04 September 2011

Jom masak spaghetti bolognese gerenti sedap! ;)

Kalau raya je mesti ada ketupat, lemang, nasi impit, rendang, lodeh dan sebagainya. Memang rasa tak lengkap raya kalau takde hidangan tu semua. Tapi kalau buat open house, apa kita ubah sikit citarasa dengan menambah hidangan yang lain sikit. Untuk open house raya ni, saya masak spaghetti bolognese dan carbonara. Alhamdulillah memang laku. hehe. Resipi ni saya dah ubahsuai sikit2 daripada source2 asal yang diambil dari en google dan sebagainya. Masih ke'itali'an tapi ada unsur2 kemelayuan supaya orang kita boleh makan. So, nak share la resipi saya ni. Bukanlah nak jadikan blog ni blog masakan. Cuma sekadar nak berkongsi. Ikut je step2 di bawah. Dijamin gerenti sedap.


Mula2, tumis bawang besar kuning yang dipotong dadu.

Lepas tu, masukkan cili giling. Haa yang ni ikut lidah melayu.
Kalau nak pedas bubuh la banyak. Ikut citarasa.

Lepas dah pecah minyak. Masukkan daging kisar.

Kacau daging hingga warnanya bertukar coklat dan air daging sudah agak kering.

Masukkan tomato puri. Saya guna yang dalam tin. Kacau hingga sebati. Kuantiti ikut citarasa, kalau suka masam bubuh lebih sikit. 

Masukkan bawang putih yang dicincang sehalus-halusnya. Masukkan juga sedikit 
madu lebah.

 
Then, masukkan tomato yang dipotong dadu. 

Masukkan pula capsicum yang dipotong dadu. Ini optional. 


Tambahkan sos spaghetti. Saya guna sos spaghetti Kimball macam kat bawah. Ini untuk menambah rasa since sos dalam botol ni dah dicampur dengan italian herbs. So, tak payah la kita nak cari herbs2 tu lagi. Mahal pulak tu. hehe


Last sekali saya masukkan chicken ball. nak letak meet ball pun boleh. Ikut suka.

Inilah hasilnya. Seeloknya biar direneh beberapa minit. So sos akan jadi lebih pekat. Haa, jangan lupa masukkan black pepper kasar dan serbuk black pepper. Lagi banyak lagi sedap sebab pedas. Saya suka pedas2 ni.

Rebus spaghetti atau apa juga pasta kegemaran anda ikut arahan pada paket.

Tadaa.. sedia untuk dimakan. Dalam gambar ni guna fetuccine. Spaghetti dah abes.


Selamat mencuba! Kalau jadi bagitau ye. 






mmt: harap2 'orang rumah' nanti suka makan bolognese. boleh masak selalu. hehe

7 ulasan:

chAq berkata...

bolognese memang sedap bila dimasak oleh orang yang pandai masak bolognese :).

NoR AmIRaH NoRdIN berkata...

Haa...tu dia...
dia masak spaghetti bolognese pulak..
dari resepi timur sampai ke barat dia pandai msk..
hm..rasanye dah blh jd chef ni..hehe..
nmpk sedap..kene try ni...(^,*)

Nur Ilyani berkata...

pergh..chef muhammad..boleh buat blog tutorial memasak la pasni..pasni boleh tjuk nak buat kuih raya ke..btw..pasni kne jd sifu memasak la..luv spghetti bolognese

along bazilah berkata...

(n_____n)

*IFI* berkata...

patutla cik nur ilyani rajin masak blognese! inspired by a.muhammad rupenye! ^_^

siti fatimah berkata...

sedap~menjadi~hehe~

Roziah Reduan berkata...

sedap ni buat buka posa ptg ni..