20 Disember 2012

Dapat saguhati pertandingan pantun jawi

Hari tu try masuk pertandingan mengarang pantun jawi anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Ternampak iklan kat dalam paper. Saja nak try walaupun dah lama tak buat pantun2 ni. Dulu ada la jugak berpantun time sekolah dulu2. Sekarang ni nak cari idea pun termenung jugak lah. Pertandingan ni tutup 30 November 2012 hari tu. Tapi tak tau la ramai ke tak yang masuk, sebab submit pun guna email je. Tup2 dapat call dari PNM, "Anda salah seorang pemenang saguhati" hehe. Alhamdulillah ok la tu, rezeki. Good try. Jom baca pantun2 yang saya buat. Tema pertandingan ni "Tulisan Jawi citra Keunggulan Budaya Melayu". Tengok korang boleh baca tak dalam jawi hehe. 


١
لابوه سمڤن تڤين موارا
 سهارين منجالا ايكن دوري
ايوه وطن ڤنچينتا بڠسا
مرتبتكن سمولا توليسن جاوي
٢
تريق منتاري كناڠا لايو
 تومبوه ملاتا ميره كونتومڽ
توليسن جاوي ڤوساك ملايو
واريثن برهرڬ تيڠڬي نيلايڽ
٣
ڤوهونن جاتي تومبوه منيڠڬي
تمڤت ڤرماءينن سي انق دارا
توليسن جاوي لمبڠ جاتي ديري
تونجڠ كاوڠڬولن بودايا كيت
٤
تومبوه ددالو د تڤي ڤريڬي
ريندڠ برسام رومڤون سمالو
سجاره ملايو منجادي بوقتي
جاوي ڤمبينا تمدون برعلمو
٥
مندايوڠ ڤراهو ڤرڬي مڠايل
داڤت كراڤو ڤنجڠ سهاستا
سسترا ملايو چنتيق ترنوكيل
بركمبڠ ماجو منچورق بڠسا
٦
ڤوكوق كتاڤڠ داهن برامڤق
بواه مڠكودو رانوم د لامن
جاوي لامبڠ اسلام برتاڤق
د تانه ملايو برسينر ڤدومن
٧
برداون تيروس برالون رنتيڠڽ
ڤوهون چمارا تڬق برسري
بركياس هالوس سنتون بربهاس
اينده بيچارا چرمينن ڤكرتي
٨
هاروم مواڠي بوڠا كستوري
سمربق اروما مڠهياس ايستان
توليسن جاوي اينده برسني
برماچم روڤا چيترا بودايا
٩
چلاڬ کمودي د هوجوڠ سمڤن
موديق ك كوالا مڽانداڠ راڬ
ڤمودا ڤمودي ڤنروس واريثن
سمتكن چينتا خزانه برهرڬ
١٠
سينر سوريا مڽولوه لامن
سميلير بايو لمبوت مڽاڤا
اكر بڠسا تروس دڤرتاهن
ليستاري ملايو د مات دنيا

22 November 2012

Bom bom kedebom! (Titipan buat Gaza)


Di Gaza banyak bom
Bom sana bom sini
Hari-hari dengar bunyi bom
Hari-hari ada letupan bom

Rumah kena bom
Sekolah kena bom
Kereta kena bom
Hospital kena bom
Orang pun kena bom!

Banyak mati kena bom
Banyak luka kena bom
Banyak duka kerana bom
Banyak kebulur angkara bom

Tengah makan takut dibom
Tika tidur takut dibom
Sedang jaga takut dibom
Tiap saat takut dibom

Yang bom itu sudah gila
Tiada lagi jiwa manusia
Bom jadi mainan suka
Untuk bagi Gaza derita

Di sini bom tak ada
Hanya roti bom yang ada
Syukur masih aman sentosa
Tolonglah doa pada mereka

Moga musnah dibom laskar rejim
Dengan bom para mujahidin
Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim
Moga aman negeri Palestin

Amin Ya Rabbal Alamin....




mmt: Let's pray and donate for Gaza! Boycott Israel!!

14 November 2012

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri III (Western & Chinese Muslim Food)

Assalamualaikum semua!

Ok kita terus sambung part III. Kali ni tengok pulak kat mana tempat makan best untuk makanan western dan makanan cina muslim di Bandar Baru Bangi. Boleh la jadi pilihan kalau datang ke sini. Tapi kali ni tulis simple2 je ye hehe (malas la tu). Ok straight to the point, let's check it out!

Pilihan untuk makanan western:



Red Card Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB 
Pilihan no.1 saya setakat ini untuk western food. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan. Kalau teringin nak makan spaghetti mesti pegi sini. Steak & grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga.

Yummy pasta at Red Card Cafe

Austin Steakhouse - No. 55GF, Jln Kajang Impian 2/1, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Pelbagai jenis steak dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala koboi.

Wadihana Islamic Steakhouse - Jln. Medan Pusat Bandar 2D, Seksyen 9, BBB
Selain steak dan menu western yang biasa, kat sini specialnya ada pizza yang memang dibakar sendiri di relau yang dibina khas dalam restoran ni. Kalau nak pizza yang ada kelainan, boleh la cuba.

Little White Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB 
Suasana eksklusif dekorasi english style dan rasa macam kat rumah. Sesuai untuk yang nakkan privacy. Variasi menu western dan dessert. Kek kat sini menarik.


Cantik kan?

@grills Restaurant - No 50 Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi
Pelabagai makanan western yang enak. Rasanya specialty kat sini steak yang dimasak just nice dengan sauce yang memang match. Enak sekali! Makanan lain ada pelbagai jenis pasta dan burger yang dihidang dengan cara tersendiri. Ambience dan deco restoran ni pun menarik. Selesa dan sesuai untuk family atau makan besar dengan member2!


@grills Restaurant Bangi

 

Pilihan Untuk makanan Cina Muslim:

Mohd Chan Abdullah - Jalan Medan Pusat Bandar 2C,  Seksyen 9 BBB

Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim termasuk pelbagai jenis sup, mee, lauk-pauk dan dim sum.


Haji Sharin Low - Jalan Air Hitam, Sg. Merab Luar, Bangi
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.

Red Wok - Jln Kajang Impian 1/2, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim dan juga steamboat dengan pilihan pelbagai makanan laut.

NJ Zenith Chinese Muslim -
Jalan Medan Pusat Bandar 2C,  Seksyen 9 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.

Horizon Garden -
No.13A & 15, Jalan 8/35, Seri Bangi, BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim, pakej makanan dan pilihan semuanya dalam persekitaran seperti di hotel. Boleh la sekali sekala kalau nak makan besar bersama family atau kawan-kawan.

Ok sekian la dulu post pasal makan2 ni ye.  Kalau datang BB. Bangi boleh la pilih mana tempat yang berkenan. Selamat menjamu selera.


mmt: sekarang dah jadi coffeeholic. tak tau kenapa  ;)  

12 November 2012

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri II (Makan Malam)

Assalamualaikum semua!
Tak sangka post pasal makan yang lepas banyak view, ok sambung Part II pulak. Kali ni kita tengok mana tempat makan yang best sekitar Bangi time malam2 dan sesuai untuk bawa keluarga tercinta yang recommended by me. Kita mula dengan masakan goreng2 dan panas2 dulu ye. Ok check it out!

Pilihan untuk makanan goreng2 & panas2

Nim's Little Island - Jalan Teratai (Sungai Ramal Dalam), Kajang 
Walaupun alamat Kajang, tapi kira Bangi jugak la sebab dekat je dan still within area Bangi. Kalau mengidam tomyam yang best, saya mesti pegi kat sini, sebab kat sini ada tomyam kelapa muda yang memang special. Tomyam tu dihidang dalam kelapa muda dan kuahnya guna air kelapa muda. Memang perggh meletop! Masakan lain pun sedap2 dan satu lagi yang special kat sini ada macam2 pilihan air yang unik. Ada soda ceria, soda gembira, soda sedih pun ade. Datang la sini memang berbaloi. Cuma jalan ke sini mungkin susah sikit, tapi boleh google.

Tom yam kelapa Muda special kat Nim's Little Island

Sup Urat Keting (UK) - No. 80, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Kalau nak rasa sup yang sedap panas2 boleh lah datang ke sini. Yang special dia ada sup urat keting, yang orang kata dapat menambah tenaga. Tak tau la betul ke tidak. Tapi sup kat sini boleh tahan. Ada macam2, sup perut, tulang, ayam dan daging. Sate kat sini pun sedap. Kalau nak rasa kelainan sate selain sate kajang boleh la rasa sate kat sini. 


Restoran Sup UK

Wadihana Islamic Kitchen 
- No.2, Jalan Medan Pusat 2C, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, B.B. Bangi 
Makanan kat sini banyak pilihan dan semuanya boleh dikatakan sedap. Presentation makanan pun menyelerakan. Waiter2 kat sini pun friendly, kalau masuk je dorang bagi salam. Kat sini boleh try makanan Johor macam Laksa Johor, Nasi Ambeng dll. Western pun ada dan terbaru ada makanan Jepun seperti teppanyaki, tempura dan sushi. Cuma mungkin harga makanan kat sini agak mahal berbanding tempat lain. Tapi insyaAllah makanannya tak mengecewakan. Oh ye, restoran ni bukak juga untuk sarapan pagi. 

Wadihana Islamic Kitchen

Ana Ikan Bakar Petai - Persiaran Kemajuan  (Bersebelahan Balai Bomba), Bandar Baru Bangi
Ini adalah cawangan Ana Ikan Bakar Petai yang memang famous kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Hari2 kalau lalu kat sini memang penuh je. Parking pun sampai ke tepi jalan. Sebab ikan bakar kat sini memang sedap, servis pun cepat. Pelbagai pilihan jenis ikan mengikut selera anda. Jangan lupa order sotong goreng tepung, terbaik!

Perantau Hill - Lot 5070, Jalan Air Hitam, Sg. Merab Luar, Bangi
Restoran ni terletak di tepi jalan menuju ke Pintu 1 Putrajaya dari Bandar Baru Bangi. Restoran ni luas dan memang sesuai kalau bawak keluarga yang besar. Macam-macam pilihan jenis makanan panas2 dan juga western. Masakan kat sini boleh tahan, cuma kadang2 tak konsisten sebab mungkin ramai tukang masak kot. Tapi ok la not bad.

Hot Bangi Char Koay Teow - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB
Haa yang ni untuk peminat2 char kuey teow. Menariknya restoran ini hanya ada 2 menu, ya 2 menu sahaja iaitu of course la char kuey teow dan nasi lemak. Dua-dua char kuey teow dan nasi lemak kat sini memang sedap. Boleh tahan la sebab itu memang dorang punya specialty. Kalau tak cukup sepinggan boleh order berpinggan2.

Warung Dusun Gearbox - Persiaran Jaya (Seksyen 9), Bandar Baru Bangi  
Restoran ni pun tepi jalan jugak. Kalau dari tol Kajang Highway PLUS, straight je ke arah BBB nanti nampak la signboard dia dan banyak kereta parking tepi jalan. Kat sini yang specialnya tak lain dan tak bukan sup gearbox la. Memang jadi tumpuan penggemar gearbox dan sape2 yang suka sedut tulang lembu hehe. Masakan panas2 lain pun ada. Ikan bakar pun ada. Sesuai jugak kalau nak bawak family ke sini, sekali sekala pekena sup gearbox.


Sup Gearbox

Ok, itu dulu untuk kali ni. lepas ni kita sambung untuk tempat makan western pulak ye. Tungguu...



mmt: Makan jangan tak makan, tapi jangan lewat malam nanti bunc*t. hehe

08 Oktober 2012

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri I (Makan Tengahari)

Assalamualaikum semua..
Lama tak update tetiba je nak update pasal makan kan. Takpe la dari takde update langsung hehe. Sebab saya pun memang suka makan2 ni walaupun dah makin kurus (perasan sket). Kali ni nak post pasal tempat2 makan yang best di area Bandar Baru Bangi (BBB), since saya dah lama duduk kat area ni sejak undergraduates kat ukm 2004-2008, pastu keje kat Melaka kejap 2008-2009, pastu balik semula ke BBB 2009 sampai la sekarang. Rasanya hampir semua tempat makan kat BBB ni saya dah try dan boleh la kalau nak bagi guide untuk siapa2 yang nak jalan-jalan cari makan kat BBB ni dan sekitarnya. Ok saya listkan tempat2 makan yang recommended ikut kategori ye. Oklah, untuk Siri I ni (siap ada siri2 lagi tu) saya listkan tempat makan yang best untuk kategori makan tengahari pilihan saya. Cekitout!




Pilihan tempat untuk makan tengahari di BBB:

Restoran Nasi Ulam - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9 & Jalan Reko Sentral 2 (2 branches)
Banyak pilihan lauk-pauk kampung especially masak lomak yg berjenis2. Ada masak lomak ayam, ikan, daging & siput sedut. Ada pelbagai ulam-ulaman dan cicah-cicahan (eh ade ke istilah ni) seperti budu, cencaluk, sambal belacan & air asam. Tempat pun selesa dan harga pun ok. Sapa lidah selera kampung memang ngam!

Restoran Hassan Ayam Kampung - No. 17, Jalan 7/7A (Seksyen 7), BBB
Ayam kampung goreng dia memang menyelerakan. Kalau lunch time memang penuh. Selain ayam kampung, yang special jugak ialah gulai kawah dia dan masakan lauk-pauk kelantan. Lepas tu ulam kampung berjenis-jenis. Bila cicah dengan sambal belacan dia memang perggh! Tempat selesa dan luas 2 tingkat lagi. Kalau family ramai memang sesuai.

Restoran D'Limau Nipis - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Pilihan lauk pauk kat sini pun not bad. Yang special kat sini ada ikan bakar macam2 jenis dan sotong bakar. Pastu yang lagi special ialah ikan pekasam. Peminat2 ikan pekasam boleh la datang sini. Satu lagi, restoran ni famous dengan air D'limau nipis yang sedap dan takde kat tempat lain. Minuman ni dicampur dengan aiskrim vanilla dan jeli limau nipis yang masam2. Kalau pekena time tengahari panas2 memang terbaik la.

Restoran Asam Pedas Bangi - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Peminat2 asam pedas boleh la datang sini. Boleh pilih ikan apa yang digemari. Ada ikan kembung, ikan merah, ikan pari, ikan tenggiri & terubuk. Asam pedas daging tetel pun ada. Juga pelbagai pilihan lauk-pauk lain dan ulam-ulaman. 

Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor - Jalan SS 15/1C, Seksyen 15 (dekat stadium)
Kalau sesekali nak makan nasi beriani gam johor, di sinilah tempatnya. Sedap dan harga berpatutan. Pilihan lauk ada ayam beriani, ayam masak merah, ayam kampung goreng, daging & kambing. Kena datang awal sebab memang ramai waktu lunch hour siap kena beratur lagi. Kalau lambat takut2 dah habis. Selain nasi beriyani, ada menu Johor yang lain seperti mee bandung muar, mee rebus & soto. Kedai luas sebab dia ambik dua lot kedai. So, boleh la bawak family di hujung minggu.

Restoran Belauk - Jalan 7/7C, Seksyen 7, BBB
Lauk-pauk kat sini sangat la banyak sampai rambang mata nak pilih. Kebanyakannya masakan Kelantan. Macam2 ada kat sini. Lauk pauk kampung confirm. Lepas tu ada sup panas2 boleh pilih ayam atau daging atau tulang. Kuih muih Kelantan dan bubur manisan pun ada dijual. Restoran ni juga buka untuk sarapan pagi.

Medan Selera Seksyen 16 - Tapak Pasar Malam Seksyen 16 BBB, dekat Shell 
Kat sini port untuk student2 dan orang2 bujang sebab harga kat sini agak murah. Ada beberapa gerai yang buka waktu tengahari. Paling famous ialah gerai Azura sebab lauk pauk dia fresh, banyak pilihan dan murah. 



Ok itulah list tempat pilihan saya, sorry la takde gambar. Nanti kalau ada saya update ye. Untuk lokasi yang lebih tepat, sila tanya Mr. Google Map ok. Sekian saja untuk siri kali ini, bertemu dalam siri2 seterusnya (entah bila la dia nak update lagi). Banyak lagi tempat menarik kat Bangi ni. Tunggu ya..


mmt: Seluar2 dah longgar. apa tandanya tu? ;)

05 April 2012

After 3 months..

Ya Allah, lamanya tak update blog ni. Dah bersawang2 dah, habuk pun dah tebal. Kena buat housekeeping dulu. Siapa nak tolong? hehe. Maaf ye kawan-kawan especially yang follow blog yang tak seberapa ni. Tak sangka dah ada 404 followers walaupun lama tak update. Kiranya azam nak rajin update blog untuk tahun ni belum lagi kesampaian, maklumlah kemalasan lagi kuat auranya, tambah-tambah lagi sekarang ni banyak sangat medium nak berkomunikasi kan. Ada facebook, twitter, instagram etc. So apa-apa nak share lagi senang dan simple kat medium-medium tu kan. Kalau blog ni kena buat karangan, so tu yang berat sikit nak mikio apa yang nak dikarang. Bab-bab karangan ni pun dah lama tinggal kan. Apapun, moga2 apa yang ada dalam blog ni dapat dikongsi dan bermanfaat untuk semua.

 "Malasnye nak update blog ni..." kata baby ;)

Anyway, how's life going on? Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sihat, tenang, bahagia, gembira dan ceria. Sememangnya itulah yang kita sentiasa harapkan. Tapi hakikatnya perjalanan hidup ini tak pernah akan sunyi daripada masalah, musibah, stress, sakit dan macam-macam lagi yang menguji kesabaran dan keimanan kita. Apa jua yang mendatang, bersangka baiklah dengan Allah kerana ujian yang diturunkannya adalah tanda sayang Allah kepada kita. Kerana kadang-kadang kita terlupa dan terleka di kala senang & gembira, dan hanya mengingatiNya ketika susah & sedih. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Berserah dan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Dia yang mengetahui yang terbaik untuk kita dan berkuasa menentukan segalanya.

Jom amalkan doa-doa daripada Al-Quran di bawah ini, moga-moga hati sentiasa yakin dengan bertawakkal kepadaNya:



 Ok. Till next update (bila la tu). Assalamualaikum :)


mmt: Tolong bagi semangat sikit nak update blog ni. hehe.. Owh ini entry yang ke 100. Tahniah untuk saya! :P


02 Januari 2012

2012: Harapan dan Impian


Rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru 2012'! Semoga tahun baru ini membawa sinar yang lebih ceria dan bahagia untuk kita semua insyaAllah.

Maaflah sebab membiarkan blog ni bersawang dan berhabuk. Ni baru nak vacum balik hehe. Biasalah bila kemalasan selalu datang menghambat walaupun pernah berazam nak update blog ni selalu. Ya Allah lemahnya diri ni nak beristiqamah. InsyaAllah azam lagi untuk rajin update blog. Doakan ya. :)

Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk hidup di tahun yang baru 2012. Banyak harapan dan impian yang perlu dipenuhi sepanjang tahun ini. Antaranya:

  • Dimurahkan rezki
  • Dipermudahkan perancangan Devotees untuk lebih sukses
  • Meningkatkan amal & ilmu untuk membaiki kekurangan & kelemahan diri
  • Membanyakkan berkawan dengan orang2 soleh (termasuk suami2 soleh)
  • Kerjaya lebih baik
  • Dan banyak lagi..mudah-mudahan tercapai dengan izinNya...
Apapun yang diazamkan, langkah pertama mesti dimulakan dengan penuh keyakinan kita mampu lakukannya. Doa, istikharah dan tawakkal sentiasa menjadi iringan. Tetapkan matlamat secara objektif dan usaha dengan strategi supaya impian tidak hanya tinggal menjadi khayalan semata. InsyaAllah we can do it!



mmt: perlukan waktu secukupnya untuk bersedia. :)