13 Jun 2010

Gold Coast Trip : Day 1


Alhamdulillah pada 28 Mei hingga 1 Jun yang lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki di bumi Kanggaru, Australia setelah beberapa bulan sejak tahun lepas merancang percutian ke sana. Di sini saya coretkan pengalaman sepanjang percutian saya di sana. Satu percutian yang amat menyeronokkan dan takkan dilupa sampai bila-bila! Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang ingin melancong ke sana.

27 Mei 2010 

Tepat pukul 5 petang, saya mengetik punchcard untuk keluar dari office. Kerja pada hari tu memang serba tak kena. Badan di office tapi fikiran melayang ke Australia. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di bumi yang sinonim dengan kanggaru dan koala itu. Saya terus memandu balik ke rumah untuk bersiap-siap ke LCCT. Beg dan barang-barang lain semuanya sudah siap dipacking semalam. Harap-harap tak ada yang tertinggal. Sempat juga buat checking buat kali terakhir. Pukul 6.30 terus bertolak ke LCCT dihantar oleh adik yang kerja di Putrajaya. Penerbangan dijadual akan berlepas pada pukul 9.25 malam. Kena sampai di airport at least 2 jam sebelum penerbangan. Saya tiba di LCCT dalam pukul 7.10 petang dan berjumpa kawan-kawan yang akan bercuti bersama di sana. Ada berita tak baik diterima. Salah seorang daripada kawan-kawan yang telah merancang percutian bersama-sama tidak dapat pergi kerana tiada pasport. Huhu sedihnya.. Dia dah siap packing semua barang untuk dibawa, tapi sebelum bertolak ke LCCT, pasportnya tak dijumpai. Setelah puas mencari dan menghubungi ahli keluarganya, rupa-rupanya pasportnya ada di kampungnya di Terengganu. Memang sedih sebab sama-sama merancang percutian ini selama beberapa bulan, akhirnya ini yang terjadi. Takpelah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, tinggal dua orang sahaja yang akan pergi bersama-sama saya ke Gold Coast. 



Selepas check-in, kami terus masuk ke Departure Hall dan solat sambil menanti waktu boarding. Kira-kira pukul 9.00 malam, penumpang-penumpang dipersilakan untuk menaiki pesawat Air Asia X, Airbus A330-300 yang sedia terbang ke Gold Coast. Alhamdulillah, saya dapat seat di tepi tingkap yang merupakan spot kegemaran saya. Semua tempat duduk hampir penuh dengan penumpang, cuma ada beberapa tempat duduk saja yang kosong. Ramai juga yang pergi bercuti bersama keluarga. Ada yang membawa anak-anak kecil, ada yang kelihatan seperti ingin pergi berbulan madu dan ramai juga yang pergi berkumpulan bersama rakan-rakan. Tempat duduk di sebelah saya kosong, so senang sikit nak tidur sepanjang penerbangan yang mengambil masa 8 jam itu. Kira-kira pukul 9.45 malam, pesawat D72702 berlepas meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Australia. Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan melainkan tidur dalam penerbangan yang membosankan itu. Tapi tidur pun sekadar 'tidur-tidur ayam' sahaja. 


Langit Australia di waktu pagi

28 Mei 2010

Kami selamat mendarat di Gold Coast Airport kira-kira pukul 8.20 pagi waktu Australia. Sebaik sahaja turun daripada pesawat, terasa kedinginan udara Gold Coast menusuk badan. Udaranya cukup nyaman dan menyegarkan. Setelah melalui pemeriksaan imigresen dan kastam kami keluar dari arrival hall. Cuma Milo 3 in 1 yang tak lepas kerana mengandungi produk tenusu dari negara kita yang tak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Australia. Melepaslah nak minum milo panas di Gold Coast. Di luar kami membeli tiket bas pakej untuk 5 hari untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana. Tiketnya agak mahal, harganya AUD$91 untuk seorang. Tapi itu saja pilihan yang ada kecuali ingin menyewa kereta. Kami menaiki bas Surfside yang merupakan pengangkutan awam utama di Gold Coast. Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat kawasan perumahan, kedai-kedai, taman-taman rekreasi, pantai, dan pelbagai kawasan pelancongan. Semuanya cantik, kemas dan bersih. This is such a place I want to live in! Pemandangan yang dilihat sepanjang perjalanan menuju ke apartment yang telah ditempah membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk menjelajah bumi Gold Coast.

Pukul 10.20 pagi kami tiba di Sunset Court Apartment yang terletak di Surfers Paradise, kawasan bandar di Gold Coast. Apartment telah ditempah sebulan lebih awal dan kosnya AUD$340 untuk 3 orang selama 5 hari 4 malam. Kami disambut dengan ceria oleh Michele, staf yang menjaga apartment tersebut yang sangat peramah dan mesra. Setelah mengambil kunci kami terus ke unit apartment yang berada di tingkat 2. Apartment kami mempunyai 2 bilik tidur, sebuah bilik air, sebuah ruang tamu, dan dapur yang lengkap dengan keperluan memasak. Memang selesa dan berbaloi-baloi. Selepas melalui perjalanan yang agak panjang, keletihan dan kelaparan melanda diri. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Segala makanan yang dibawa dikeluarkan. Macam-macam yang dibawa dari Malaysia; roti, biskut, maggi, makanan dalam tin, dan banyak lagi. Semuanya untuk bekalan selama 5 hari  memandangkan makanan di sini agak mahal dan tak banyak premis yang menyediakan makanan  halal. Setelah puas mengisi perut, berehat dan solat, kami bersedia untuk menjelajah Gold Coast!  Let the fun begin!

 Tengok koala itu

Kangaroo yang jinak

Lokasi pertama yang kami lawati ialah Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS) yang merupakan tempat pemeliharaan haiwan yang terkenal di sini. Di CWS, bermacam-macam jenis haiwan yang dapat dilihat dan yang paling mengujakan tentulah kanggaru dan koala. Sangat excited bila dapat tengok dan pegang kanggaru  buat pertama kali yang semuanya jinak-jinak belaka. Koala pula memang comel tapi hanya duduk diam di atas pokok. Pemandangan semulajadi di kawasan taman ini sangat indah dan mendamaikan. Udaranya cukup nyaman dan segar.  Kami bersiar-siar di dalam taman dengan menaiki train yang disediakan untuk para pengunjung. Memang sangat puas hati walaupun tiketnya berharga AUD$44. 

Menanti train di Currumbin Wildlife Sanctuary

Setelah puas mengelilingi CWS, kami singgah sekejap di Superbee Honeyworld, sebuah pusat penghasilan madu Australia. Di situ kami sempat mencuba pelbagai jenis madu yang dihasilkan. Memang sedap. Tapi rasa je lah, belinya tak. Hehe. Lepas tu kami menunggu bas untuk menuju ke pantai Burleigh Head. Ketika menunggu bas, kami ternampak sebuah Proton Saga yang dipandu oleh penduduk tempatan. Bangga juga ada kereta buatan Malaysia  di sini. Kami sampai di pantai Burleigh Head ketika hari sudah hampir senja. Pantainya sangat cantik dengan pasir yang putih dan bersih. Ramai penduduk tempatan yang membawa keluarga bersiar-siar di petang hari. Di situ kami ternampak 2 baby comel yang sedang merangkak bermain pasir. Very cute!! Kami bersiar-siar di sepanjang pantai sambil menanti waktu matahari terbenam. Suhu terasa makin sejuk apatah lagi bila bayu pantai menghembus. Ramai juga yang sedang surfing di pantai itu walaupun ombak tidak berapa kuat. Mungkin surfing adalah aktiviti harian mereka di waktu petang kerana saya dapat lihat ramai remaja belasan tahun yang mengusung surfboard menaiki bas untuk ke pantai. Kami duduk di tepi pantai menghadap laut menikmati suasana matahari terbenam yang sangat indah dan menenangkan. It's just awesome. SubhanAllah... 

2 orang baby cute sedang main pasir

 Surfers at Burleigh Head beach

Sunset view at Burleigh Head

Setelah hari gelap, kami bertolak untuk balik ke apartment untuk mandi, makan dan solat. Malam itu kami masak maggi sahaja. Tapi dalam keadaan sejuk dan lapar, maggi yang panas-panas memang sangat menyelerakan. Malam itu kami ke night market yang terletak di pesisir pantai Surfers Paradise. Kami berjalan kaki sahaja ke sana kerana market terletak tidak jauh dari apartment kami. Dalam kesejukan kami berjalan melihat pelbagai kraftangan yang dijual di pasar tersebut. Tak banyak barang yang menarik. Dari night market, kami bersiar-siar pula di sekitar Surfers Paradise. Banyak juga kedai-kedai yang masih beroperasi walaupun mengikut research dari internet sebelum ini kebanyakan kedai di sini tutup awal pada waktu petang. Ketika bersiar-siar, kami terserempak dengan sepasang suami isteri, kawan di tempat saya bekerja dahulu. What a small world. Tak sangka boleh jumpa kat Australia. Mereka mengajak kami untuk sama-sama ke Brisbane pada hari Ahad. Pucuk dicita ulam mendatang, kami pun bersetuju sebab waktu itu kami masih mencari-cari cara terbaik dan termurah untuk ke Brisbane. Tambahan pula, mereka ada menyewa kereta. so senanglah untuk ke sana sini.

Setelah penat berjalan-jalan di Surfers Paradise, kami  balik ke apartment untuk berehat. Walaupun keletihan, pengalaman di hari pertama di Gold Coast sangat best dan mengujakan. Dalam kesejukan, saya tidur dengan nyenyak sekali dengan selimut yang tebal di atas katil yang empuk. zzzz...

Bersambung..

6 ulasan:

purplish.pink berkata...

nanti bln november nak g gold coast jgk. dlm 3 hari je. agak2 bajet bape ek nak bawak untuk sorang? boleh tak list out tempat2 yang dah gi dgn harga masuk skali?
kena menabung ni. hehe..

Tanpa Nama berkata...

aku pun dah rancang nak g saner awl bln 8 nie.. aku bc kat cnie http://freeinfoservis.blogspot.com/2009/03/melancong-ke-australia.html bgtau xleh bwk masuk maggie tp ikut dr coretan ko blh bwk plak... poning2x... smbg la lg coretan ko kat saner.. aku g honeymoon jer.. g berdua.. 1st time melancong luar mesia.. risau jgk dgn immigration kat sane.. just apply ETA jer kan? lain2x xperlu kan?

AieN_AtirA berkata...

selamber pkai selipar jepon.
setakat ni, ain kat sini all the time pakai kasut (pump shoes, tutup penuh).

cerita yg menarik. tak tau pon kamu pergi melancong. nnt nak dtg sini, inform dulu ye:P

Ikmal berkata...

Assalamualaikum !

Saya akan ke Gold Coast 5 hari bulan Mei ini bersama keluarga.

Bolah tak minta tolong sangat-sangat untuk senaraikan serba sedikit apakah barang makanan yang boleh dilepas masuk oleh imegresen dan kastam Australia disana ?

Introduction berkata...

ikmal, boleh email saya di muhammadmt@gmail.com. nanti saya bagi panduan.

♥ Yuslin Kamal ♥ berkata...

As salam saya nak tanya. Saya akan bercuti ke Gold Coast bulan 7 ni selama 4 hari. Saya ada terbaca kalau nak masuk ke Australia perlu apply ETA visa. Betul ke? Harap saudara dapat memberi panduan.

Email saya: yus_vicki@yahoo.com

Thanks :)