06 April 2011

Konichiwa Osaka I

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya kaki ini dapat dijejakkan di bumi Jepun yang sebelum ini tak pernah terlintas di fikiran untuk ke sana. 13 hingga 20 Mac berada di sana bersama keluarga menitip pengalaman yang sangat-sangat berharga. Walaupun kami ke sana sehari selepas tsunami yang sangat dahsyat, tapi alhamdulillah Osaka tidak affected dengan bencana tersebut. Mulanya agak risau juga dan ramai juga yang bertanya. Perjalanan diteruskan. Jepun memberi seribu satu pengajaran dan pelajaran yang cukup bermakna. Saya nak recommend semua orang kena melawat Jepun. InsyaAllah dalam catatan ini, saya akan kongsikan pengalaman sepanjang berada di sana. Tapi nak cerita ringkas-ringkas je, based on gambar. Banyak gambar lagi best kan. Ok here we go!

13 Mac 2011


Selamat mendarat di Kansai International Airport kira-kira pukul 6.30 pagi waktu Jepun dengan penerbangan Thai Airways. Penerbangan dari Kuala Lumpur pukul 9 malam transit di Suvarnabhumi Airport, Bangkok dan terus ke Osaka. Sebelum mendarat, solat subuh dalam kapal terbang. Pertama kali pengalaman solat di udara, banyak mata-mata yang memandang. Semoga mereka diberi hidayah. Menjejakkan kaki di bumi Jepun, terasa sangat teruja. Hilang terus segala keletihan dalam penerbangan yang mengambil masa kira-kira 7 jam. Pemeriksaan imigresen dan kastam berjalan lancar dengan pegawai-pegawai yang sungguh dedikasi. Ada seorang pegawai imigresen wanita yang datang membantu ketika kami agak terkial-kial mengisi borang ketibaan kerana kurang faham dengan arahan-arahan dalam borang. Walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris, tapi dia sedaya upaya membantu kami. Pelajaran pertama di Jepun.

Kansai International Airport



Di luar, lensa kamera pantas menembak sudut-sudut menarik di Kansai Airport sambil menunggu kedatangan kakak yang datang menjemput. Oh ya, kakak sulung saya belajar di sana, tapi saat catatan ini ditulis kakak dah habis belajar dan dah balik Malaysia pun. Suhu di luar airport agak sejuk, dalam 11'C. Maka pakaian sejuk yang tebal-tebal pun mula berfungsi. Selepas kakak sampai, kami menaiki bas ke stesen keretapi di bandar Osaka. Sebelum bas sampai, semua orang sudah siap beratur dengan tertib sekali. Bagasi-bagasi pula disusun elok-elok. Pelajaran kedua =).


Dalam bas


Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke Umeda Station di tengah bandar Osaka. Kansai Airport terletak di tengah laut dan dihubungkan dengan jambatan yang agak panjang. Mungkin tanah sudah kehabisan, jadi tanah ditambak di tengah laut untuk dijadikan airport. Sampai di Umeda, teruja melihat orang ramai berjalan dengan laju dan bersimpang siur seolah-olah mengejar sesuatu. Semuanya berjalan dengan cepat dan tak berlengah. Mungkin mengejar waktu. Pelajaran ketiga =).




Kami menaiki tren Hankyu dari Umeda ke Kita Senri untuk balik ke rumah sewa kakak. Trennya sangat bersih dan kemas walaupun kelihatan lama. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Sepanjang perjalanan pastinya pemandangan kotaraya Osaka menjadi hidangan. Teruja lagi!

Dalam tren Hankyu

Sampai di Kita Senri, kami menaiki teksi ke rumah sewa kakak yang terletak di kawasan Onohara. Teksinya antik sekali. Tapi tambangnya agak mahal, ye lah nilai duit Jepun agak tinggi, 100 yen tu sama dengan RM3.70 kat Malaysia. Bagi dorang 100 yen tu macam seringgit kita kat sini.

 Teksi Osaka


Dari dalam teksi


Sampai di rumah sewa kakak yang comel dan ngam-ngam untuk 6 orang, kami berehat sambil tunggu waktu zuhur masuk dan makan tengahari. Perut dah kelaparan. Tambah-tambah lagi dalam cuaca sejuk. Saya ikut kakak ke supermarket berdekatan untuk membeli makanan dan barang dapur untuk makan tengahari. Nama supermarket tu Manekiya. Dekat je dengan rumah, so jalan kaki je.

Dalam Manekiya Supermarket


Ikan bakar kot


Rempah ratus gaban, hehe. Teringat Gaban, superhero time kecik-kecik dulu.

Merasa ikan salmon tak masak time makan tengahari. Juadah lain nasi jepun yang sedap dan lauk-pauk panas. Lepas siap makan tengahari yang menyelerakan dan solat zuhur, kami ke destinasi jalan-jalan yang pertama menaiki Osaka Monorail dari Toyokawa station berdekatan kawasan Onohara.

Menunggu monorel di Toyokawa station

Dalam monorel. Pemandunya perempuan.

Destinasi kami ialah sebuah taman yang sangat cantik, namanya Bampaku-kinen koen. Tak tau lah apa maksudnya, cuma koen tu maksudnya taman. Taman ni menjadi tempat warga Osaka bersiar-siar membawa keluarga di hujung minggu. Alhamdulillah rezeki, time kami datang masuk ke taman adalah percuma, biasanya ada bayaran untuk masuk ke situ. Di taman ini ada Menara Matahari yang menjadi trademarknya. Dan paling best ialah taman pokok-pokok ume yang sangat cantik. Bunga ume ni adik beradik dengan bunga sakura. Bunga sakura belum muncul lagi masa tu.


Depan tower of sun

 Orang ramai di Bampaku kinen koen

Bunga Ume pink 

Posing sat

 Tengok betul-betul. Ada satu warna pink terselit.

 Bunga ume merah

Lepas penat bersiar-siar di Bampaku kinen koen. Kami balik ke rumah menaiki monorel melalui stesen Kita Senri. Sempat singgah makan kuih ikan, rasanya macam bahulu berbentuk ikan yang berinti keledek. Sedap. Ok bersambung lagi. Baru je ada kesempatan mengupdate blog. =)

4 ulasan:

chAq berkata...

Eagerly for next entry....hihi.
Kembara Kemboja takda episod baru?
*selitkanlah bahasa2x jepun...leh kami pembaca belajar ^_+

Miss EZ berkata...

ingtkn sakura td..rupanya ume..makanan utk org islam ada bahagiannya kn? trus update lg..blh tau psl Jepun ni..^^

نور العين عبد الرشيد berkata...

nice journey~
yg awk kate ikan bakar tu, betul la.tp lebih senang panggil smoked fish (selalunya makeral or salmon).
nnt kite kongsi pengalaman lg ye >.<

nur liyana berkata...

aslmkm, salam singgah.. ^_^ terbaca entri ini...sangat best..teringin hendak ke jepun.. niat dr kecil lg..huhu...tp tiada rezeki lg...