01 Februari 2011

Akhirnya...'Berjalan Tanpa Henti'!

Sejak album pertama Devotees dilancarkan pada tahun 2005, dari situ bermulalah perjuangan kami di arena nasyid tanah air. Selepas setahun berlalu, perancangan album kedua sudah mula menjadi agenda. Namun pelbagai dugaan, cabaran dan halangan terpaksa ditempuhi. Jatuh bangun yang dilalui banyak mengajar dan mematangkan kami. Kadangkala seperti sudah kesamaran jalan yang ingin ditujui. Tapi Allah Maha Penyayang. Tahun berganti tahun, dan selepas 5 tahun tanpa album akhirnya buah tangan Devotees yang kedua dapat direalisasikan juga. 'Berjalan Tanpa Henti' judul yang cukup sinonim dengan suka duka perjalanan seni kami. Syukuuuur alhamdulillah. Jutaan terima kasih buat Ustaz Azhar dan Cik Mah dari Ez Qurban yang cukup banyak membantu. Jasa kalian tak ternilai harganya.

Cover penuh simbolik sentuhan Halim

Kini hanya tinggal menanti album ini diedar dan dipasarkan. Istimewanya 80% penghasilan album ini adalah hasil sentuhan Devotees sendiri dan album ini adalah sememangnya jiwa kami. Semuanya sudah selesai, namun berdebar juga menanti reaksi penggemar-penggemar nasyid di luar sana. Apapun pada Allah jua diserahkan segalanya. Semoga penghasilan album ini diberkatiNya dan mudah-mudahan dibukakan jalan olehNya agar setiap yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya. Ameen. Ini dia video preview album "Berjalan Tanpa Henti':


InsyaAllah akan memuatkan lapan buah lagu dan disertakan satu track bonus iaitu minus one lagu Bersama. Lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah:
  • Berjalan Tanpa Henti (Lagu: Yasin, Lirik: Yasin)
  • Bersama (Lagu: Adi Akmal, Lirik: Adi Akmal)
  • Hadirnya Cahaya S.A.W (Lagu: Abd Halim, Lirik: Abd Halim)
  • Selagi Hayatmu Di Sini (Lagu: Adi Akmal, Lirik: Adi Akmal)
  • Don't Walk Away (Lagu: Adi Akmal, Lirik: Adi Akmal & Muhammad)
  • Harapan feat. Salleh Brotherz (Lagu: Dakmie, Lirik: Dakmie)
  • Rindu Kedamaian (Lagu: Mohd Taufik Nordin, Lirik: Muhammad)
  • Bersama Akustik (Lagu: Adi Akmal, Lirik: Adi Akmal)
InsyaAllah album ini akan memberi kepuasan kepada yang mendengarnya. Sarat dengan elemen motivasi, inspirasi dan kemanusiaan. Dilatari susunan muzik yang mengasyikkan dan dihiasi dengan vokal yang penuh penghayatan. Jadi, jangan lupa dapatkan album ini di pasaran tak lama lagi. Boleh juga buat tempahan awal di www.ebazaar.com.my. Pastikan anda memiliki buah tangan istimewa ini! =)

mmt: Teringat kenangan recording di studio sampai pukul 4 pagi ;)

9 comments:

nadiRASUL@iman berkata...

hampir 6 taun at last!
finally Berjalan Tanpa Henti is Real :)
tahniah utk Devotees!

nadiRASUL@iman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amirah Muhajir berkata...

Tahniah.saya sentiasa support group nasyid,ade inisiatif dlm berdakwah.I know devo since 2005,alhamdulillah kekal berempat lagi sampai skarang.=)

::نور فيلزاتي:: berkata...

lagu2 dalam album baru ni mmg best! semuanya mempnyai makna tersendiri. harap devotees terus maju jaya!

dayu_myself berkata...

alhamdulillah..
akhirnya devotees dpt keluarkan album yng bru..dah lma sgt tggu..ingt lagi wktu program di endau,Mersing tahun 2006 bersma devotees...sejak wktu tu,dah jdi pmnat lgu2 devotees...thniah lgi skli untuk album bru dan semoga berjaya.InsyaAllah...^^

Tanpa Nama berkata...

boleh minta lirik dont walk away? :) dekat shoutbox dah ada 2 permintaan..plus saya jadi 3 :)

Nur Ilyani Abd Munir berkata...

Alhamdulillah..I've got that album..thanks a lot..very nice!

bajukurung berkata...

nur ilayani awk beli kat mane yer...sy nk cr..cr lagu jalan tanpa henti kat youtube,4shared x jumpa la...;P...

Rohaizam Rosli berkata...

best lorrr.... suka sgt lagu berjalan tanpa henti... mmg terbaek...