25 November 2011

Tirai baru disingkap

Sedar tak sedar tahun 1432h sudah berada di penghujung. Cukup pantas masa berlari. Dan pastinya bila tiba saat sebegini, kita cuba menilai kembali apa yang telah berlaku sepanjang setahun lepas. Ya sememangnya  bukan semua yang kita azamkan akan tercapai dengan jayanya. Kita hanya mampu merancang, tapi perancanganNya tidak kita ketahui. Berserahlah harapan kepadaNya agar apa yang dirancang Allah untuk kita adalah yang terbaik. Semoga tahun 1433 bakal membuka lembaran yang lebih manis untuk kita insyaAllah! Hijrahlah ke arah yang lebih baik!


 

SELAMAT TAHUN BARU 1433H!


mmt: antara azam 1433, nak kumpul duit untuk kawin ;)


04 November 2011

Salam Aidiladha 1432H




Bulan Zulhijjah menjelma lagi
Bulan mulia lagi diberkati
Di dalamya dilaksana ibadah haji
Lima rukun Islam dilengkapi

Berduyun manusia ke Tanah Suci
 Beruntung menjadi tetamu Ilahi
Khusyuk beribadah merendahkan diri
Melupakan seketika ehwal duniawi

Ibadah qurban juga dinanti
Dalam setahun hanya 4 hari
Ditunaikan dengan seikhlas hati
Mengharap redha dari Ilahi

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H!


mmt: Raya kat Kemboja lagi ;)

02 November 2011

Cukup cukuplah...

Kita selalu rasa tak cukup dengan apa yang kita ada. Betul kan kan kan? Sememangnya kita  sentiasa berkeinginan terhadap sesuatu kerana adanya nafsu yang mendorong dalam diri kita. Tambah-tambah lagi bila tengok kawan-kawan ada sesuatu yang baru, kita pun nak jugak. Dah ada phone Nokia, nak iPhone 4, dah ada iPhone 4 nak iPhone 5 pulak. Dah ada laptop nak iPad. Dah ada motor nak superbike. Tak habis-habis. Ish ish.. Itulah kelemahan kita sebagai manusia biasa yang punyai keinginan dan kehendak yang tak berkesudahan.

Jadi kepadaNya jualah kita memohon agar diri kita sentiasa cukup dengan apa yang kita miliki. Itulah yang dipanggil sebagai sifat qanaah, berasa puas dengan apa yang ada. Namun qanaah bukan bererti kita malas atau sambil lewa dalam mencari rezeki, tetapi berasa cukup dengan apa jua hasilnya setelah berusaha sedaya upaya. Tiada rasa bimbang, kecewa, putus asa dan marah sekalipun rezeki yang diperolehi tak seberapa. Dan itulah kaya sebenar kerana kualiti jiwa tak tergugat dengan kuantiti harta.

Mari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w di bawah ini, agar hati dan diri kita ditiup dengan sifat qanaah:



Menurut Imam Nawawi, kekayaan (ghina') yang dimaksudkan dalam doa di atas adalah kaya hati (jiwa) yang tidak bergantung kepada manusia dan apa-apa yang ada di tangan (di sisi) mereka. Malah jika kehilangan sesuatu, mereka tidak terhenyak dengan kesedihan.

Imam Nawawi juga mengatakan, “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Kerana barangsiapa yang terus mencari dalam rangka untuk menambah, ia tentu tidak pernah merasa puas. Sebenarnya ia bukanlah orang yang kaya hati."



mmt: mari berusaha jadi kaya. kaya di dunia, kaya di sana. =)