26 Oktober 2011

C.I.N.T.A


Cuba kau selami erti cinta
Indah bila hadirnya mengulit jiwa
Nadi yang berdenyut terasa kehangatannya
Tak terhenti walau sedetik cuma
AnugerahNya yang nian bermakna

Cinta itu amat tulus nan suci
Impian fitrah pada tiap nurani
Nafsu nafsi bukan matlamat dicari
Tetapi hanya redha Rabbul Izzati
Allah Yang Maha Mengasihani

Ceritalah kepada mereka
Impian cinta adalah bahagia
Namun bukan sekadar mainan bicara
Tapi harapan yang lahir dari lubuk jiwa
Amanah dalam melayari bahtera


Cinta yang kukuh terpateri
Ibarat lagu dan melodi
Natijahnya tercipta bahagia yang diimpi
Teguh istana kasih sejati
Azimat menuju syurgaNya yang abadi




mmt: Sekadar nukilan di petang yang terluang, bukan jiwang. ;)




7 ulasan:

Si Puteri Ali berkata...

tp mcm jiwang je..=p

Halawatul Insyirah berkata...

bestlah nukilan ni. tapi betul kata @Si Puteri Ali. Nukilan ni macam jiwang je :D

dayu_myself berkata...

nukilan dari hati yang terdalam???
kui..kui..kui....
cantik sngguh nukilannya...
erm....

NoR AmIRaH NoRdIN berkata...

Nukilan yg penuh bererti..pasti mendalam maknanya..(^_^)

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat cinta agung Allah s.w.t..Insya-Allah..

Bila kita jatuh cinta..
Biarlah kita mencintai insan yg sentiasa melabuhkan cintanya pada Allah..
Agar bertambah kekuatan kita utk mencintai-Nya dan mencari keredhaan-Nya..

Bila kita jatuh hati..
Biarlah hati kita menyentuh hati insan yg hatinya tertaut pada Allah..
Agar kita tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu dan tidak berpaling dari-Mu..

(*_^)

Amirah Muhajir berkata...

ni lirik lagu baru ke??

Miss Afni berkata...

Wah!! bleh la Persembahkan Nukilan in Di Konsert Simfoni Cinta at USIM sabtu ni ^_^

Eyjaz Nidzar berkata...

^_^