesak Phnom Penh dan kelihatan lebih teratur. Tiba di Hotel Sorphoun Villa, masing-masing seperti sudah tak sabar nak masuk bilik untuk berehat. Mungkin nak tebus tidur yang tak cukup semalam. Hotel Sorphoun Villa adalah satu-satunya hotel yang dimiliki oleh orang Islam di Kemboja dan terdapat sebuah restoran halal di hadapan hotel tersebut. Sebahagian peserta menginap di sebuah lagi hotel berhampiran iaitu New Siem Reap Town hotel.

Siem Reap International Airport

Sempat posing sebelum naik bas. Devotees, Bro Mu'adz, Hafiedz & Ust. Erwan

Hotel Sorphoun Villa tempat kami menginap

Selepas berehat, solat zuhur & makan tengahari. Kami bertolak ke destinasi pertama untuk dikunjungi, iaitu tasik terbesar di Asia Tenggara; tasik Tonle Sap. Kami dibawa menaiki bot untuk menjelajah tasik dan melihat perkampungan terapung di situ. Alhamdulillah cuaca sangat baik dan langit kelihatan sungguh cantik. Cerah dan biru. Bot menyusuri tasik yang mengalirkan airnya ke Sungai Mekong yang bersambung hingga ke Phnom Penh. Memang sangat luas seakan-akan laut. Sedang semua asyik menikmati panorama Tonle Sap, kami dikejutkan dengan deruan enjin-enjin bot yang seolah-olah mengejar kami. Sebuah bot meluru dengan lajunya ke arah bot kami lantas seorang budak perempuan melompat masuk ke dalam bot kami. Semua yang ada di atas bot terpegun & terkejut dengan aksi budak yang macam stuntwoman itu. Memang hebat la. Rupa-rupanya dia membawa air tin untuk dijual kepada kami. Tapi air tinnya tak laku, aksinya saja yang laku. Beberapa orang peserta memintanya mengulang kembali aksi lompat-melompat seperti tadi. Bot kami didatangi beberapa buah bot kecil yang daif yang membawa anak-anak kecil yang merayu-rayu meminta duit. Tapi ada sesuatu yang dibawa oleh mereka, ular! Eeee... Dengan selamba mereka melilitkan ular di leher mereka sebagai satu pertunjukan sambil merayu-rayu untuk diberikan duit. Satu lagi aksi yang meriuhkan keadaan & mencemaskan beberapa orang makcik yang gelikan ular. Sepanjang perjalanan, beberapa lagi buah bot yang membawa budak-budak kecil menghampiri kami dan melakukan perkara yang sama. Ada yang sempat bertenggek di tepi bot kami dan kemudian melompat kembali ke bot mereka selepas diberi duit. Begitulah cara mereka mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup di atas tasik yang cukup luas ini.

Tasik Tonle Sap yang sangat luas

Inilah aksi stuntwoman yang mahal itu!

Gadis kecil dengan ular meminta-minta duit

Banyak perkampungan terapung dapat dilihat sepanjang jelajah kami di Tonle Sap. Difahamkan ramai penduduk di situ adalah pendatang dari Vietnam. Kehidupan mereka sangat daif dan kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Mereka masak, makan, tidur, sekolah di atas air dengan kemudahan yang tidak sempurna. Tak dapat dibayangkan kalau hidup seperti mereka di situ. Kami sempat singgah sebentar di sebuah kampung terapung untuk melihat buaya dan ikan patin. Tak putus-putus lensa menangkap gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan menjelajah tasik Tonle Sap.

Menyusuri perkampungan terapung

Kami kembali ke jeti untuk menaiki bas balik ke hotel. Dalam perjalanan menaiki bas, budak-budak datang membawa souvenir yang telah ditampal dengan gambar kami untuk dijual. Rupa-rupanya sebelum naik bot tadi, mereka sudah siap menangkap gambar-gambar kami untuk dibuat souvenir. 5 dolar! 5 dolar! Mereka merayu supaya dibeli. Ramai juga yang beli selepas tawar menawar dengan mereka. Tapi saya tak beli pun. Hehe. Kami sempat singgah di sebuah perkampungan Islam berhampiran. Setibanya di situ, azan asar berkumandang dari sebuah surau terapung yang kecil. Kami singgah sebentar di surau untuk bertemu imam dan penduduk di situ. Sempat berbual-bual dan bertanya khabar serta mengalunkan selawat bersama-sama sebelum berpisah. Di akhir pertemuan, sedikit sumbangan dihulurkan untuk surau dan penduduk kampung tersebut. Terharu melihat kehidupan mereka yang serba kekurangan namun mereka teguh dengan akidah Islam.

Sebaik sahaja meninggalkan perkampungan itu, hujan turun dengan lebatnya. Kami terus balik ke hotel untuk berehat, solat dan makan. Malam itu, kami ke Siem Reap Night Market untuk sesi membeli belah yang pertama. Agak happening juga di situ kerana ramai pelancong yang datang dan banyak gerai yang menjual pelbagai barangan. Sempat juga menyambar beberapa souvenir untuk di bawa balik.

Selepa penat berjalan seharian sejak daripada awal pagi, kami kembali ke hotel untuk berehat. Bersambung untuk hari yang kedua. =)

31 Oktober 2010

Kembara Korban 2010


InsyaAllah, buat kali yang ketiga sempena Aidil Adha, Devotees akan ke Kemboja lagi. Kali ini lebih menarik, lebih meriah dan pastinya lebih nostalgik. Kembara Korban 2010 anjuran IKIMFM bersama EZ Qurban akan turut disertai Dj Erwan, Dj Maslina, Abon, Muadz & Hafiz Gendang. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat. Jom bersama kami ke sana. Maklumat lanjut layari www.ezqurban.org.

05 Oktober 2010

Maher Zain in Malaysia!

Setelah lama tak meng'update' blog ni, saya rasa teruja untuk mencoret sesuatu mengenai seorang penghibur Islam yang semakin memuncak namanya di seluruh dunia, Maher Zain  (MZ)! Alhamdulillah, MZ telah selamat tiba di Malaysia pada 4 Oktober 2010 dan bakal berdepan dengan jadual yang cukup padat sepanjang hampir 2 minggu di Malaysia. Paling dinanti adalah showcase MZ di Auditorium MBSA yang akan dilangsungkan pada 14-15 Oktober 2010. InsyaAllah saya akan hadir pada 15 Oktober. Tak sabar rasanya.

Baru sahaja mendengar interview eksklusif MZ di IKIM fm sebentar tadi. MashaAllah, rasa sangat kagum dengan perjalanan hidup dan perjalanan seni MZ. Very inspiring. Saya merasakan ramai peminat-peminat MZ di luar sana yang turut berasa sedemikian. Saya teruja untuk mengulas sedikit mengenai MZ berdasarkan pandangan saya mengapa lagu-lagu beliau sangat diminati dan nama beliau begitu pantas meniti di bibir peminat di seluruh dunia. 
 
 
My views:
  • Lagu-lagu dalam album Thank You Allah dinyanyikan dengan penuh jiwa dan tulus dari hati. Menyentuh jiwa dan tak boring untuk didengari.
  • Lirik untuk setiap lagu mudah difahami dan mendalam maksudnya. Mesej-mesej yang disampaikan sangat berkait rapat dengan realiti kehidupan manusia.
  • Vokal MZ yang mantap!
  • Menampilkan lagu-lagu R&B, pop dan tradisi yang 'easy listening' dan mempunyai melodi yang indah.
  • Kualiti rakaman yang terbaik!
  • Susunan muzik yang simple tetapi menarik dan sedap.
  • Video muzik MZ sangat kreatif, berkualiti dan benar-benar menyampaikan mesej dalam setiap lagu-lagunya.
  • Personaliti MZ yang humble dan punya aura tersendiri.
Mudah-mudahan MZ terus menghasilkan karya-karya hebat untuk menjadi alternatif hiburan umat Islam di seluruh dunia. InsyaAllah Devotees juga akan mencontohi MZ dalam memperjuangkan dakwah melalui seni. Doakan!

mmt: paling suka lagu 'for the rest of my life. =)

09 September 2010

Aidilfitri tiba lagi!


Salam Aidilfitri untuk semua sahabat. Taqabbal Allahu minna wa minkum wa kullu 'aamin wa antum bikhayrr. Semoga berbahagia di hari yang mulia. Maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. Semoga ukhuwah diberkatiNya!



13 Ogos 2010

Ramadhan..Tiba masanya..


Assalamualaikum wbt.

Maaf kerana membiarkan laman ini sepi sekian lama. Tak sangka pula follower dah mencecah 110 orang. Terima kasih atas sokongan. Apa pun, kita telah tiba di bulan yang amat dinanti, Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan 1431h. Selamat mengutip segala butir-butir hikmah yang terkandung di dalamnya. Selamat beribadah dengan penuh rasa kehambaan. Moga tarbiyah Ramadhan menjadikan kita hambaNya yang lebih dekat dan taat kepadaNya. InsyaAllah. Doakan agar kita semua diberi kekuatan dan keizinan untuk menempuhi Ramadhan hingga ke titik hujungnya. Ameen..


"Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah."
[Hadith riwayat al-Nasaai]

23 Jun 2010

Alhamdulillah!



Alhamdulillah

23.06.2010

Thank you Allah for giving me this beautiful time to ponder the journey of my life

Thank you Allah for everything You have given to me

Thank you Allah for showering me with your greatest love

Thank you Allah for providing me the light, showing me the right path

Thank you Allah for giving me the strength to go on

Grant me the strength to live in your way and die in your way..

Ameen..

14 Jun 2010

Gold Coast Trip Day 2

29 Mei 2010


Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah  3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik-bilik yang dipenuhi pelbagai effect cahaya, bunyi dan ilusi. Setiap bilik mempunyai keunikan tersendiri dan sangat menarik. Kamera tak dibenarkan untuk dibawa masuk, so tak dapat la nak tunjuk macam mana keadaan di dalam Infinity tu. 

Sebaik keluar dari Infinity, matahari mula memancar cahayanya. Alhamdulillah cuaca semakin baik. Kami bercadang untuk ke Carrara Market, sebuah pasar terbuka yang terbesar di Gold Coast. Tapi kekurangan info mengenai cara untuk ke sana menyebabkan hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kami sudah terlepas bas shuttle yang membawa pelancong dari Surfers Paradise ke pasar tersebut. Walaupun agak kecewa, kami meneruskan  perjalanan bersiar-siar di sekitar Surfers Paradise sambil mengambil gambar-gambar yang menarik. 

Destinasi seterusnya ialah Qdeck, pelantar pemandangan di atas menara tertinggi di Gold Coast, bangunan Q1. Tiketnya berharga kira-kira AUD$17 selepas mendapat diskaun 15% daripada kupon yang terdapat di brochure pelancong. Bangunan Q1 yang mempunyai ketinggian 323 meter merupakan bangunan tertinggi di Australia, bangunan kediaman tertinggi di dunia dan struktur ke 25 tertinggi di dunia. Bangunan 78 tingkat itu juga mempunyai lif antara yang terlaju di dunia. Memang sangat laju. Bayangkan dalam masa beberapa saat sahaja, kami sudah tiba di pelantar pemandangan yang terletak di aras 77. Pemandangan Gold Coast dari Qdeck sangat menakjubkan. Keindahan laut yang membiru, pantai yang memutih, bandar di sepanjang pesisir pantai, Sungai Nerang yang tenang, hutan yang menghijau memukau pandangan mata. It's totally amazing! SubhanAllah! Tidak perlu berbuat apa-apa di Qdeck, cukup sekadar menikmati keindahan alam yang tak dapat digambar dengan kata-kata. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sangat baik. Simply stunning!

Setelah puas di atas Qdeck (walaupun masih tak puas), saya berjalan sendirian ke pantai Surfers Paradise sebab kawan-kawan masih nak duduk di atas. Petang itu saya menikmati keindahan pantai di waktu petang yang dihiasi burung-burung yang jinak sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain pasir. Suhu pada waktu itu semakin sejuk. Tapi ramai yang berehat-rehat di atas pasir pantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Dari pantai saya pergi pula ke tebing sungai Nerang berhampiran apartment kediaman kami. Suasana matahari terbenam sangat cantik di sungai Nerang yang airnya bersih dan tenang. Banyak kediaman dan juga apartment pelancong di sepanjang tebing sungai Nerang. Sangat best menikmati suasana senja di taman awam yang bersih dan cantik di tepi sungai. It just can't be described in words.

Malam itu selepas makan kami hanya berjalan-jalan di sekitar Surfers Paradise untuk membuat survey kedai-kedai souvenir yang murah dan banyak pilihan. Kebanyakan kedai yang menjual souvenir pemiliknya adalah chinese dan ada beberapa pemilik kedai yang berasal dari Malaysia. Senanglah nak tawar-menawar. Malam itu kami tidur awal sebab esoknya nak mengembara ke Brisbane pula. Selamat berselimut tebal!

Muhammad: gambar akan diupload kemudian sebab laptop rosak..huhu

13 Jun 2010

Gold Coast Trip : Day 1


Alhamdulillah pada 28 Mei hingga 1 Jun yang lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Kanggaru, Australia setelah beberapa bulan sejak tahun lepas merancang percutian ke sana. Di sini saya coretkan pengalaman sepanjang percutian saya di sana. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan takkan dilupa sampai bila-bila! Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin melancong ke sana.

27 Mei 2010 

Tepat pukul 5 petang, saya mengetik punchcard untuk keluar dari office. Kerja pada hari tu memang serba tak kena. Badan di office tapi fikiran melayang ke Australia. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi yang sinonim dengan kanggaru dan koala itu. Saya terus memandu balik ke rumah untuk bersiap-siap ke LCCT. Beg dan barang-barang lain semuanya sudah siap dipacking semalam. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Sempat juga buat checking buat kali terakhir. Pukul 6.30 terus bertolak ke LCCT dihantar oleh adik yang kerja di Putrajaya. Penerbangan dijadual akan berlepas pada pukul 9.25 malam. Kena sampai di airport at least 2 jam sebelum penerbangan. Saya tiba di LCCT dalam pukul 7.10 petang dan berjumpa kawan-kawan yang akan bercuti bersama di sana. Ada berita tak baik diterima. Salah seorang daripada kawan-kawan yang telah merancang percutian bersama-sama tidak dapat pergi kerana tiada pasport. Huhu sedihnya.. Dia dah siap packing semua barang untuk dibawa, tapi sebelum bertolak ke LCCT, pasportnya tak dijumpai. Setelah puas mencari dan menghubungi ahli keluarganya, rupa-rupanya pasportnya ada di kampungnya di Terengganu. Memang sedih sebab sama-sama merancang percutian ini selama beberapa bulan, akhirnya ini yang terjadi. Takpelah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, tinggal dua orang sahaja yang akan pergi bersama-sama saya ke Gold Coast. 



Selepas check-in, kami terus masuk ke Departure Hall dan solat sambil menanti waktu boarding. Kira-kira pukul 9.00 malam, penumpang-penumpang dipersilakan untuk menaiki pesawat Air Asia X, Airbus A330-300 yang sedia terbang ke Gold Coast. Alhamdulillah, saya dapat seat di tepi tingkap yang merupakan spot kegemaran saya. Semua tempat duduk hampir penuh dengan penumpang, cuma ada beberapa tempat duduk saja yang kosong. Ramai juga yang pergi bercuti bersama keluarga. Ada yang membawa anak-anak kecil, ada yang kelihatan seperti ingin pergi berbulan madu dan ramai juga yang pergi berkumpulan bersama rakan-rakan. Tempat duduk di sebelah saya kosong, so senang sikit nak tidur sepanjang penerbangan yang mengambil masa 8 jam itu. Kira-kira pukul 9.45 malam, pesawat D72702 berlepas meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Australia. Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan melainkan tidur dalam penerbangan yang membosankan itu. Tapi tidur pun sekadar 'tidur-tidur ayam' sahaja. 


Langit Australia di waktu pagi

28 Mei 2010

Kami selamat mendarat di Gold Coast Airport kira-kira pukul 8.20 pagi waktu Australia. Sebaik sahaja turun daripada pesawat, terasa kedinginan udara Gold Coast menusuk badan. Udaranya cukup nyaman dan menyegarkan. Setelah melalui pemeriksaan imigresen dan kastam kami keluar dari arrival hall. Cuma Milo 3 in 1 yang tak lepas kerana mengandungi produk tenusu dari negara kita yang tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Australia. Melepaslah nak minum milo panas di Gold Coast. Di luar kami membeli tiket bas pakej untuk 5 hari untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana. Tiketnya agak mahal, harganya AUD$91 untuk seorang. Tapi itu saja pilihan yang ada kecuali ingin menyewa kereta. Kami menaiki bas Surfside yang merupakan pengangkutan awam utama di Gold Coast. Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat kawasan perumahan, kedai-kedai, taman-taman rekreasi, pantai, dan pelbagai kawasan pelancongan. Semuanya cantik, kemas dan bersih. This is such a place I want to live in! Pemandangan yang dilihat sepanjang perjalanan menuju ke apartment yang telah ditempah membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk menjelajah bumi Gold Coast.

Pukul 10.20 pagi kami tiba di Sunset Court Apartment yang terletak di Surfers Paradise, kawasan bandar di Gold Coast. Apartment telah ditempah sebulan lebih awal dan kosnya AUD$340 untuk 3 orang selama 5 hari 4 malam. Kami disambut dengan ceria oleh Michele, staf yang menjaga apartment tersebut yang sangat peramah dan mesra. Setelah mengambil kunci kami terus ke unit apartment yang berada di tingkat 2. Apartment kami mempunyai 2 bilik tidur, sebuah bilik air, sebuah ruang tamu, dan dapur yang lengkap dengan keperluan memasak. Memang selesa dan berbaloi-baloi. Selepas melalui perjalanan yang agak panjang, keletihan dan kelaparan melanda diri. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Segala makanan yang dibawa dikeluarkan. Macam-macam yang dibawa dari Malaysia; roti, biskut, maggi, makanan dalam tin, dan banyak lagi. Semuanya untuk bekalan selama 5 hari  memandangkan makanan di sini agak mahal dan tak banyak premis yang menyediakan makanan  halal. Setelah puas mengisi perut, berehat dan solat, kami bersedia untuk menjelajah Gold Coast!  Let the fun begin!

 Tengok koala itu

Kangaroo yang jinak

Lokasi pertama yang kami lawati ialah Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS) yang merupakan tempat pemeliharaan haiwan yang terkenal di sini. Di CWS, bermacam-macam jenis haiwan yang dapat dilihat dan yang paling mengujakan tentulah kanggaru dan koala. Sangat excited bila dapat tengok dan pegang kanggaru  buat pertama kali yang semuanya jinak-jinak belaka. Koala pula memang comel tapi hanya duduk diam di atas pokok. Pemandangan semulajadi di kawasan taman ini sangat indah dan mendamaikan. Udaranya cukup nyaman dan segar.  Kami bersiar-siar di dalam taman dengan menaiki train yang disediakan untuk para pengunjung. Memang sangat puas hati walaupun tiketnya berharga AUD$44. 

Menanti train di Currumbin Wildlife Sanctuary

Setelah puas mengelilingi CWS, kami singgah sekejap di Superbee Honeyworld, sebuah pusat penghasilan madu Australia. Di situ kami sempat mencuba pelbagai jenis madu yang dihasilkan. Memang sedap. Tapi rasa je lah, belinya tak. Hehe. Lepas tu kami menunggu bas untuk menuju ke pantai Burleigh Head. Ketika menunggu bas, kami ternampak sebuah Proton Saga yang dipandu oleh penduduk tempatan. Bangga juga ada kereta buatan Malaysia  di sini. Kami sampai di pantai Burleigh Head ketika hari sudah hampir senja. Pantainya sangat cantik dengan pasir yang putih dan bersih. Ramai penduduk tempatan yang membawa keluarga bersiar-siar di petang hari. Di situ kami ternampak 2 baby comel yang sedang merangkak bermain pasir. Very cute!! Kami bersiar-siar di sepanjang pantai sambil menanti waktu matahari terbenam. Suhu terasa makin sejuk apatah lagi bila bayu pantai menghembus. Ramai juga yang sedang surfing di pantai itu walaupun ombak tidak berapa kuat. Mungkin surfing adalah aktiviti harian mereka di waktu petang kerana saya dapat lihat ramai remaja belasan tahun yang mengusung surfboard menaiki bas untuk ke pantai. Kami duduk di tepi pantai menghadap laut menikmati suasana matahari terbenam yang sangat indah dan menenangkan. It's just awesome. SubhanAllah... 

2 orang baby cute sedang main pasir

 Surfers at Burleigh Head beach

Sunset view at Burleigh Head

Setelah hari gelap, kami bertolak untuk balik ke apartment untuk mandi, makan dan solat. Malam itu kami masak maggi sahaja. Tapi dalam keadaan sejuk dan lapar, maggi yang panas-panas memang sangat menyelerakan. Malam itu kami ke night market yang terletak di pesisir pantai Surfers Paradise. Kami berjalan kaki sahaja ke sana kerana market terletak tidak jauh dari apartment kami. Dalam kesejukan kami berjalan melihat pelbagai kraftangan yang dijual di pasar tersebut. Tak banyak barang yang menarik. Dari night market, kami bersiar-siar pula di sekitar Surfers Paradise. Banyak juga kedai-kedai yang masih beroperasi walaupun mengikut research dari internet sebelum ini kebanyakan kedai di sini tutup awal pada waktu petang. Ketika bersiar-siar, kami terserempak dengan sepasang suami isteri, kawan di tempat saya bekerja dahulu. What a small world. Tak sangka boleh jumpa kat Australia. Mereka mengajak kami untuk sama-sama ke Brisbane pada hari Ahad. Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun bersetuju sebab waktu itu kami masih mencari-cari cara terbaik dan termurah untuk ke Brisbane. Tambahan pula, mereka ada menyewa kereta. so senanglah untuk ke sana sini.

Setelah penat berjalan-jalan di Surfers Paradise, kami  balik ke apartment untuk berehat. Walaupun keletihan, pengalaman di hari pertama di Gold Coast sangat best dan mengujakan. Dalam kesejukan, saya tidur dengan nyenyak sekali dengan selimut yang tebal di atas katil yang empuk. zzzz...

Bersambung..

02 Jun 2010

KSQ 2010



17 Mei 2010

Susahnya nak berubah


Berubah. Satu perkataan yang cukup ringkas. Mudah dituturkan dengan lidah, malah mudah untuk dicanangkan strategi atau teori untuk merealisasikannya. Namun realitinya berubah itu susah dan bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya umpama mendaki gunung yang penuh dengan halangan dan cabaran. Andai gagal mengharungi denai yang curam dan licin, pasti terjatuh semula ke gaung takuk yang lama. Dalam perjalanan hidup setiap manusia, pastinya pernah menempuh pengalaman ingin melakukan perubahan. Dari miskin kepada kaya. Dari malas kepada rajin. Dari jahat kepada baik. Macam-macam jenis perubahan yang ingin dilakukan. Hakikatnya tidak ramai yang berjaya menawan puncak perubahan yang diingini. Bacalah sebanyak mana buku motivasi untuk berubah, atau hantarlah motivator terbaik di dunia sekalipun, perubahan yang diingini tidak dijamin mencapai matlamatnya. Jadi, bagaimana untuk berubah? Tepuk dada tanya iman...

08 Mei 2010

Dosa-dosa & Facebook

Satu artikel yang sangat bermanfaat oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk peringatan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal! =)


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Sumber:
Zaharuddin Abd Rahman