07 April 2011

Konichiwa Osaka II

14 Mac 2011


Hari kedua kami di Osaka. Suhu hari ini dijangka tidak terlalu sejuk, belasan darjah celcius. Tapi baju tebal kena pakai juga. Hari ini kami berjalan ke destinasi kedua selepas makan tengahari dan solat jamak zuhur dan asar untuk memudahkan perjalanan. Maklumlah di Jepun bukannya ada surau atau masjid yang mudah dijumpai. Destinasi yang dituju ialah Kyoto. Kami menaiki bas berhampiran Manekiya Supermarket menuju ke Senri Chuo  stesen. Tambangnya 210 yen. Bas di sini sangat efisien dan punctual. Pemandunya pula berpakaian seperti pilot kapal terbang dan kelihatan profesional. Ditambah lagi dengan microfon kecil yang dipakai untuk membuat announcement. Setiap kali ada penumpang masuk, pemandu akan meminta penumpang berhati-hati dan yang paling menarik, tiap-tiap penumpang yang keluar dari bas akan diucap arigato gozaimasta. Maka sepanjang perjalanan akan terdengar ucapan arigato berkali-kali. Bagus kan.

Dalam bas, bersih dan kemas

Sampai di Senri Chuo, kami menaiki subway ke stesen Shin Osaka pula. Beli tiket guna mesin yang sangat pantas. Tiketnya kecil saja. Jimat kertas.

Senri Chuo subway station

 Mesin tiket subway

Inilah tiketnya, comel je

Sampai di Shin Osaka, kami akan menaiki sesuatu yang mengujakan, bullet train! Sebelum ni pernah baca dan tengok tv je, sekarang akan rasa sendiri. Tak sabar2. Nama bullet train yang kami nak naik ialah Tokaido Shinkansen. Shinkansen ada macam-macam jenis. Kami naik jenis Nozomi, yang paling laju sekali. Ada dua lagi model lain iaitu Hikari dan Kodama. Paling ketara perbezaannya adalah design kepala train. Shinkansen ni kelajuannya boleh mencecah lebih 300 km sejam. Laju kan? Bayangkan jarak sejauh 500km dari Osaka ke Tokyo hanya mengambil masa dua setengah jam.

Posing dengan tiket shinkansen

Inilah dia shinkansen

Semua orang beratur sebelum naik shinkansen

Budak comel pun nak naik shinkansen..kawaii!

Bila masuk ke dalam bullet train, rasa macam masuk dalam flight pulak. Tempat duduknya selesa dan tingkapnya pun kecil je macam tingkap dalam flight. Bila duduk dalamnya tak begitu terasa kelajuannya, tapi bila dilihat dari luar, memang macam peluru!

Dalam shinkansen, macam dalam flight

Kami naik shinkansen tak lah sampai ke Tokyo. Tapi hanya ke destinasi yang ditujui iaitu bandar Kyoto. Kami hanya bersiar-siar di sekitar Kyoto station. Cuaca hari ini agak mendung, tapi tidak ada hujan turun. Berpusing-pusing di dalam bangunan Kyoto Station terasa dahaga pulak. Untuk dapatkan minuman di Jepun sangatlah mudah kerana vending machine sangat banyak dan ada di mana-mana. Air botol, air tin, air dalam cup semua ada. Yang menariknya, air tin yang panas pun ada. Pilih je. Vending machine makanan pun banyak, tapi tak boleh beli la sebab tak tau kehalalannya. 



Kyoto Station

 Depan Kyoto Station

Vending machine makanan & minuman

Bercakap tentang makanan pula, Jepun memang sangat kaya dengan macam-macam jenis makanan. Kalau berjalan-jalan di mana-mana, banyak sekali restoran yang menyajikan pelbagai juadah yang nampak menyelerakan. Di luar setiap restoran, mesti ada replika makanan-makanan yang dijual. Memang nampak macam real. Rasa macam nak try je, tapi apa boleh buat, kat Jepun takda JAKIJ (JAKIM versi Jepun). Hehe..

Replika makanan di luar restoran

Di sekitar Kyoto Station kami sempat ke Sky Garden yang terletak di atas rooftop bangunan Kyoto Station. Dari sini dapat dilihat pemandangan seluruh kota Kyoto. Very nice view. Sempat rehat sambil makan biskut dan roti sebab dah kelaparan. Lepas tu kami ke skybridge ala2 KLCC yang ada pelantar untuk melihat view Kyoto tower dan seluruh kawasan bandarnya. Best2! Ketika berjalan-jalan menghayati pemandangan yang menarik, terjumpa dua orang budak perempuan yang sangat cute. Kawaii dalam bahasa Jepun! Sempat snap beberapa gambar, parents dorang pun sangat sporting. So far, budak-budak Jepun yang ditemui semuanya cute2. Kebanyakannya bermuka bulat, berpipi gebu dan berambut lurus. Sangat menggeramkan, hehe..

 Sky Garden @ Kyoto Station

 Kyoto Tower

Budak2 comel dengan mak & adik

Lepas puas mengelilingi Kyoto station, kami singgah sekejap di Kyoto Tower untuk melihat souvenir. Dapat lah beberapa souvenir dari Kyoto untuk dibawa pulang. Harga di situ agak mahal, ye lah sebelum beli je mesti nak convert ke RM. Mestilah mahal kan. Dah dekat nak maghrib, kami pun balik ke Osaka menaiki tren biasa. Tak mampu dah naik bullet train sebab mahal, sekali cukup la. Perjalanan balik melalui Shin Osaka dan terus ke Senri Chuo. Sampai di Senri Chuo hari dah gelap, kami berehat sekejap sambil makan onigiri salmon sushi dan sushi unagi untuk menghilangkan kebuluran. Onigiri ialah nasi kepal berbentuk segi tiga yang diisi dengan tuna atau udang bersama mayonis dan dibalut dengan rumpai laut. Mudah dan sedap dimakan!

Inilah onigiri

Makan onigiri jap 

Sushi unagi atau belut

Lepas siap makan, singgah sekejap di Labi Senri, sebuah gedung barang-barang elektronik dan mainan. Banyak sungguh barang-barang elektronik. Macam-macam ada. Maklumlah Jepun kan. Tapi sekadar window shopping je la, sebab tak bajet untuk membeli-belah pun kat sini. Hari makin gelap dan suhu pun makin rendah, kami pun balik rumah naik bas 210 yen dengan kaki yang letih tapi hati yang gembira. Sampai rumah lepas makan (makan lagi? sejuk2 memang cepat lapar) dan solat, kami tidur bertemankan heater 28 darjah celcius. Bersambung lagi =)



5 ulasan:

نور العين عبد الرشيد berkata...

no budget for shopping? are you sure? ke saving utk kahwin? :P

Amirah Muhajir berkata...

Jepun bersih!

naasiha berkata...

jauh berjalan,luas pemandagn..

Nadzirah berkata...

How nice...been dreaming to visit Japan all my life..sugoi na..

cik bunbun berkata...

cepat sambung partIII!