26 Mei 2011

Sayang Sayang ♥

Assalamualaikum. Tajuk tak tahan. hehe. Sebenarnya, dah lama tak menulis tentang benda-benda yang saya suka & sayang (pernah tulis ke sebelum ni?). Dan kali ni saya nak berkongsi tentang apa yang saya suka kumpul. Ape ye? Jawapannya ialah tak lain dan tak bukan MAGNET PETI SEJUK atau bahasa jawanya Fridge Magnet. hehe... Hobi ni bermula bila saya membeli peti sejuk sendiri untuk rumah bujang pada tahun 2009. Sejak tu pantang pegi mana-mana mesti beli fridge magnet atau ada kawan-kawan yang nak pegi travel, mesti pesan fridge magnet. Saya paling suka fridge magnet yang ada tulisan nama satu-satu tempat dan design kat fridge magnet tu melambangkan apa yang ada kat tempat tu. 

Sebab apa? Ia menunjukkan identiti suatu tempat dan kita boleh imagine keadaan suatu tempat itu hanya dengan melihat fridge magnetnya (kuat imaginasi la konon). Best kan? Kat dunia ni kan banyak benua, dalam satu-satu benua banyak negara, dalam negara banyak negeri dan wilayah, dalam negeri ada bandar-bandar dan kawasan-kawasannya pula. Jadi bila kita dapat kumpul  fridge magnet dari pelbagai tempat yang berbeza-beza, terasa satu kepuasan walaupun kita tak pernah sampai ke tempat tu. Mana tahu, mungkin satu hari nanti dapat juga sampai ke semua tempat tu insyaAllah amiiin. Satu lagi, fridge magnet ni tak mudah hilang berbanding dengan souvenir-souvnir lain. Hari-hari kita boleh nampak sebab dia melekat kat pintu peti sejuk. Jadi, bila nak minum air sejuk tengok magnet, bila nak masak tengok magnet, bila nak makan aiskrim tengok magnet. Lepas tu berangan kejap. Lepas tu tukar-tukar susunannya. Like like.. hehe. 

My beloved collection 

Jadi inilah koleksi saya setakat ini. Setakat ni ada dari Australia, Jepun, China, Kemboja, Singapore, Germany, Brunei, Indonesia, London, Thailand, Vietnam, Dubai dan banyak lagi. Thanks to semua yang yang menyumbang untuk koleksi ini! Sesiapa yang ingin tolong menolong dan bantu membantu sesama saudara dalam menambah koleksi ini, sangatlah dialu-alukan dengan tangan yang terbuka luas seluas langit yang membiru. cewah. Semoga cita-cita nak penuhkan sekeliling fridge dengan magnet menjadi kenyataan. hehe. Sekian dulu, wassalam. Jazakallah khayr!


mmt: terasa nak kongsi resepi campak2 la. Ade ke orang nak? =)

22 Mei 2011

Catatan manis: Pelancaran Album 'Berjalan Tanpa Henti'

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya, album Berjalan Tanpa Henti (BTH) telah selamat dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 20 Mei 2011 bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 20 Mei 2011 dipilih sempena ulangtahun ke 6 Devotees dalam industri muzik tanah air. Majlis ni telah dirancang kira-kira sebulan lebih awal oleh kami semua anggota2 Devotees bagi merancakkan lagi promosi baby terbaru yang kami sayangi itu. 


Untuk memastikan majlis berjalan lancar, kami telah melantik Firdaus, DJ Nasyidfm sebagai Pengarah Program yang akan memonitor semua tugas2 yang telah diaturkan. Saya bertindak sebagai setiausaha dan bendahari serta merangkap ketua unit protokol. Halim jadi chief untuk unit dokumentasi, Adi jaga unit perhubungan media dan Shauqi ditugaskan menjadi kepala unit jemputan. Kesemua ketua2 unit yang dilantik dibantu dan disupport oleh ahli-ahli daripada kalangan staf-staf Ez Qurban Sdn. Bhd. yang memang terbaek dan sporting. Alhamdulillah semua tugas2 yg diberikan dapat dilaksanakan dengan cukup baik oleh semua yang terlibat. Tak sangka perancangan majlis berjalan dengan begitu lancar dan baik sekali.

Sibuk membuat persiapan

Tiba masa yang dinanti, tanggal 20 Mei 2011, dalam sedikit nervous kami bersiap sedia di Restoran Puteri sekitar pukul 11 pagi. Pelbagai persiapan akhir dibuat, pasang banner, bunting, buat prop untuk gimik pelancaran, video pelancaran, meja pendaftaran, p.a system dan macam2 lagi. Semuanya berjalan dengan baik, cuma banner yang agak lambat siap merisaukan kami semua. Nervous ni. Tapi sebaik sebelum majlis start, alhamdulillah sampai jugak banner yang ditunggu2.

 Temuramah dengan TV Alhijrah

Selepas solat Jumaat kami terus bersiap untuk majlis. Menjelang pukul 2.40 petang beberapa wakil media sudah kelihatan. Sempat ditemuramah oleh krew2 Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah dan Portal Gua. Pukul 3.15 petang majlis dimulakan oleh pengacara jemputan, seorang selebriti TV3 yang tidak asing lagi iaitu Fedtri Yahya. Fedtri memang professional dalam mengendalikan majlis diselangi jenaka-jenaka sopan yang kelakar. Sempat dia memuji tema ungu putih yang dipilih oleh saya sendiri (guna kuasa veto haha) yang diibaratkan seperti majlis kenduri kahwin. Memang cantik kalau kahwin tema purple putih, dah plan awal dah hehe. Selepas celoteh Fedtri yang mencuit hati, Shauqi dipersilakan untuk memimpin bacaan doa. Tiba-tiba je Shauqi sebak ketika membaca doa. Touching... sob sob (T_T). Mudah-mudahan majlis diberkatiNya, amiiin.

Bersama pengacara yang mantap, Fedtri Yahya

Seterusnya Ustaz Azhar, Pengarah urusan Ez Qurban merangkap Penerbit Eksekutif album BTH menyampaikan ucapan. Ustaz Azhar adalah insan yang sangat berjasa kepada Devotees, kerana tanpa beliau album BTH mungkin tidak dapat direalisasikan. Terima kasih ustaz!!! Lepas tu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat, Ir. Ahmad Jais Alias, CEO Koperasi Muslimin Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berpesan supaya nasyid mengutamakan 2 elemen yang paling penting iaitu cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Selepas 2 elemen itu, barulah dimasukkan elemen2 lain. Ucapan tuan Ir. sangat berguna dan cukup sarat dengan mesej2 yang bermanfaat untuk kami sebagai pejuang irama nasyid. Terima kasih tuan Ir. Ahmad Jais!!

Tuan Ir. Ahmad Jais & Ustaz Azhar menyempurnakan gimik pelancaran

Ceria bersama BTH, baby tersayang!

Tamat ucapan, tibalah masa yang dinanti, menggunakan iPad2 tuan Ir meletakkan tangannya di atas iPad2 dan disusuli dengan video tentang album BTH. Walaupun sedikit gangguan teknikal pada audio, tapi boleh diabaikan.hehe. Selepas tu, tuan Ir menyempurnakan 1 lagi gimik membuka kain yang menutupi CD album BTH. Alhamdulillah, sempurna lah sudah pelancaran album BTH. Untuk meraikan ulangtahun ke 6 Devotees, acara seterusnya ialah memotong kek. Kek ni saya yang tempah (nak jugak). Terasa sangat touching bila sempurna semua yang dirancang, bila potong kek tu, rasa tak percaya kami semua dah 6 tahun bersama  menempuh onak dan duka dalam Devotees (mood lagu Bersama). Mudah-mudahan kami terus diberi kekuatan dan dibetulkan niat untuk terus Berjalan Tanpa Henti dalam perjuangan ini. yeah!! insyaAllah!

Kek Ulangtahun ke 6 Devotees

Seterusnya sesi fotografi bersama tenaga-tenaga produksi Along Exists, Salleh Brotherz dan abg Taufik Nordin. Yasin dan Dakmie tidak dapat hadir. Majlis diteruskan dengan persembahan 3 buah lagu daripada album BTH iaitu BTH, Don't Walk Away dan Bersama akustik. Sempat lagi Fedtri menghadiahkan kami dengan beberapa soalan cepu cemas sebelum buat persembahan. Nasib baik dapat jawab hehe. Sangat enjoy dengan performance hari tu. Hadirin pun sama.

Persembahan lagu-lagu dari album

Tamat persembahan, majlis dirancang diteruskan dengan sidang media ringkas, namun disebabkan banyak media yang ingin menemuramah terus dengan kami, sidang media tidak dapat dijalankan. Kami ditemubual oleh Galaksi TV9, Melodi TV3 dan Diva TV1. Jangan lupa tengok nanti ye. Tamat temubual, barulah dapat beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir, ada pelawak terkenal Abon, abang Amin dan Syahril Inteam, abang Ito Lara, Ustaz Erwan IKIMfm, wartawan-wartawan Utusan, majalah Anis, Munsyeed.com, Harian Metro, majalah Muslimah, Melodi. Galaksi, MHI dan Diva. Ada 5 peminat bertuah yang telah menang dalam peraduan Devotees BTH melalui Facebook, Faherah aka Bunbun, Filzati, Atikah, Ilyani dan Faizah. Dorang memang sporting, siap dapat kad comel hasil kreativiti bunbun. Thanks semua. Makanan pun sedap, macam-macam ada sampai saya sendiri tak sempat nak try semua. Yang paling best, mesti lah fruit tart yang saya tempah. hehe.


Orang-orang kuat Majlis Pelancaran BTH. Terbaek!!!

Ok sekian lah catatan Majlis Pelancaran Album BTH. 20 Mei 2011 meninggalkan memori yang sangat manis buat Devotees dan mencetus semangat baru untuk kami terus kuat meneruskan perjuangan. Setinggi-tinggi dan juta2 penghargaan dan terima kasih buat Ustaz Azhar dan Cik Mah. Orang paling kuat di sebalik BTH. Juga buat Firdausz NasyidFM, staf-staf Ez Qurban; Faizal, Aswad, Siti Nor Fatahya, Fitri, Norisz, Dayang, Kak Sima & Imah. Penaja cookies yang sedap, Zaisara. Thanks to Sarah dan family. Korang memang the best!! Tidak lupa Mazlina Amri, Nur Asy Shuhada dan Faizah yang sudi membantu. Juga photographer terbaek dari Ustarz Photo Habi Muh Ali dan gengnya dari Kicaphoto. Last but not least, my lil sister, fura yang turut membantu. Allah saja yang dapat membalas jasa2 kalian. May Allah shower His blessing and LOVE upon all of you!! Ameeeeen ya Allah! Thanks! Arigato! Kamsahamnida! Merci! Xiexie! Oukun chraan! 

Kad comel daripada peminat-peminat bertuah. Thaks tu Faherah aka Bunbun!

mmt: memori indah! =) Untuk lebih banyak gambar, boleh tengok di fan page Devotees k.

21 Mei 2011

Devotees di media lagi =)

Alhamdulillah, lagi paparan tentang Devotees dan cerita album Berjalan Tanpa Henti di media. Take a look! Just click to enlarge.

Sinar Harian 13 Mei 2011

Devotees dalam majalah Dara.com edisi Jun 2011. Teruna masuk majalah dara hehe ;)

Kosmo 20 Mei 2011

Thanks kepada semua wartawan yang sudi siarkan cerita tentang Devotees dan album BTH. Really appreciate it! Kepada yang belum dapatkan album BTH. Jangan lupa dapatkan yang original! =)


Gambar dari Kosmo Online. Suka gambar ni. Thanks to photographer yg cool!

mmt: encik rajin, sila datang supaya blog selalu update ;P

08 Mei 2011

Terima Kasih Ibu ♥♥♥♥♥

Sebuah lagu yang saya cipta istimewa buat ibu saya beberapa tahun lepas. InsyaAllah andai tiada aral, lagu ini akan dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid untuk album pertama mereka. Nantikan karya ini sebagai suatu melodi yang indah dan penuh makna. Saya tampilkan bait-bait liriknya buat tatapan semua.

Terima Kasih Ibu

Terkenang daku dalam rindu
Masih hangat belaianmu
Menjelmakan rasa indah tika bersama
Denganmu..

Ku ciptakan sebuah lagu
Tanda ingatan kasihku
Buatmu permata hati selamanya
Oh Ibu..

Dalam meniti kehidupan yang penuh dugaan
Segala payah kau hadapi dengan ketabahan
Kasih sayangmu tak ternilai tiada bandingan
Doaku agar kau bahagia

Kasih sayang padaku yang kau beri
Menjadi penawar di sanubari
Tulus hatimu oh ibu
Mendidik dan mengasuhku

Terima kasih ucapan untukmu
Tuhan saja bisa membalas jasamu
Moga kasih suci ini 
Bersemi untuk selamanya
Hingga ke syurga......




Selamat Hari Ibu buat mak yang tersayang, Hjh Rusmada Abd Rahim. Terima kasih yang tak terhingga atas segala-galanya. Semoga dipanjangkan usia untuk lebih lama bersama kami. Semoga segala pengorbanan diberi ganjaran oleh Allah swt. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Ameen..


mmt: Mak selalu masak untuk saya, mak selalu basuh baju saya, mak selalu kemaskan untuk saya, mak selalu beri nasihat untuk saya, mak selalu buat banyaaaaaaak benda untuk saya. Terima kasih mak. Love u very10000X much!!!

07 Mei 2011

Devotees di Utusan Malaysia dan Harian Metro

Alhamdulillah setelah sebulan album Berjalan Tanpa Henti (BTH) berada di pasaran, cetakan pertama sudah pun   hampir habis dan sudah diulang cetak. Dalam masa yang sama, rangka promosi rancak berjalan termasuk melalui media cetak. Alhamdulillah pada 2 Mei 2011, album BTH dipaparkan dalam ulasan album dalam Utusan Malaysia dan pada 5 Mei 2011 cerita mengenai Devotees dan album BTH dipaparkan satu muka penuh dalam Harian Metro. Semoga album BTH sukses dan diterima ramai insyaAllah. Ameen.. Mohon doa sahabat-sahabat semua. Ini dia keratan-keratan akhbar yang dimaksudkan. Klik untuk besarkan.


Ulasan album Utusan Malaysia 2 Mei 2011

Harian Metro 5 Mei 2011

Terima kasih kepada semua yang dah dapatkan album BTH. Semoga bermanfaat dan tolong promote kepada keluarga dan rakan-rakan ya. Muchas gracias!!

mmt: teringin nak baca review album BTH dari sahabat-sahabat. =)