27 April 2010

Menjadi 'cikgu'

Akhirnya saya merasa juga dipanggil 'cikgu'. Bila dipanggil cikgu rasa cukup dihormati. It's an honour for me to be called so. Tapi saya dipanggil 'cikgu' bukanlah kerana mengajar murid-murid sekolah, tapi mengajar staf-staf untuk pertandingan nasyid. Hehe.. Saya dipelawa untuk mengajar staf-staf di Pejabat Perdana Menteri selama lebih kurang sebulan sebagai persediaan untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010. Ada dua kumpulan yang perlu dilatih; kumpulan lelaki (Al-Wahid) dan kumpulan wanita (Soutul Jannah). Semua mereka memanggil saya 'cikgu'. Rasa kelakar jugak, tapi depa yang nak panggil saya macam tu. Takpelah, it's ok.

Setiap petang selepas waktu pejabat, saya akan ke Pejabat Perdana Menteri (yang kubah hijau tu) untuk sesi latihan. Rasanya polis yang jaga guardhouse tu dah kenal dah muka ni. Mula-mula dia tanya jugak nak pegi mana, lama-lama dah tak tanya dah. Bagi terus je kad pas masuk.

Saya memberi kedua-dua kumpulan lagu yang digubah oleh kawan saya dan liriknya saya tulis sendiri. Lagu diberi tajuk 'Indah Persudaraan' dan 'Dia Menyatu Ummah' based on tema Maal Hijrah tahun ni. Agak mencabar jugak mengajar pelajar-pelajar dewasa ni. Bermacam gelagat dan ragam yang perlu dihadapi. Tambah pulak rata-rata diorang ni tak ada basic dalam nasyid dan nyanyian. Semua first time masuk nasyid. So, semakin mencabarlah tugas yang perlu dipikul. Kena ajar macam mana nak buka mulut, nak ambik nafas, nak lontarkan suara, nak ikut key yang betul, semuanya perlu dimulakan daripada yang asas sekali. Saya bukan saja menjadi guru vokal dan nyanyian, tapi juga kareografer tak bertauliah. Gaya persembahan dan sedikit formasi juga perlu difikirkan dan dibuat bersesuaian dengan lagu yang dipersembahkan. Memang agak sukar pada mulanya, banyak yang perlu diperbetulkan. Tapi lama-lama alhamdulillah akhirnya diorang dapat jugak tangkap dan ikut apa yang telah diajar walaupun tak 100%. Selama lebih kurang sebulan menjadi cikgu, banyak improvement yang saya dapat lihat dan banyak benda yang telah dapat mereka pelajari.

Akhirnya pada 20 April 2010 kedua-kedua kumpulan anak buah saya beraksi di peringkat saringan yang menyaksikan 28 kumpulan bertanding! Kumpulan wanita dapat giliran no.1, yang lelaki pulak no. 2. Cepat habis. Saya tidak meletakkan harapn yang terlalu tinggi memandangkan ini kali pertama mereka menyertai pertandingan yang setiap tahun diadakan. Tambahan lagi banyak kumpulan yang memang dah seasoned and experienced dalam pertandingan ni. Apa yang saya harapkan mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik dan all out dengan segala yang telah saya ajar. Dan alhamdulillah harapan itu menjadi kenyataan kerana itulah persembahan mereka yang terbaik yang saya lihat sejak lebih sebulan bersama mereka. I was very happy and satisfied with them. Saya fikir kalau diberi lebih lagi masa, kedua-kedua kumpulan ini mampu menjadi lebih baik. Walaupun tak berjaya melangkah ke pentas finale, namun saya yakin mereka telah mendapat pengalaman yang amat berharga.

Anyway, congratulations to Al-Wahid and Soutul Jannah. Do try again next time. I know you all can do it. Thanks for the commitment. I had a good time with all of you; lots of joy n fun. It's a pleasure to guide and share things with you. Million thanks for the chance given. Jangan lupa panggil cikgu lagi! =)

With Al-Wahid

With abang Pian Saujana and Soutul Jannah


Al Wahid & Soutul Jannah; Thanks!






4 ulasan:

Nurul Nadia Azman berkata...

wah, bestnya jadi cikgu ya..=)

syaitanirajim berkata...

salam muhammad..

masih lagi spt dahulu.. pple change.. tp x tau lak.. u still de same psn dat i met b4.. hehe.. slamat mjd guru.. kalu ada masa.. jenguk2 la blog2 aku.. catatan seorang perempuan.. dan ull nvr walk alone.. join forum pn leh.. skang tgh wat.. nntilah dah siap... insyaAllah aku invite..

syaitanirajim berkata...

lupa lak .. dah lama aku carik ko.. dah tua baru jumpa.. illaliqah~~

miey berkata...

gud job cikgu!!!!!!!!!!!!