08 Julai 2011

Summer in Seoul Part I

Alhamdulillah, 30 Jun hingga 5 Julai lepas saya berpeluang menjejakkan kaki ke sebuah lagi negara yang memang terkenal dengan jenama Samsung, LG, Kia dan Hyundai. Negara apa? Semestinya Korea Selatan. Percutian kali ini memang best walaupun dalam cuaca yang agak panas dan lebih kurang sama seperti Malaysia. Kembara kali ini bersama dengan kawan-kawan seramai 4 orang termasuk Adi Akmal. InsyaAllah di sini saya akan kongsikan pengalaman sepanjang berada di sana. 

Hari Pertama [30.06.2011]


D7 2862 flying

Penerbangan Air Asia X berlepas dari LCCT pada kira-kira pukul 2.00 petang menuju ke Incheon International Airport. Penerbangan mengambil masa 6 setengah jam. Tiada apa-apa yang dibuat sepanjang dalam flight selain bermain scrabble dan monopoly dalam iPad Adi. Flight selamat mendarat di bumi Korea kira-kira pukul 9.20 malam waktu Korea. Waktu di sana sejam lebih awal dari waktu Malaysia. Setelah selesai urusan imigresen, bagasi dan kastam, kami terus keluar dari balai ketibaan untuk mencari stesen Arex Railroad, tren yang menghubungkan Incheon International Airport dengan kota Seoul. Airport kelihatan sunyi dan tak ramai orang. Sebelum menaiki tren, kami membeli kad T-Money untuk digunakan bila menaiki tren nanti. Kad ni ala-ala Touch n Go kat Malaysia, tapi penggunaannya lebih meluas. Siap dapat kupon diskaun untuk tempat-tempat pelancongan lagi. Harganya W3000 lebih kurang RM9. Kami terus top up W20000 untuk kegunaan sepanjang di sini.

Boarding pass KUL-ICN

Incheon International Airport

Imigresen Korea


Menaiki Arex Railroad commuter mengambil masa kira-kira 45 minit. Trennya agak luas, bersih dan canggih. Memang selesa. Destinasi kami ialah kawasan Sinchon, sebuah kawasan dalam Bandaraya Seoul tempat kami akan menginap sepanjang di sini. Kami berhenti di Hongik University Station dan bertukar ke line 2 (Hijau) untuk ke Sinchon Station. Sampai di Sinchon, kami terus berjalan kaki mencari tempat penginapan yang telah ditempah. Dekat je, lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Setelah selesai urusan check-in. Kami terus tidur untuk menyimpan tenaga bagi perjalanan esok!


Menanti tren

3 ulasan:

Nur Ilyani berkata...

As salam..wah abg muhammad..nice journey..after this, u need 2 treat me :) Nak gi Korea gak ^^

::Cik Pija:: berkata...

salam abg mat. fuhh bestnya gi korea ye tak ajak. lalala~

NoR AmIRaH NoRdIN berkata...

Waaaa....
beshnye dia g holiday...
xajak pn...(^,^)
dah lame simpan keinginan nk g korea ni..bile agaknye dapat jejak kaki kt Korea ni ye????....hmmmmm...
bestnyeeeee...........(^,*)