24 Januari 2010

Makan Besaar


Alhamdulillah..masih terasa lagi keenakan nasi mandy juadah dari Lubnan yang selesai disantap tengahari tadi sempena 'makan-makan' Ez Qurban. Restoran Al Rawsha yang menyajikan Lebanese Cuisine di Jalan Damai KL menjadi lokasi pilihan. First time pegi situ. Tempatnya agak tersorok tapi kalau tanya orang Bangladesh, diorang mesti tau tempat tu sebab bersebelahan je dengan Kedutaan Bangladesh. Kami memilih bilik yang disediakan di tingkat atas restoran yang memang dikhaskan untuk pelanggan berkumpulan 20-30 orang. Kusyen tempat bersila ala-ala arab disediakan dalam bilik tu. Makan pun kat atas lantai je, baru ada feel.


Restoran Al-Rawsha

Menu kat Al Rawsha memang banyak. Kalau nak pilih memang rambang mata sebab rasa macam nak try semua yang ada. Atas recommendation, Lamb Mandy dan Chicken Mandy menjadi hidangan utama. Dihidangkan bersama yogurt putih, sambal masam (tak tau nama) dan kuah dal macam nasi beriyani, kombinasinya memang menusuk selera. Jus mangga yang pekat dan segar menjadi penghilang dahaga bersama teh arab yang dicampur daun pudina. Memang berselera sungguh, tambah-tambah lagi perut kosong sejak pagi. Semuanya nampak kelaparan dan makan dengan penuh 'penghayatan'.


Chicken Mandy

Lamb Mandy



Sempat berposing depan nasi mandy

Tambah nasi! Jangan malu-malu

Semuanya sedap dan lazat. Nasi yang dihidangkan pun banyak. Walaupun semua kelaparan, tapi nasi yang diorder banyak lagi lebih. Selepas perut dah penuh dan tak larat lagi nak melangsaikan nasi mandy, aiskrim vanilla dan strawberry menutup hidangan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Azhar dan Cik Mah kerana sudi menjemput dan membelanja makan tengahari yang best. Lain kali belanja lagi. hehe.

Sesiapa nak mencuba nasi mandy ataupun juadah-juadah Lubnan yang lain, datanglah ke Restoran Al Rawsha. Macam-macam ada. Restoran dibuka pukul 12 tengahari hingga 12 malam (ter'promote' pulak).

Kenangan lepas kekenyangan (boleh buat tajuk lagu ni hehe)


2 ulasan:

~Siti FataHya~ berkata...

Salam'alaik...

Baru update ye, wah..kenagan manis nih.tapi satu je yang kelakar, kamu tak sempat baca doa makan...saya nak minta gambar time dalam kete tuh..time nak balik tuh..saya nak....boleh bagi tak... Satu lagi kamu tak nyanyikan lagu baru time dekat sana..hehehhe

tulusdarihati berkata...

slm...sdapkan mkn kt c2..sye slalu gak gi c2...dlm sbulan 2 kekdg 2 3 kali gi..lps ni abg muhammad ajak la member2 plak gi c2...rugi klau x ajak member try mkn kt c2...hehe