25 November 2011

Tirai baru disingkap

Sedar tak sedar tahun 1432h sudah berada di penghujung. Cukup pantas masa berlari. Dan pastinya bila tiba saat sebegini, kita cuba menilai kembali apa yang telah berlaku sepanjang setahun lepas. Ya sememangnya  bukan semua yang kita azamkan akan tercapai dengan jayanya. Kita hanya mampu merancang, tapi perancanganNya tidak kita ketahui. Berserahlah harapan kepadaNya agar apa yang dirancang Allah untuk kita adalah yang terbaik. Semoga tahun 1433 bakal membuka lembaran yang lebih manis untuk kita insyaAllah! Hijrahlah ke arah yang lebih baik!


 

SELAMAT TAHUN BARU 1433H!


mmt: antara azam 1433, nak kumpul duit untuk kawin ;)


04 November 2011

Salam Aidiladha 1432H




Bulan Zulhijjah menjelma lagi
Bulan mulia lagi diberkati
Di dalamya dilaksana ibadah haji
Lima rukun Islam dilengkapi

Berduyun manusia ke Tanah Suci
 Beruntung menjadi tetamu Ilahi
Khusyuk beribadah merendahkan diri
Melupakan seketika ehwal duniawi

Ibadah qurban juga dinanti
Dalam setahun hanya 4 hari
Ditunaikan dengan seikhlas hati
Mengharap redha dari Ilahi

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H!


mmt: Raya kat Kemboja lagi ;)

02 November 2011

Cukup cukuplah...

Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita  sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Tambah-tambah lagi bila tengok kawan-kawan ada sesuatu yang baru, kita pun nak jugak. Dah ada phone Nokia, nak iPhone 4, dah ada iPhone 4 nak iPhone 5 pulak. Dah ada laptop nak iPad. Dah ada motor nak superbike. Tak habis-habis. Ish ish.. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa yang punyai keinginan dan kehendak yang tak berkesudahan.

Jadi kepadaNya jualah kita memohon agar diri kita sentiasa cukup dengan apa yang kita miliki. Itulah yang dipanggil sebagai sifat qanaah, berasa puas dengan apa yang ada. Namun qanaah bukan bererti kita malas atau sambil lewa dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup dengan apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Tiada rasa bimbang, kecewa, putus asa dan marah sekalipun rezeki yang diperolehi tak seberapa. Dan itulah kaya sebenar kerana kualiti jiwa tak tergugat dengan kuantiti harta.

Mari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w di bawah ini, agar hati dan diri kita ditiup dengan sifat qanaah:



Menurut Imam Nawawi, kekayaan (ghina') yang dimaksudkan dalam doa di atas adalah kaya hati (jiwa) yang tidak bergantung kepada manusia dan apa-apa yang ada di tangan (di sisi) mereka. Malah jika kehilangan sesuatu, mereka tidak terhenyak dengan kesedihan.

Imam Nawawi juga mengatakan, “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Kerana barangsiapa yang terus mencari dalam rangka untuk menambah, ia tentu tidak pernah merasa puas. Sebenarnya ia bukanlah orang yang kaya hati."



mmt: mari berusaha jadi kaya. kaya di dunia, kaya di sana. =)

28 Oktober 2011

Bahagia dan Tenang

Kadang-kadang kita rasa down bila menghadapi sesuatu masalah. Ya, masalah itu lumrah dan akan sentiasa datang dan pergi. Habis satu masalah datang lagi masalah dan akan terus begitu hingga kita menutup mata. Itulah kehidupan di dunia. Namun kita amat mengharapkan agar kehidupan di sana tidak 'bermasalah', insyaAllah dengan usaha dan doa dari kudrat hamba yang amat dhaif lagi kerdil. 

Saya sering membuka video di bawah untuk menyuntik ketenangan pada setiap pagi sebelum memulakan kerja. Lepas menonton dan mendengarnya, hati lebih lapang dan tenang. Pudar sedikit rasa-rasa gusar dan kecewa (jika ada). Kerana benarlah, kita manusia sering tersalah sangka tentang erti tenang dan bahagia yang sebenar. Memandang benda-benda duniawi sebagai ukuran kebahagiaan. Namun yang hakiki bahagia itu ada pada jiwa yang dekat pada DIA Al-Mutakabbir (Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran).



Dan dalam kalamNya, sudah jelas termaktub bagaimana ketenangan yang hakiki itu diperolehi.



Semoga tenang dan bahagia selalu!



mmt: salam Zulhijjah!



26 Oktober 2011

C.I.N.T.A


Cuba kau selami erti cinta
Indah bila hadirnya mengulit jiwa
Nadi yang berdenyut terasa kehangatannya
Tak terhenti walau sedetik cuma
AnugerahNya yang nian bermakna

Cinta itu amat tulus nan suci
Impian fitrah pada tiap nurani
Nafsu nafsi bukan matlamat dicari
Tetapi hanya redha Rabbul Izzati
Allah Yang Maha Mengasihani

Ceritalah kepada mereka
Impian cinta adalah bahagia
Namun bukan sekadar mainan bicara
Tapi harapan yang lahir dari lubuk jiwa
Amanah dalam melayari bahtera


Cinta yang kukuh terpateri
Ibarat lagu dan melodi
Natijahnya tercipta bahagia yang diimpi
Teguh istana kasih sejati
Azimat menuju syurgaNya yang abadi




mmt: Sekadar nukilan di petang yang terluang, bukan jiwang. ;)




14 Oktober 2011

Motivasi Daripada Al-Quran: Syukur

Ketika kita baik mahupun ketika kita jahat, ketika kita ingat mahupun ketika kita lalai, ketika kita kuat mahupun ketika kita lemah, nikmat daripada Allah SWT tak pernah putus. Subhanallah... Maha Pemurahnya Dia kepada kita. Mampukah kita mengira berapa liter oksigen kah yang sudah kita hirup selama ini? Mampukah kita menghitung berapa butir beras yang sudah kita makan selama ini? Itu secebis kecil daripada nikmatNya cuma. Soalan itu terjawab dalam kalamNya ini.


klik untuk besarkan

Lalu, masih lekakah kita yang daif ini pada nikmatNya yang infiniti banyaknya itu? Syukur atau kufur dua jalan pilihan yang terletak di tangan kita. Lantas jalan manakah yang kita turuti? Ada janjiNya buat dua jalan itu dalam kalamNya ini.


klik untuk besarkan

Agar lurus hati ini, jua agar tak goyah iman ini dalam mensyukuri kurnia nikmatNya yang tak berhenti dan tak bertepi. Munajat ini terkandung dalam kalamNya buat pedoman diri untuk bermohon kepada Dia yang Maha Mendengar. Moga-moga menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur!

klik untuk besarkan

Semoga bermotivasi dan selamat bermuhasabah!




mmt: syukur bukan sekadar ucapan. peringatan buat diri yang selalu terlupa dan buat2 lupa. :) psst.. sekarang dah boleh like & share kat facebook entry2 kat blog ni. 



11 Oktober 2011

Motivasi Daripada Al-Quran: Ujian

Dalam kehidupan ini, kita sering inginkan motivasi untuk menaikkan semangat diri, motivasi untuk mengubati kekecewaan, motivasi untuk memantapkan usaha, motivasi untuk berjaya dan lain-lain tujuan yang membawa kebaikan. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapat motivasi, membaca buku-buku motivasi best-seller, hadir ke program-program bina diri, berjumpa dengan motivator-motivator yang hebat dan banyak lagi. Namun, kadang-kadang kita terlupa (manusia itu memang pelupa) bahawa Allah SWT adalah motivator kita yang terhebat! 

Termaktub dalam kalamNya di dalam Al-Quran begitu banyak sekali ayat yang memberi motivasi dan inspirasi kepada kita dalam mengharungi perjalanan hidup ini. Jom sama-sama kita meneliti tiap-tiap helaian Al-Quran dan merenungi terjemahannya untuk kita peroleh motivasi di kala senang mahupun sukar. InsyaAllah saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua Motivasi Daripada Al-Quran (MDQ) yang memaparkan ayat-ayat daripada Al-Quran yang jelas maksudnya dan terkandung motivasi untuk peringatan buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua. Untuk tafsiran lanjut bolehlah kita membaca kitab-kitab tafsir atau bertemu dengan mereka yang 'alim dalam bidang tafsir.

Sebagai pembukaan MDQ, mari kita renungi dua ayat di bawah ini. Semoga kita tak mudah rasa kecewa bila ditimpa musibah atau ujian yang berat untuk kita hadapi. Yakinlah bahawa Allah menguji kita semata-semata kerana kasihNya kepada kita yang memegang nikmat IMAN yang tak ternilai harganya.

 klik untuk besarkan

Dan Allah tidak sekali-kali menurunkan dugaan yang tidak termampu kita memikulnya. Percayalah seberat mana musibah yang kita hadapi, kita mampu untuk menempuhinya dengan bantuan dan rahmat daripadaNya.

  klik untuk besarkan

Allah menyambung lagi ayat 286 Surah Al-Baqarah di atas dengan doa yang sangat bermakna agar kita sentiasa bermohon dan berserah kepadaNya yang Maha Pengasih.

klik untuk besarkan

Semoga bermotivasi & selamat bermuhasabah!




mmt: Silakan share untuk kebaikan dan peringatan bersama insyaAllah. 
           (Tapi jangan lupa kredit untuk blog ni) :)




14 September 2011

AIM 18, finally we made it to TOP 5!


Alhamdulillah setelah enam tahun berkecimpung dalam arena nasyid, akhirnya Devotees berjaya juga melangkah ke senarai akhir Top 5 Lagu Nasyid Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 18, sebuah acara yang mengiktiraf hasil muzik yang terbaik dan berkualiti. Syukur tak terkira. Lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang didedikasikan buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w berjaya menambat hati juri untuk diletakkan sebaris dengan 4 lagi lagu nasyid yang terbaik antara yang terbaik. Tahniah kepada Abd Halim Devotees yang menghasilkan lagu, lirik dan susunan muzik untuk lagu ini. Terima kasih kepada Along Exists yang membantu dalam rakaman lagu ini. Selain itu sentuhan percussion Hafidz Udu yang menyedapkan lagi susunan muzik. Terima kasih juga buat Ustaz Azhar dan Cik Mah Ez Qurban yang banyak sekali membantu dalam menghasilkan album Berjalan Tanpa Henti. Kepada yang belum memiliki album ini, dapatkanlah segera daripada kami. InsyaAllah... terbaekk!!



Alhamdulillah, saya juga turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik melalui karya lirik dalam lagu Santun Berpesan yang digubah lagunya oleh Adi Akmal Devotees dan didendangkan oleh kumpulan Castury bersama penyanyi lama Ayati Tasrip. Tak sangka percubaan pertama menghasilkan lirik untuk album studio penuh diangkat ke tahap ini. Sebelum ini hanya menulis untuk lagu-lagu nasyid untuk pertandingan-pertandingan nasyid. Mungkin lepas ini boleh menulis lebih banyak lirik dengan lebih serius. InsyaAllah.

Apa pun, diletakkan sebagai top 5 antara yang terbaik sudah cukup bermakna buat kami. . Kemenangan itu hanya satu pencapaian ekstra jika dipilih. Terpulang pada juri yang menentukan dan berserah pada rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Saingan semuanya orang-orang otai dan hebat-hebat belaka. Berikut adalah finalis bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik & Lagu Pop Etnik Terbaik:

Lagu Nasyid Terbaik

  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W.
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Inteam, Rabbani, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana – Pahlawan Gaza


Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – HambaMu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana




InsyaAllah Devotees akan terlibat dengan roadshow AIM ke 18 yang diadakan di beberapa lokasi. Kami akan update tarikh-tarikh dan lokasinya nanti di Facebook. AIM ke 18 akan diadakan pada 12 November 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro Ria sebagai penyiar rasmi. Penaja utama ialah Celcom dan stesen radio rasmi ialah Era. Untuk melihat senarai penuh pencalonan sila klik di sini.

Doakan yang terbaik untuk kami! Terima kasih =)




mmt: Nak buat lirik cinta pulak lah. (^^)




04 September 2011

Tersentuh.....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. 

Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di Mogadishu Somalia. Terpancar kejujuran pada wajahnya. Moga dia tenang dan damai di sana bersama orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah....

Foto Bernama


Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Tersentuh melihat kedua-dua anaknya yang masih kecil dan isterinya yang tampak begitu tabah menerima suratan takdir. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka.

Sama-sama renungi ayat ini:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Ali-'imran:185)





mmt: Ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah....



Jom masak spaghetti bolognese gerenti sedap! ;)

Kalau raya je mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lodeh dan sebagainya. Memang rasa tak lengkap raya kalau takde hidangan tu semua. Tapi kalau buat open house, apa kita ubah sikit citarasa dengan menambah hidangan yang lain sikit. Untuk open house raya ni, saya masak spaghetti bolognese dan carbonara. Alhamdulillah memang laku. hehe. Resipi ni saya dah ubahsuai sikit2 daripada source2 asal yang diambil dari en google dan sebagainya. Masih ke'itali'an tapi ada unsur2 kemelayuan supaya orang kita boleh makan. So, nak share la resipi saya ni. Bukanlah nak jadikan blog ni blog masakan. Cuma sekadar nak berkongsi. Ikut je step2 di bawah. Dijamin gerenti sedap.


Mula2, tumis bawang besar kuning yang dipotong dadu.

Lepas tu, masukkan cili giling. Haa yang ni ikut lidah melayu.
Kalau nak pedas bubuh la banyak. Ikut citarasa.

Lepas dah pecah minyak. Masukkan daging kisar.

Kacau daging hingga warnanya bertukar coklat dan air daging sudah agak kering.

Masukkan tomato puri. Saya guna yang dalam tin. Kacau hingga sebati. Kuantiti ikut citarasa, kalau suka masam bubuh lebih sikit. 

Masukkan bawang putih yang dicincang sehalus-halusnya. Masukkan juga sedikit 
madu lebah.

 
Then, masukkan tomato yang dipotong dadu. 

Masukkan pula capsicum yang dipotong dadu. Ini optional. 


Tambahkan sos spaghetti. Saya guna sos spaghetti Kimball macam kat bawah. Ini untuk menambah rasa since sos dalam botol ni dah dicampur dengan italian herbs. So, tak payah la kita nak cari herbs2 tu lagi. Mahal pulak tu. hehe


Last sekali saya masukkan chicken ball. nak letak meet ball pun boleh. Ikut suka.

Inilah hasilnya. Seeloknya biar direneh beberapa minit. So sos akan jadi lebih pekat. Haa, jangan lupa masukkan black pepper kasar dan serbuk black pepper. Lagi banyak lagi sedap sebab pedas. Saya suka pedas2 ni.

Rebus spaghetti atau apa juga pasta kegemaran anda ikut arahan pada paket.

Tadaa.. sedia untuk dimakan. Dalam gambar ni guna fetuccine. Spaghetti dah abes.


Selamat mencuba! Kalau jadi bagitau ye. 






mmt: harap2 'orang rumah' nanti suka makan bolognese. boleh masak selalu. hehe

29 Ogos 2011

Raya 2011: Rendang daging meletop! :D

Dah takbir banyak2? Jom takbir lagi. Di malam raya ni, tetiba nak pulak nak post resipi. Since saya ni memang minat makan so kena jugak tau cara nak masak. So for the first time, nak kongsi resipi yang saya namakan rendang daging meletop mmt Qlix!

Sejak bertahun2 mak memasak rendang, saya hanya memerhati dan jadi tukang kacau last2 minute. Tapi tahun ni saya buat dari A to Z. So sekarang saya sudah terer masak rendang yehoo. Sila beri tepukan. Resipi rendang ni spesel sebab diwariskan turun temurun. Simple je tapi sedap dan meletop. So di sini saya tunjukkan cara2 nak masak rendang yang memang terbaek ni. Boleh la jadi opsyen untuk resipi raya kali ni. =)


 Mula-mula tumis bawang merah besar dengan rempah ratus; kayu manis, 
bunga lawang, cengkih dan jintan manis. Tumis sampai layu dan naik bau.

 Masukkan pula bahan-bahan yang dikisar: serai, lengkuas, bawang putih, 
bawang merah dan halia.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar. Kalau korang kaki pedas, letak la banyak2.

 Lepas dah sebati, masukkan daging lembu yang telah ditos. Pastikan daging segar 
yang halal lagi toyyiba.

Kacau sehingga daging mengeluarkan kandungan airnya. So jadi macam gambar di atas. Kacau dan terus kacau. Memang penat tapi bagus sebab kalori anda akan terbakar 
dengan meriahnya.

 Lepas air daging agak kering, masukkan santan dan kerisek. Kacau dan kacau lagi. Oh ya, masukkan juga daun kunyit yang dihiris halus. Make sure kanak-kanak riang tak bermain berdekatan kuali anda. Safety first!

Masukkan daun limau purut untuk menaikkan lagi rasa dan aroma rendang anda. Jangan lupa bubuh garam dan gula secukup rasa. Satu lagi, untuk menggelapkan lagi rendang letak la gula merah secukup rasa sesuka hati.

Tadaa.. Inilah hasilnya. dah siap. Tapi lebih sedap kalau lebih kering. So bila dipanaskan rendang akan menjadi semakin kering dan makin sedap.

Berposing adalah wajib sebagai bukti. hehe. Abaikan pemakaian yang tak proper.


Rendang sedap dimakan bersama ketupat daun palas, lemang, nasi impit dan apa juga yang anda rasakan sesuai. Selamat mencoba & selamat hari raya. Nantikan resipi yang seterusnya!! ^^



mmt: Sori tak disertakan dengan kuantiti bahan-bahan. Semuanya adalah sesedap rasa dan mengikut kata hati anda. hehe. Amaran: menu ini mengandungi kalori yang mewah. Sila berpada-pada memakannya secara terkawal. =) 

Aidilfitri menjelma lagi!

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! 
La ila ha illAllah Allahu akbar! 
Allahu akbar walillahilhamd!

Alhamdulillah. Sebulan menempuh Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Terasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Memanglah kita sentiasa inginkan yang terbaik. Namun sebagai manusia kita pasti terasa ada kekurangan yang ingin diperbaiki. Mudah-mudahan kita berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang. Ameeen..

Kini Syawal pula menjelma. Saya ingin mengambil kesempatan memohon setulus kemaafan atas segala salah dan silap termasuk kemalasan mengupdate blog ini. Semoga ukhuwah lebih erat insyaAllah. Kalau di bulan Ramadhan kita boleh menahan diri daripada perkara2 yang tak baik, teruskanlah di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Moga kita dapat istiqamah. Raikan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Eratkan ukhuwah sesama keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan2. Semoga meriah dan gembira di lebaran ini. Terimalah e-kad raya purple dari saya. =)



Akhir sekali, TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! 
MAAF ZAHIR BATIN! ;)


mmt: Ada ucapan untuk saya, tinggalkanlah komen di sini.hehe. Kalau ada kuih raya yang sedap, hulur2 la sikit. Yang sedap je tau! =)


27 Julai 2011

Ramadhan Ya Ramadhan

InsyaAllah kita semua bakal melangkah ke bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan, bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita. Semoga kita dapat merebut segala keistimewaan dalam madrasah Ramadhan untuk menjadi hambaNya yang lebih dekat denganNya.

Alhamdulillah, Devotees telah merakamkan sebuah lagu khas untuk mengalu-alukan kedatangan bulan mulia ini bertajuk Rindu Ramadhan. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Abd Halim. Selamat mendengar dan menghayati lagu ini. Semoga bermanfaat dan memberi semangat untuk menyambut Ramadhan!






RINDU RAMADHAN

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti

Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan yang padanya keberkatan (2x)

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

Lirik/Lagu: Abd Halim Devotees


Terima kasih buat Hasbi Feelhoney yang memang kreatif menghasilkan video klip di atas. Share2 lah lagu ini dengan family dan kawan2 ye.


Oh ya, lagu ini juga boleh di download secara PERCUMA. Ya PERCUMA! Baik kan kitorang.hehe Klik saja link di bawah ni:


Download Rindu Ramadhan

Selamat beribadah di bulan Ramadhan!!

25 Julai 2011

Summer in Seoul Part IV

Hari Kelima [4 Julai 2011]


Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik seperti yang diramalkan. Destinasi hari ini semestinya lokasi yang terkenal dengan drama Winter Sonata, Nami Island! Perjalanan hari ini agak jauh sebab Nami Island bukan di dalam area Seoul, tapi terletak di Gyeonggi province. Dari Sinchon kami menaiki tren ke stesen Wangsimni, lepas tu tukar  Jungang line untuk ke stesen Mangu. Di stesen Mangu tukar lagi line Chuncheon untuk ke Gapyeong. Gapyeong ni adalah sebuah daerah countryside yang terkenal dengan keindahan semula jadi. Di area Gapyeong lah inilah Nami Island terletak. Perjalanan sepanjang ke Gapyeong dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah. Bukit bukau yang menghijau & sungai yang mengalir tenang memberi santapan mata yang memukau pandangan, mengingati pada kekuasaanNya. 

Dalam tren ke Gapyeong

Tiba di stesen Gapyeong, kami menaiki bas untuk ke jeti Nami Island. Sampai di jeti, kami menaiki feri yang diberi nama Nami Maid. Perjalanan menaiki feri mengambil masa kurang dari 10 minit. Sampai di Nami Island bermula la pengembaraan menikmati keindahan alam yang menenangkan. Saya tak nak cerita panjang2, tengoklah gambar2 di bawah ye. 

 Nami Maid, feri ke Nami Island


 Tiket Nami Island, ada bendera Malaysia kat belakang tu

Dah sampai, Nami Island dikelilingi Sungai Han

Pokok daun merah di musim summer

 Nami mempunyai teres-teres pokok yang cantik tersusun

Tenangnya berehat di sini

Teduh

 Jambatan unik

Gambar-gambar Nami Island di pelbagai musim, I wish it's autumn

 Pokok-pokok condong meneduhi walkway

Hijau

Winter sonata statue

 Winter sonata gallery

 Winter sonata lagi

Teres pokok lagi 

Berbasikal keliling pulau, sejam rasa macam 10 minit je

Menghayati panorama Sungai Han

Lompatan gembira setelah habis keliling Nami Island

Seharian di Nami Island memang penat. Tapi sangat puas sebab dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya. Mungkin suatu hari nanti akan kembali lagi ke sini, tapi pada musim autumn yang sangat indah insyaAllah. Sape nak ikut? hehe..

Petang itu kami terus balik ke guest house kerana seorang daripada kami akan balik ke Malaysia malam itu. Malam kami merayap ke Myeong Dong untuk sesi shopping yang terakhir. Sangat meriah dan happening kat situ. Kalau perempuan kaki shopping memang heaven. Macam-macam ada. Baju, kasut, gadget, kosmetik, makanan dan banyak lagi. Selesai shopping, terus balik untuk merehatkan diri. 

Hari terakhir di Seoul, kami sekadar berjalan-jalan di sekitar Sinchon. Sempat singgah di Yonsei University, merasai kehidupan kampus dan menikmati ice blended murah dan sedap. Singgah juga di Sigang University. Kawasan Sinchon saja ada 4 buah universiti. Universiti khas untuk wanita pun ada. 

 Yonsei University

Bangunan utama Yonsei University

Sekian saja catatan kembara Summer in Seoul. Satu kembara yang tak mungkin dilupakan. Satu kembara yang memberi pelbagai pengalaman. Satu kembara yang mencetus pelbagai inspirasi. Sehingga ke kembara yang seterusnya. Di mana? jeng jeng jeng. Nantikan.....



mmt: thanks semua yang sudi baca. sila lah melancong ke Korea, saya boleh jadi tourist guide hehe =)