14 September 2011

AIM 18, finally we made it to TOP 5!


Alhamdulillah setelah enam tahun berkecimpung dalam arena nasyid, akhirnya Devotees berjaya juga melangkah ke senarai akhir Top 5 Lagu Nasyid Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke 18, sebuah acara yang mengiktiraf hasil muzik yang terbaik dan berkualiti. Syukur tak terkira. Lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang didedikasikan buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w berjaya menambat hati juri untuk diletakkan sebaris dengan 4 lagi lagu nasyid yang terbaik antara yang terbaik. Tahniah kepada Abd Halim Devotees yang menghasilkan lagu, lirik dan susunan muzik untuk lagu ini. Terima kasih kepada Along Exists yang membantu dalam rakaman lagu ini. Selain itu sentuhan percussion Hafidz Udu yang menyedapkan lagi susunan muzik. Terima kasih juga buat Ustaz Azhar dan Cik Mah Ez Qurban yang banyak sekali membantu dalam menghasilkan album Berjalan Tanpa Henti. Kepada yang belum memiliki album ini, dapatkanlah segera daripada kami. InsyaAllah... terbaekk!!



Alhamdulillah, saya juga turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik melalui karya lirik dalam lagu Santun Berpesan yang digubah lagunya oleh Adi Akmal Devotees dan didendangkan oleh kumpulan Castury bersama penyanyi lama Ayati Tasrip. Tak sangka percubaan pertama menghasilkan lirik untuk album studio penuh diangkat ke tahap ini. Sebelum ini hanya menulis untuk lagu-lagu nasyid untuk pertandingan-pertandingan nasyid. Mungkin lepas ini boleh menulis lebih banyak lirik dengan lebih serius. InsyaAllah.

Apa pun, diletakkan sebagai top 5 antara yang terbaik sudah cukup bermakna buat kami. . Kemenangan itu hanya satu pencapaian ekstra jika dipilih. Terpulang pada juri yang menentukan dan berserah pada rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt. Saingan semuanya orang-orang otai dan hebat-hebat belaka. Berikut adalah finalis bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik & Lagu Pop Etnik Terbaik:

Lagu Nasyid Terbaik

  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W.
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Inteam, Rabbani, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana – Pahlawan Gaza


Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – HambaMu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana




InsyaAllah Devotees akan terlibat dengan roadshow AIM ke 18 yang diadakan di beberapa lokasi. Kami akan update tarikh-tarikh dan lokasinya nanti di Facebook. AIM ke 18 akan diadakan pada 12 November 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro Ria sebagai penyiar rasmi. Penaja utama ialah Celcom dan stesen radio rasmi ialah Era. Untuk melihat senarai penuh pencalonan sila klik di sini.

Doakan yang terbaik untuk kami! Terima kasih =)




mmt: Nak buat lirik cinta pulak lah. (^^)




04 September 2011

Tersentuh.....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. 

Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terkorban akibat terkena peluru sesat di Mogadishu Somalia. Terpancar kejujuran pada wajahnya. Moga dia tenang dan damai di sana bersama orang-orang yang diredhaiNya. InsyaAllah....

Foto Bernama


Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Tersentuh melihat kedua-dua anaknya yang masih kecil dan isterinya yang tampak begitu tabah menerima suratan takdir. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka.

Sama-sama renungi ayat ini:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 
(Ali-'imran:185)





mmt: Ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah....



Jom masak spaghetti bolognese gerenti sedap! ;)

Kalau raya je mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lodeh dan sebagainya. Memang rasa tak lengkap raya kalau takde hidangan tu semua. Tapi kalau buat open house, apa kita ubah sikit citarasa dengan menambah hidangan yang lain sikit. Untuk open house raya ni, saya masak spaghetti bolognese dan carbonara. Alhamdulillah memang laku. hehe. Resipi ni saya dah ubahsuai sikit2 daripada source2 asal yang diambil dari en google dan sebagainya. Masih ke'itali'an tapi ada unsur2 kemelayuan supaya orang kita boleh makan. So, nak share la resipi saya ni. Bukanlah nak jadikan blog ni blog masakan. Cuma sekadar nak berkongsi. Ikut je step2 di bawah. Dijamin gerenti sedap.


Mula2, tumis bawang besar kuning yang dipotong dadu.

Lepas tu, masukkan cili giling. Haa yang ni ikut lidah melayu.
Kalau nak pedas bubuh la banyak. Ikut citarasa.

Lepas dah pecah minyak. Masukkan daging kisar.

Kacau daging hingga warnanya bertukar coklat dan air daging sudah agak kering.

Masukkan tomato puri. Saya guna yang dalam tin. Kacau hingga sebati. Kuantiti ikut citarasa, kalau suka masam bubuh lebih sikit. 

Masukkan bawang putih yang dicincang sehalus-halusnya. Masukkan juga sedikit 
madu lebah.

 
Then, masukkan tomato yang dipotong dadu. 

Masukkan pula capsicum yang dipotong dadu. Ini optional. 


Tambahkan sos spaghetti. Saya guna sos spaghetti Kimball macam kat bawah. Ini untuk menambah rasa since sos dalam botol ni dah dicampur dengan italian herbs. So, tak payah la kita nak cari herbs2 tu lagi. Mahal pulak tu. hehe


Last sekali saya masukkan chicken ball. nak letak meet ball pun boleh. Ikut suka.

Inilah hasilnya. Seeloknya biar direneh beberapa minit. So sos akan jadi lebih pekat. Haa, jangan lupa masukkan black pepper kasar dan serbuk black pepper. Lagi banyak lagi sedap sebab pedas. Saya suka pedas2 ni.

Rebus spaghetti atau apa juga pasta kegemaran anda ikut arahan pada paket.

Tadaa.. sedia untuk dimakan. Dalam gambar ni guna fetuccine. Spaghetti dah abes.


Selamat mencuba! Kalau jadi bagitau ye. 






mmt: harap2 'orang rumah' nanti suka makan bolognese. boleh masak selalu. hehe