29 Ogos 2011

Aidilfitri menjelma lagi!

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! 
La ila ha illAllah Allahu akbar! 
Allahu akbar walillahilhamd!

Alhamdulillah. Sebulan menempuh Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Terasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Memanglah kita sentiasa inginkan yang terbaik. Namun sebagai manusia kita pasti terasa ada kekurangan yang ingin diperbaiki. Mudah-mudahan kita berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang. Ameeen..

Kini Syawal pula menjelma. Saya ingin mengambil kesempatan memohon setulus kemaafan atas segala salah dan silap termasuk kemalasan mengupdate blog ini. Semoga ukhuwah lebih erat insyaAllah. Kalau di bulan Ramadhan kita boleh menahan diri daripada perkara2 yang tak baik, teruskanlah di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Moga kita dapat istiqamah. Raikan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Eratkan ukhuwah sesama keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan2. Semoga meriah dan gembira di lebaran ini. Terimalah e-kad raya purple dari saya. =)



Akhir sekali, TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! 
MAAF ZAHIR BATIN! ;)


mmt: Ada ucapan untuk saya, tinggalkanlah komen di sini.hehe. Kalau ada kuih raya yang sedap, hulur2 la sikit. Yang sedap je tau! =)


7 ulasan:

::Cik Pija:: berkata...

selamat hari raya jugak abg mat. minta maafla kalu ada salah dan silap t'utamanya masa majlis pelncaran album devotees tu. :)

amboi, nak yg sedap2 je..

Sarah Azizul berkata...

pakcik! mana boleh request biskut sedap. janji orang bagi..sudahlah. aiyaaaa. hahaha. Maaf zahir batin.

Dr. Nurhaziqah.Mz berkata...

Eid Said!! Minal aidil wa faizin..Kullu 'am wa antum bikhair, Ensya-Allah

Eylia_Feelhoney berkata...

selamat hari raya juga..maaf atas kesilapan ana..

Nur Ilyani berkata...

Kullu am wa antum bikhoir..sy pun minta maaf esp time jmpe devotees tym kat gemencheh 2..abg pun hukur2 la kuih rya ye

NoR AmIRaH NoRdIN berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Kemerdekaan ke-54 (^,*)

Nak biskut raya kene datang rumah..hehehe...

Nadzirah Amiruddin berkata...

Finally you're up-dating the blog. Tertunggu-tunggu jugak lah, hehe (must be very busy eh..). Anyway, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Have a wonderful Aidilfitri with beloved ones, :-).