23 Jun 2010

Alhamdulillah!



Alhamdulillah

23.06.2010

Thank you Allah for giving me this beautiful time to ponder the journey of my life

Thank you Allah for everything You have given to me

Thank you Allah for showering me with your greatest love

Thank you Allah for providing me the light, showing me the right path

Thank you Allah for giving me the strength to go on

Grant me the strength to live in your way and die in your way..

Ameen..

14 Jun 2010

Gold Coast Trip Day 2

29 Mei 2010


Sejak subuh hujan turun mencurah-curah. Sejuk betul pagi tu. Terasa nikmatnya bila berkubung dalam selimut yang tebal. Pukul 7.00 pagi kami bersarapan pagi dengan roti dan teh panas sambil menunggu-nunggu hujan reda. Pukul 8.00.. Pukul 9.00.. Pukul 10.00.. Hujan masih lagi turun. Sudah  3 jam kami terperap di ruang tamu apartment sampai tertidur. Kira-kira pukul 11 pagi barulah hujan reda sedikit. Kami mengambil keputusan untuk meredah hujan untuk ke Chevron Renaissance di Surfers Paradise. Asalnya kami ingin ke Q1, menara tertinggi di Gold Coast. Tapi oleh kerana hujan kami menukar plan ke Infinity, sebuah tarikan pelancong yang terletak di pusat membeli-belah Chevron Renaissance. Setelah membeli tiket yang berharga AUD$24.90, kami pun bersiap-siap untuk masuk ke alam fantasi dan cahaya di Infinity. Kami diminta untuk memakai sarung tangan dan kasut yang bercahaya dalam gelap. Pengembaraan dalam infinity sangat mengujakan. Full of surprise! Di dalamnya terdapat bilik-bilik yang dipenuhi pelbagai effect cahaya, bunyi dan ilusi. Setiap bilik mempunyai keunikan tersendiri dan sangat menarik. Kamera tak dibenarkan untuk dibawa masuk, so tak dapat la nak tunjuk macam mana keadaan di dalam Infinity tu. 

Sebaik keluar dari Infinity, matahari mula memancar cahayanya. Alhamdulillah cuaca semakin baik. Kami bercadang untuk ke Carrara Market, sebuah pasar terbuka yang terbesar di Gold Coast. Tapi kekurangan info mengenai cara untuk ke sana menyebabkan hasrat itu terpaksa dilupakan kerana kami sudah terlepas bas shuttle yang membawa pelancong dari Surfers Paradise ke pasar tersebut. Walaupun agak kecewa, kami meneruskan  perjalanan bersiar-siar di sekitar Surfers Paradise sambil mengambil gambar-gambar yang menarik. 

Destinasi seterusnya ialah Qdeck, pelantar pemandangan di atas menara tertinggi di Gold Coast, bangunan Q1. Tiketnya berharga kira-kira AUD$17 selepas mendapat diskaun 15% daripada kupon yang terdapat di brochure pelancong. Bangunan Q1 yang mempunyai ketinggian 323 meter merupakan bangunan tertinggi di Australia, bangunan kediaman tertinggi di dunia dan struktur ke 25 tertinggi di dunia. Bangunan 78 tingkat itu juga mempunyai lif antara yang terlaju di dunia. Memang sangat laju. Bayangkan dalam masa beberapa saat sahaja, kami sudah tiba di pelantar pemandangan yang terletak di aras 77. Pemandangan Gold Coast dari Qdeck sangat menakjubkan. Keindahan laut yang membiru, pantai yang memutih, bandar di sepanjang pesisir pantai, Sungai Nerang yang tenang, hutan yang menghijau memukau pandangan mata. It's totally amazing! SubhanAllah! Tidak perlu berbuat apa-apa di Qdeck, cukup sekadar menikmati keindahan alam yang tak dapat digambar dengan kata-kata. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sangat baik. Simply stunning!

Setelah puas di atas Qdeck (walaupun masih tak puas), saya berjalan sendirian ke pantai Surfers Paradise sebab kawan-kawan masih nak duduk di atas. Petang itu saya menikmati keindahan pantai di waktu petang yang dihiasi burung-burung yang jinak sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain pasir. Suhu pada waktu itu semakin sejuk. Tapi ramai yang berehat-rehat di atas pasir pantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Dari pantai saya pergi pula ke tebing sungai Nerang berhampiran apartment kediaman kami. Suasana matahari terbenam sangat cantik di sungai Nerang yang airnya bersih dan tenang. Banyak kediaman dan juga apartment pelancong di sepanjang tebing sungai Nerang. Sangat best menikmati suasana senja di taman awam yang bersih dan cantik di tepi sungai. It just can't be described in words.

Malam itu selepas makan kami hanya berjalan-jalan di sekitar Surfers Paradise untuk membuat survey kedai-kedai souvenir yang murah dan banyak pilihan. Kebanyakan kedai yang menjual souvenir pemiliknya adalah chinese dan ada beberapa pemilik kedai yang berasal dari Malaysia. Senanglah nak tawar-menawar. Malam itu kami tidur awal sebab esoknya nak mengembara ke Brisbane pula. Selamat berselimut tebal!

Muhammad: gambar akan diupload kemudian sebab laptop rosak..huhu

13 Jun 2010

Gold Coast Trip : Day 1


Alhamdulillah pada 28 Mei hingga 1 Jun yang lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Kanggaru, Australia setelah beberapa bulan sejak tahun lepas merancang percutian ke sana. Di sini saya coretkan pengalaman sepanjang percutian saya di sana. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan takkan dilupa sampai bila-bila! Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin melancong ke sana.

27 Mei 2010 

Tepat pukul 5 petang, saya mengetik punchcard untuk keluar dari office. Kerja pada hari tu memang serba tak kena. Badan di office tapi fikiran melayang ke Australia. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi yang sinonim dengan kanggaru dan koala itu. Saya terus memandu balik ke rumah untuk bersiap-siap ke LCCT. Beg dan barang-barang lain semuanya sudah siap dipacking semalam. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Sempat juga buat checking buat kali terakhir. Pukul 6.30 terus bertolak ke LCCT dihantar oleh adik yang kerja di Putrajaya. Penerbangan dijadual akan berlepas pada pukul 9.25 malam. Kena sampai di airport at least 2 jam sebelum penerbangan. Saya tiba di LCCT dalam pukul 7.10 petang dan berjumpa kawan-kawan yang akan bercuti bersama di sana. Ada berita tak baik diterima. Salah seorang daripada kawan-kawan yang telah merancang percutian bersama-sama tidak dapat pergi kerana tiada pasport. Huhu sedihnya.. Dia dah siap packing semua barang untuk dibawa, tapi sebelum bertolak ke LCCT, pasportnya tak dijumpai. Setelah puas mencari dan menghubungi ahli keluarganya, rupa-rupanya pasportnya ada di kampungnya di Terengganu. Memang sedih sebab sama-sama merancang percutian ini selama beberapa bulan, akhirnya ini yang terjadi. Takpelah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, tinggal dua orang sahaja yang akan pergi bersama-sama saya ke Gold Coast. 



Selepas check-in, kami terus masuk ke Departure Hall dan solat sambil menanti waktu boarding. Kira-kira pukul 9.00 malam, penumpang-penumpang dipersilakan untuk menaiki pesawat Air Asia X, Airbus A330-300 yang sedia terbang ke Gold Coast. Alhamdulillah, saya dapat seat di tepi tingkap yang merupakan spot kegemaran saya. Semua tempat duduk hampir penuh dengan penumpang, cuma ada beberapa tempat duduk saja yang kosong. Ramai juga yang pergi bercuti bersama keluarga. Ada yang membawa anak-anak kecil, ada yang kelihatan seperti ingin pergi berbulan madu dan ramai juga yang pergi berkumpulan bersama rakan-rakan. Tempat duduk di sebelah saya kosong, so senang sikit nak tidur sepanjang penerbangan yang mengambil masa 8 jam itu. Kira-kira pukul 9.45 malam, pesawat D72702 berlepas meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Australia. Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan melainkan tidur dalam penerbangan yang membosankan itu. Tapi tidur pun sekadar 'tidur-tidur ayam' sahaja. 


Langit Australia di waktu pagi

28 Mei 2010

Kami selamat mendarat di Gold Coast Airport kira-kira pukul 8.20 pagi waktu Australia. Sebaik sahaja turun daripada pesawat, terasa kedinginan udara Gold Coast menusuk badan. Udaranya cukup nyaman dan menyegarkan. Setelah melalui pemeriksaan imigresen dan kastam kami keluar dari arrival hall. Cuma Milo 3 in 1 yang tak lepas kerana mengandungi produk tenusu dari negara kita yang tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Australia. Melepaslah nak minum milo panas di Gold Coast. Di luar kami membeli tiket bas pakej untuk 5 hari untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana. Tiketnya agak mahal, harganya AUD$91 untuk seorang. Tapi itu saja pilihan yang ada kecuali ingin menyewa kereta. Kami menaiki bas Surfside yang merupakan pengangkutan awam utama di Gold Coast. Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat kawasan perumahan, kedai-kedai, taman-taman rekreasi, pantai, dan pelbagai kawasan pelancongan. Semuanya cantik, kemas dan bersih. This is such a place I want to live in! Pemandangan yang dilihat sepanjang perjalanan menuju ke apartment yang telah ditempah membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk menjelajah bumi Gold Coast.

Pukul 10.20 pagi kami tiba di Sunset Court Apartment yang terletak di Surfers Paradise, kawasan bandar di Gold Coast. Apartment telah ditempah sebulan lebih awal dan kosnya AUD$340 untuk 3 orang selama 5 hari 4 malam. Kami disambut dengan ceria oleh Michele, staf yang menjaga apartment tersebut yang sangat peramah dan mesra. Setelah mengambil kunci kami terus ke unit apartment yang berada di tingkat 2. Apartment kami mempunyai 2 bilik tidur, sebuah bilik air, sebuah ruang tamu, dan dapur yang lengkap dengan keperluan memasak. Memang selesa dan berbaloi-baloi. Selepas melalui perjalanan yang agak panjang, keletihan dan kelaparan melanda diri. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Segala makanan yang dibawa dikeluarkan. Macam-macam yang dibawa dari Malaysia; roti, biskut, maggi, makanan dalam tin, dan banyak lagi. Semuanya untuk bekalan selama 5 hari  memandangkan makanan di sini agak mahal dan tak banyak premis yang menyediakan makanan  halal. Setelah puas mengisi perut, berehat dan solat, kami bersedia untuk menjelajah Gold Coast!  Let the fun begin!

 Tengok koala itu

Kangaroo yang jinak

Lokasi pertama yang kami lawati ialah Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS) yang merupakan tempat pemeliharaan haiwan yang terkenal di sini. Di CWS, bermacam-macam jenis haiwan yang dapat dilihat dan yang paling mengujakan tentulah kanggaru dan koala. Sangat excited bila dapat tengok dan pegang kanggaru  buat pertama kali yang semuanya jinak-jinak belaka. Koala pula memang comel tapi hanya duduk diam di atas pokok. Pemandangan semulajadi di kawasan taman ini sangat indah dan mendamaikan. Udaranya cukup nyaman dan segar.  Kami bersiar-siar di dalam taman dengan menaiki train yang disediakan untuk para pengunjung. Memang sangat puas hati walaupun tiketnya berharga AUD$44. 

Menanti train di Currumbin Wildlife Sanctuary

Setelah puas mengelilingi CWS, kami singgah sekejap di Superbee Honeyworld, sebuah pusat penghasilan madu Australia. Di situ kami sempat mencuba pelbagai jenis madu yang dihasilkan. Memang sedap. Tapi rasa je lah, belinya tak. Hehe. Lepas tu kami menunggu bas untuk menuju ke pantai Burleigh Head. Ketika menunggu bas, kami ternampak sebuah Proton Saga yang dipandu oleh penduduk tempatan. Bangga juga ada kereta buatan Malaysia  di sini. Kami sampai di pantai Burleigh Head ketika hari sudah hampir senja. Pantainya sangat cantik dengan pasir yang putih dan bersih. Ramai penduduk tempatan yang membawa keluarga bersiar-siar di petang hari. Di situ kami ternampak 2 baby comel yang sedang merangkak bermain pasir. Very cute!! Kami bersiar-siar di sepanjang pantai sambil menanti waktu matahari terbenam. Suhu terasa makin sejuk apatah lagi bila bayu pantai menghembus. Ramai juga yang sedang surfing di pantai itu walaupun ombak tidak berapa kuat. Mungkin surfing adalah aktiviti harian mereka di waktu petang kerana saya dapat lihat ramai remaja belasan tahun yang mengusung surfboard menaiki bas untuk ke pantai. Kami duduk di tepi pantai menghadap laut menikmati suasana matahari terbenam yang sangat indah dan menenangkan. It's just awesome. SubhanAllah... 

2 orang baby cute sedang main pasir

 Surfers at Burleigh Head beach

Sunset view at Burleigh Head

Setelah hari gelap, kami bertolak untuk balik ke apartment untuk mandi, makan dan solat. Malam itu kami masak maggi sahaja. Tapi dalam keadaan sejuk dan lapar, maggi yang panas-panas memang sangat menyelerakan. Malam itu kami ke night market yang terletak di pesisir pantai Surfers Paradise. Kami berjalan kaki sahaja ke sana kerana market terletak tidak jauh dari apartment kami. Dalam kesejukan kami berjalan melihat pelbagai kraftangan yang dijual di pasar tersebut. Tak banyak barang yang menarik. Dari night market, kami bersiar-siar pula di sekitar Surfers Paradise. Banyak juga kedai-kedai yang masih beroperasi walaupun mengikut research dari internet sebelum ini kebanyakan kedai di sini tutup awal pada waktu petang. Ketika bersiar-siar, kami terserempak dengan sepasang suami isteri, kawan di tempat saya bekerja dahulu. What a small world. Tak sangka boleh jumpa kat Australia. Mereka mengajak kami untuk sama-sama ke Brisbane pada hari Ahad. Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun bersetuju sebab waktu itu kami masih mencari-cari cara terbaik dan termurah untuk ke Brisbane. Tambahan pula, mereka ada menyewa kereta. so senanglah untuk ke sana sini.

Setelah penat berjalan-jalan di Surfers Paradise, kami  balik ke apartment untuk berehat. Walaupun keletihan, pengalaman di hari pertama di Gold Coast sangat best dan mengujakan. Dalam kesejukan, saya tidur dengan nyenyak sekali dengan selimut yang tebal di atas katil yang empuk. zzzz...

Bersambung..

02 Jun 2010

KSQ 2010