15 Januari 2010

Transisi ke dunia baru

Tahun 2010 yang baru tiba sememangnya memberikan pengertian yang seiring dengan kehidupan baru yang saya tempuhi. Setelah 1 tahun 6 bulan 15 hari berkhidmat di CTRM Aero Composites Melaka, akhirnya tiba juga masa diri terpaksa melangkah kaki ke tempat yang baru. Panggilan telefon pada pada 23 Disember 2009 memang mengejutkan. Hanya berbaki sehari sebelum cuti Krismas, JPA memanggil untuk melapor diri pada 28 Disember! What a surprise! Mulut terasa berat untuk menjawab 'ya' namun keputusan harus dibuat 'on the spot'.

Maka bermulalah bebanan perasaan menanggung kesedihan kerana akan meninggalkan sahabat-sahabat sekerja yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri. Hanya sehari yang tinggal iaitu pada 24 Disember untuk mencurah segala tugasan kepada successor dan bersama dengan 'adik-beradik' di situ buat kali terakhir di tempat kerja. Sungguh berat hati untuk melangkah pergi dari situ. Begitu banyak pengalaman dan kenangan manis yang tak mungkin dilupakan. Kasih yang sudah bertaut begitu erat mengikat jalinan ukhuwah yang dibina. Gelak tawa suka duka masih terngiang di fikiran sampai kini. It's absolutely an amazing time in CTRM. Thanks everyone for the chance given. The memory will last forever.

Langkah perlu terus. Kini saya berkhidmat di KKLW Putrajaya. Tempat baru. Suasana baru. Kawan baru. Tugasan baru. And everything was restarted with zero. Semoga lembaran baru yang dibuka menjanjikan pengalaman yang berharga dan memacu langkah terus ke hadapan. InsyaAllah..

Tiada ulasan: