26 Mei 2011

Sayang Sayang ♥

Assalamualaikum. Tajuk tak tahan. hehe. Sebenarnya, dah lama tak menulis tentang benda-benda yang saya suka & sayang (pernah tulis ke sebelum ni?). Dan kali ni saya nak berkongsi tentang apa yang saya suka kumpul. Ape ye? Jawapannya ialah tak lain dan tak bukan MAGNET PETI SEJUK atau bahasa jawanya Fridge Magnet. hehe... Hobi ni bermula bila saya membeli peti sejuk sendiri untuk rumah bujang pada tahun 2009. Sejak tu pantang pegi mana-mana mesti beli fridge magnet atau ada kawan-kawan yang nak pegi travel, mesti pesan fridge magnet. Saya paling suka fridge magnet yang ada tulisan nama satu-satu tempat dan design kat fridge magnet tu melambangkan apa yang ada kat tempat tu. 

Sebab apa? Ia menunjukkan identiti suatu tempat dan kita boleh imagine keadaan suatu tempat itu hanya dengan melihat fridge magnetnya (kuat imaginasi la konon). Best kan? Kat dunia ni kan banyak benua, dalam satu-satu benua banyak negara, dalam negara banyak negeri dan wilayah, dalam negeri ada bandar-bandar dan kawasan-kawasannya pula. Jadi bila kita dapat kumpul  fridge magnet dari pelbagai tempat yang berbeza-beza, terasa satu kepuasan walaupun kita tak pernah sampai ke tempat tu. Mana tahu, mungkin satu hari nanti dapat juga sampai ke semua tempat tu insyaAllah amiiin. Satu lagi, fridge magnet ni tak mudah hilang berbanding dengan souvenir-souvnir lain. Hari-hari kita boleh nampak sebab dia melekat kat pintu peti sejuk. Jadi, bila nak minum air sejuk tengok magnet, bila nak masak tengok magnet, bila nak makan aiskrim tengok magnet. Lepas tu berangan kejap. Lepas tu tukar-tukar susunannya. Like like.. hehe. 

My beloved collection 

Jadi inilah koleksi saya setakat ini. Setakat ni ada dari Australia, Jepun, China, Kemboja, Singapore, Germany, Brunei, Indonesia, London, Thailand, Vietnam, Dubai dan banyak lagi. Thanks to semua yang yang menyumbang untuk koleksi ini! Sesiapa yang ingin tolong menolong dan bantu membantu sesama saudara dalam menambah koleksi ini, sangatlah dialu-alukan dengan tangan yang terbuka luas seluas langit yang membiru. cewah. Semoga cita-cita nak penuhkan sekeliling fridge dengan magnet menjadi kenyataan. hehe. Sekian dulu, wassalam. Jazakallah khayr!


mmt: terasa nak kongsi resepi campak2 la. Ade ke orang nak? =)

8 ulasan:

::نور فيلزاتي:: berkata...

fuhhh! penuh peti ais dia abg muhammad ni. hehehe. apa kata abg mat buat tutorial masak yg campak2 tu. teringin la nak blaja. =)

Me No-r-@re-MiE-@re-h berkata...

Hmm..nmpknye kite ade hobby yg ala-ala same..(^,-)
tp koleksi mira key chain..
mira mmg suka travel..mn2 mira pergi mesti mira akan cari key chain yg melambangkan tempat tu..
kalau orang lain yg pergi, mira paling suke kalau dia bawak balik souvenir key chain..xdpt souvenir mahal2 pn xpe..janji dpt key chain..hahaha...
bile tengok balik koloeksi2 key chain, mesti teringat kenangan time tu..hehe..btl x?

hmm...resepi campak2???..mcm sedap je..nk try jgk la..boleh la share dgn mira resepinya..(^,^)

wardahwanie berkata...

waaahhh...penuh nye fridge magnet kat peti ais...huhu....best jgk ek kumpul magnet byk2 then lekat kat peti ais...hehehe...nk cube la...tp tu pun klo ade 'rumah bujang'..HAHAH

Candy Rune berkata...

wahhh.... byknyer.... nnt klu dh xmuat nk letak ktne pulak abg muhammad?? bli peti ais bru ke?? hihihihi..... resepi cmpak2?? blh2... kongsi la... biasenyer yg cmpak2 tula sdap! hehehe... =)

cik bunbun berkata...

same macam arwah ayah @_____@


okay2. nanti orang bagi adiah fridge magnet, hahaha

Nur Nadhilah berkata...

Alololo, comel je :D

yoko2 berkata...

heheh..nice2..tp koleksi fridge magnet kat umah x sepenuh pic td...mesti dh lame collect nie kan...

dyrah berkata...

hm,hobi yg menarik...^_^