22 Mei 2011

Catatan manis: Pelancaran Album 'Berjalan Tanpa Henti'

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya, album Berjalan Tanpa Henti (BTH) telah selamat dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat 20 Mei 2011 bertempat di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 20 Mei 2011 dipilih sempena ulangtahun ke 6 Devotees dalam industri muzik tanah air. Majlis ni telah dirancang kira-kira sebulan lebih awal oleh kami semua anggota2 Devotees bagi merancakkan lagi promosi baby terbaru yang kami sayangi itu. 


Untuk memastikan majlis berjalan lancar, kami telah melantik Firdaus, DJ Nasyidfm sebagai Pengarah Program yang akan memonitor semua tugas2 yang telah diaturkan. Saya bertindak sebagai setiausaha dan bendahari serta merangkap ketua unit protokol. Halim jadi chief untuk unit dokumentasi, Adi jaga unit perhubungan media dan Shauqi ditugaskan menjadi kepala unit jemputan. Kesemua ketua2 unit yang dilantik dibantu dan disupport oleh ahli-ahli daripada kalangan staf-staf Ez Qurban Sdn. Bhd. yang memang terbaek dan sporting. Alhamdulillah semua tugas2 yg diberikan dapat dilaksanakan dengan cukup baik oleh semua yang terlibat. Tak sangka perancangan majlis berjalan dengan begitu lancar dan baik sekali.

Sibuk membuat persiapan

Tiba masa yang dinanti, tanggal 20 Mei 2011, dalam sedikit nervous kami bersiap sedia di Restoran Puteri sekitar pukul 11 pagi. Pelbagai persiapan akhir dibuat, pasang banner, bunting, buat prop untuk gimik pelancaran, video pelancaran, meja pendaftaran, p.a system dan macam2 lagi. Semuanya berjalan dengan baik, cuma banner yang agak lambat siap merisaukan kami semua. Nervous ni. Tapi sebaik sebelum majlis start, alhamdulillah sampai jugak banner yang ditunggu2.

 Temuramah dengan TV Alhijrah

Selepas solat Jumaat kami terus bersiap untuk majlis. Menjelang pukul 2.40 petang beberapa wakil media sudah kelihatan. Sempat ditemuramah oleh krew2 Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah dan Portal Gua. Pukul 3.15 petang majlis dimulakan oleh pengacara jemputan, seorang selebriti TV3 yang tidak asing lagi iaitu Fedtri Yahya. Fedtri memang professional dalam mengendalikan majlis diselangi jenaka-jenaka sopan yang kelakar. Sempat dia memuji tema ungu putih yang dipilih oleh saya sendiri (guna kuasa veto haha) yang diibaratkan seperti majlis kenduri kahwin. Memang cantik kalau kahwin tema purple putih, dah plan awal dah hehe. Selepas celoteh Fedtri yang mencuit hati, Shauqi dipersilakan untuk memimpin bacaan doa. Tiba-tiba je Shauqi sebak ketika membaca doa. Touching... sob sob (T_T). Mudah-mudahan majlis diberkatiNya, amiiin.

Bersama pengacara yang mantap, Fedtri Yahya

Seterusnya Ustaz Azhar, Pengarah urusan Ez Qurban merangkap Penerbit Eksekutif album BTH menyampaikan ucapan. Ustaz Azhar adalah insan yang sangat berjasa kepada Devotees, kerana tanpa beliau album BTH mungkin tidak dapat direalisasikan. Terima kasih ustaz!!! Lepas tu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada tetamu kehormat, Ir. Ahmad Jais Alias, CEO Koperasi Muslimin Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berpesan supaya nasyid mengutamakan 2 elemen yang paling penting iaitu cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Selepas 2 elemen itu, barulah dimasukkan elemen2 lain. Ucapan tuan Ir. sangat berguna dan cukup sarat dengan mesej2 yang bermanfaat untuk kami sebagai pejuang irama nasyid. Terima kasih tuan Ir. Ahmad Jais!!

Tuan Ir. Ahmad Jais & Ustaz Azhar menyempurnakan gimik pelancaran

Ceria bersama BTH, baby tersayang!

Tamat ucapan, tibalah masa yang dinanti, menggunakan iPad2 tuan Ir meletakkan tangannya di atas iPad2 dan disusuli dengan video tentang album BTH. Walaupun sedikit gangguan teknikal pada audio, tapi boleh diabaikan.hehe. Selepas tu, tuan Ir menyempurnakan 1 lagi gimik membuka kain yang menutupi CD album BTH. Alhamdulillah, sempurna lah sudah pelancaran album BTH. Untuk meraikan ulangtahun ke 6 Devotees, acara seterusnya ialah memotong kek. Kek ni saya yang tempah (nak jugak). Terasa sangat touching bila sempurna semua yang dirancang, bila potong kek tu, rasa tak percaya kami semua dah 6 tahun bersama  menempuh onak dan duka dalam Devotees (mood lagu Bersama). Mudah-mudahan kami terus diberi kekuatan dan dibetulkan niat untuk terus Berjalan Tanpa Henti dalam perjuangan ini. yeah!! insyaAllah!

Kek Ulangtahun ke 6 Devotees

Seterusnya sesi fotografi bersama tenaga-tenaga produksi Along Exists, Salleh Brotherz dan abg Taufik Nordin. Yasin dan Dakmie tidak dapat hadir. Majlis diteruskan dengan persembahan 3 buah lagu daripada album BTH iaitu BTH, Don't Walk Away dan Bersama akustik. Sempat lagi Fedtri menghadiahkan kami dengan beberapa soalan cepu cemas sebelum buat persembahan. Nasib baik dapat jawab hehe. Sangat enjoy dengan performance hari tu. Hadirin pun sama.

Persembahan lagu-lagu dari album

Tamat persembahan, majlis dirancang diteruskan dengan sidang media ringkas, namun disebabkan banyak media yang ingin menemuramah terus dengan kami, sidang media tidak dapat dijalankan. Kami ditemubual oleh Galaksi TV9, Melodi TV3 dan Diva TV1. Jangan lupa tengok nanti ye. Tamat temubual, barulah dapat beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir, ada pelawak terkenal Abon, abang Amin dan Syahril Inteam, abang Ito Lara, Ustaz Erwan IKIMfm, wartawan-wartawan Utusan, majalah Anis, Munsyeed.com, Harian Metro, majalah Muslimah, Melodi. Galaksi, MHI dan Diva. Ada 5 peminat bertuah yang telah menang dalam peraduan Devotees BTH melalui Facebook, Faherah aka Bunbun, Filzati, Atikah, Ilyani dan Faizah. Dorang memang sporting, siap dapat kad comel hasil kreativiti bunbun. Thanks semua. Makanan pun sedap, macam-macam ada sampai saya sendiri tak sempat nak try semua. Yang paling best, mesti lah fruit tart yang saya tempah. hehe.


Orang-orang kuat Majlis Pelancaran BTH. Terbaek!!!

Ok sekian lah catatan Majlis Pelancaran Album BTH. 20 Mei 2011 meninggalkan memori yang sangat manis buat Devotees dan mencetus semangat baru untuk kami terus kuat meneruskan perjuangan. Setinggi-tinggi dan juta2 penghargaan dan terima kasih buat Ustaz Azhar dan Cik Mah. Orang paling kuat di sebalik BTH. Juga buat Firdausz NasyidFM, staf-staf Ez Qurban; Faizal, Aswad, Siti Nor Fatahya, Fitri, Norisz, Dayang, Kak Sima & Imah. Penaja cookies yang sedap, Zaisara. Thanks to Sarah dan family. Korang memang the best!! Tidak lupa Mazlina Amri, Nur Asy Shuhada dan Faizah yang sudi membantu. Juga photographer terbaek dari Ustarz Photo Habi Muh Ali dan gengnya dari Kicaphoto. Last but not least, my lil sister, fura yang turut membantu. Allah saja yang dapat membalas jasa2 kalian. May Allah shower His blessing and LOVE upon all of you!! Ameeeeen ya Allah! Thanks! Arigato! Kamsahamnida! Merci! Xiexie! Oukun chraan! 

Kad comel daripada peminat-peminat bertuah. Thaks tu Faherah aka Bunbun!

mmt: memori indah! =) Untuk lebih banyak gambar, boleh tengok di fan page Devotees k.

13 ulasan:

nadiRASUL@iman berkata...

tahniah devotees for Berjalan Tanpa Henti! love the album, love the messages, love DEVOTEES! always~ :D

faizah berkata...

wa, terharunya ada nama faizah dlm blog abg Mat ni (2x)huu.terharu n tergaru..haha.x sangka plak mng peraduan tu..b4 tu mazlina dh ofer jd komiti..so.2 in 1 la..haaha.kenangan yg x dpt dilupakan,setelah 6 thn akhirnya sy dpt hadir ms majlis pelancaran album DEVOTEES.

cik bunbun berkata...

hahaha, ehh comel la kad tu =D haha. terima kasih yer =D

Nur Asy Shuhada berkata...

Nama sy pn ade jugak..terharu2..trima kasih jugak buat devotees & ez qurban..20 Mei 2011 mmg hari plg bersejarah dlm hidup..plg best sbb jmpe kwn baru..hehe..

cik bunbun berkata...

oh dan terima kasih jugak


-tempah kek tu. *saya suka makan kek@_@*

-tempah fruit tart *saya suka dessert haha <-- patotla gemok*

-bagi cd free. (walaupun mmg dah bersedia nak beli)

-bawak pusing2 ikut jalan yang sgt memeningkan. hahahaha. serius ni. TERIMA KASIH =)



lots of thnx =D <--- akan terus menyokong devotees

muhammad berkata...

thanks semua! =)

faizah & shuhada: thanks tolong. korang habiskan buah2 atas kek tu ye.baru nak cop.

cik bunbun, pusing2 tu sebab dah terlepas sebenarnya. ikut arahan minah gps je.hehe

::نور فيلزاتي:: berkata...

thanks abg muhammad! haha, nama saya ada kat sini. thanks jugak buat abg2 devotees yg sudi melayan kerenah kami ni. and thanks jugak sbb bagi album FREE. thanks, syukran, terima kasih, arigato! :)

Nadzirah berkata...

Wah..saya pun enjoy baca post kali ni. Tahniah buat Devotees (Syauqi, Muhammad, Adi, Halim). Sadly, I wasn't part of the programme. Still, sangat happy untuk Devotees atas kejayaan melancarkan album "Berjalan Tanpa Henti". I'm happy too, sebab dah memiliki album tu. I'm happy that I get to listen to my most favorite song "Bersama". Happy to share with family and friends as well. Thanks Devotees for the songs and the album, thank you very much!

wardahwanie berkata...

tahniah kepada abang muhammad,abg halim,abg adi dan abg shauqi(devotees) kerana telah berjaya menghasilkan albun yang MANTOP!!!malah membuatkan albun BTH ni sbg halwa telinga kami TANPA HENTI!!!semoga terus sukses selamanya dlm memberi input2 dakwah yg bermakna menerusi nasyid!!

Nur Ilyani Abd Munir berkata...

As salam, tahniah Devotees atas plcrn album & happy bday yg ke-6..Moga segala usaha diganjari dengan kebaikan..Amin..Lets Berjalan Tanpa Henti :)

Me No-r-@re-MiE-@re-h berkata...

Alhamdulillah...
Suka la tengok wane tema for this event...purple n white..hmm..nice n sweet..same ngan tuan yg pilih..sweet je..btl x abg muhammad??..(*,^)..
paling suka mestilah kek tu..yummy2x..
Nway good luck n teruskan perjuangan..(^,^)

chAq berkata...

Assalamua'laikum...
Tahniah yang tak terhingga atas setiap kejayaanya!
Moga terus sukses dunia akhirat.
Moga Devotees disokong atas usaha dakwahnya lillahi ta'ala =)

Nur Asy Shuhada berkata...

Alamak Muhammad..nape xckp awal2 nk cop..kitorg dh asingkan buah2 atas kek tu di meja "org dapur"..tp xde pn yg pegi sane melainkan halim (tu pn sbb nk amik ipad dia)..hahahaha..soo, HANYA KITORG JE yg makan buah2 tu..wakakakaka...