22 November 2012

Bom bom kedebom! (Titipan buat Gaza)


Di Gaza banyak bom
Bom sana bom sini
Hari-hari dengar bunyi bom
Hari-hari ada letupan bom

Rumah kena bom
Sekolah kena bom
Kereta kena bom
Hospital kena bom
Orang pun kena bom!

Banyak mati kena bom
Banyak luka kena bom
Banyak duka kerana bom
Banyak kebulur angkara bom

Tengah makan takut dibom
Tika tidur takut dibom
Sedang jaga takut dibom
Tiap saat takut dibom

Yang bom itu sudah gila
Tiada lagi jiwa manusia
Bom jadi mainan suka
Untuk bagi Gaza derita

Di sini bom tak ada
Hanya roti bom yang ada
Syukur masih aman sentosa
Tolonglah doa pada mereka

Moga musnah dibom laskar rejim
Dengan bom para mujahidin
Juga 'bom' dari kuasa Al-Azim
Moga aman negeri Palestin

Amin Ya Rabbal Alamin....




mmt: Let's pray and donate for Gaza! Boycott Israel!!

14 November 2012

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri III (Western & Chinese Muslim Food)

Assalamualaikum semua!

Ok kita terus sambung part III. Kali ni tengok pulak kat mana tempat makan best untuk makanan western dan makanan cina muslim di Bandar Baru Bangi. Boleh la jadi pilihan kalau datang ke sini. Tapi kali ni tulis simple2 je ye hehe (malas la tu). Ok straight to the point, let's check it out!

Pilihan untuk makanan western:



Red Card Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB 
Pilihan no.1 saya setakat ini untuk western food. Pelbagai pilihan pasta yang confirm tidak mengecewakan. Kalau teringin nak makan spaghetti mesti pegi sini. Steak & grill pun sedap. Suasana cosy dan sesuai untuk seisi keluarga.

Yummy pasta at Red Card Cafe

Austin Steakhouse - No. 55GF, Jln Kajang Impian 2/1, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Pelbagai jenis steak dengan harga yang amat berpatutan. Rasa pun sedap. Yang menarik di sini ialah pilihan jus buah yang fresh, gelas besar dan murah. Dekorasi ala-ala koboi.

Wadihana Islamic Steakhouse - Jln. Medan Pusat Bandar 2D, Seksyen 9, BBB
Selain steak dan menu western yang biasa, kat sini specialnya ada pizza yang memang dibakar sendiri di relau yang dibina khas dalam restoran ni. Kalau nak pizza yang ada kelainan, boleh la cuba.

Little White Cafe - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB 
Suasana eksklusif dekorasi english style dan rasa macam kat rumah. Sesuai untuk yang nakkan privacy. Variasi menu western dan dessert. Kek kat sini menarik.


Cantik kan?

@grills Restaurant - No 50 Jalan Medan Pusat 2C, Persiaran Bangi, Bandar Baru Bangi
Pelabagai makanan western yang enak. Rasanya specialty kat sini steak yang dimasak just nice dengan sauce yang memang match. Enak sekali! Makanan lain ada pelbagai jenis pasta dan burger yang dihidang dengan cara tersendiri. Ambience dan deco restoran ni pun menarik. Selesa dan sesuai untuk family atau makan besar dengan member2!


@grills Restaurant Bangi

 

Pilihan Untuk makanan Cina Muslim:

Mohd Chan Abdullah - Jalan Medan Pusat Bandar 2C,  Seksyen 9 BBB

Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim termasuk pelbagai jenis sup, mee, lauk-pauk dan dim sum.


Haji Sharin Low - Jalan Air Hitam, Sg. Merab Luar, Bangi
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.

Red Wok - Jln Kajang Impian 1/2, Tmn Kajang Impian, Seksyen 7 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim dan juga steamboat dengan pilihan pelbagai makanan laut.

NJ Zenith Chinese Muslim -
Jalan Medan Pusat Bandar 2C,  Seksyen 9 BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim.

Horizon Garden -
No.13A & 15, Jalan 8/35, Seri Bangi, BBB
Menyediakan pelbagai hidangan Cina muslim, pakej makanan dan pilihan semuanya dalam persekitaran seperti di hotel. Boleh la sekali sekala kalau nak makan besar bersama family atau kawan-kawan.

Ok sekian la dulu post pasal makan2 ni ye.  Kalau datang BB. Bangi boleh la pilih mana tempat yang berkenan. Selamat menjamu selera.


mmt: sekarang dah jadi coffeeholic. tak tau kenapa  ;)  

12 November 2012

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi - Siri II (Makan Malam)

Assalamualaikum semua!
Tak sangka post pasal makan yang lepas banyak view, ok sambung Part II pulak. Kali ni kita tengok mana tempat makan yang best sekitar Bangi time malam2 dan sesuai untuk bawa keluarga tercinta yang recommended by me. Kita mula dengan masakan goreng2 dan panas2 dulu ye. Ok check it out!

Pilihan untuk makanan goreng2 & panas2

Nim's Little Island - Jalan Teratai (Sungai Ramal Dalam), Kajang 
Walaupun alamat Kajang, tapi kira Bangi jugak la sebab dekat je dan still within area Bangi. Kalau mengidam tomyam yang best, saya mesti pegi kat sini, sebab kat sini ada tomyam kelapa muda yang memang special. Tomyam tu dihidang dalam kelapa muda dan kuahnya guna air kelapa muda. Memang perggh meletop! Masakan lain pun sedap2 dan satu lagi yang special kat sini ada macam2 pilihan air yang unik. Ada soda ceria, soda gembira, soda sedih pun ade. Datang la sini memang berbaloi. Cuma jalan ke sini mungkin susah sikit, tapi boleh google.

Tom yam kelapa Muda special kat Nim's Little Island

Sup Urat Keting (UK) - No. 80, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Kalau nak rasa sup yang sedap panas2 boleh lah datang ke sini. Yang special dia ada sup urat keting, yang orang kata dapat menambah tenaga. Tak tau la betul ke tidak. Tapi sup kat sini boleh tahan. Ada macam2, sup perut, tulang, ayam dan daging. Sate kat sini pun sedap. Kalau nak rasa kelainan sate selain sate kajang boleh la rasa sate kat sini. 


Restoran Sup UK

Wadihana Islamic Kitchen 
- No.2, Jalan Medan Pusat 2C, 3B Curve Business Park, Seksyen 9, B.B. Bangi 
Makanan kat sini banyak pilihan dan semuanya boleh dikatakan sedap. Presentation makanan pun menyelerakan. Waiter2 kat sini pun friendly, kalau masuk je dorang bagi salam. Kat sini boleh try makanan Johor macam Laksa Johor, Nasi Ambeng dll. Western pun ada dan terbaru ada makanan Jepun seperti teppanyaki, tempura dan sushi. Cuma mungkin harga makanan kat sini agak mahal berbanding tempat lain. Tapi insyaAllah makanannya tak mengecewakan. Oh ye, restoran ni bukak juga untuk sarapan pagi. 

Wadihana Islamic Kitchen

Ana Ikan Bakar Petai - Persiaran Kemajuan  (Bersebelahan Balai Bomba), Bandar Baru Bangi
Ini adalah cawangan Ana Ikan Bakar Petai yang memang famous kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Hari2 kalau lalu kat sini memang penuh je. Parking pun sampai ke tepi jalan. Sebab ikan bakar kat sini memang sedap, servis pun cepat. Pelbagai pilihan jenis ikan mengikut selera anda. Jangan lupa order sotong goreng tepung, terbaik!

Perantau Hill - Lot 5070, Jalan Air Hitam, Sg. Merab Luar, Bangi
Restoran ni terletak di tepi jalan menuju ke Pintu 1 Putrajaya dari Bandar Baru Bangi. Restoran ni luas dan memang sesuai kalau bawak keluarga yang besar. Macam-macam pilihan jenis makanan panas2 dan juga western. Masakan kat sini boleh tahan, cuma kadang2 tak konsisten sebab mungkin ramai tukang masak kot. Tapi ok la not bad.

Hot Bangi Char Koay Teow - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, BBB
Haa yang ni untuk peminat2 char kuey teow. Menariknya restoran ini hanya ada 2 menu, ya 2 menu sahaja iaitu of course la char kuey teow dan nasi lemak. Dua-dua char kuey teow dan nasi lemak kat sini memang sedap. Boleh tahan la sebab itu memang dorang punya specialty. Kalau tak cukup sepinggan boleh order berpinggan2.

Warung Dusun Gearbox - Persiaran Jaya (Seksyen 9), Bandar Baru Bangi  
Restoran ni pun tepi jalan jugak. Kalau dari tol Kajang Highway PLUS, straight je ke arah BBB nanti nampak la signboard dia dan banyak kereta parking tepi jalan. Kat sini yang specialnya tak lain dan tak bukan sup gearbox la. Memang jadi tumpuan penggemar gearbox dan sape2 yang suka sedut tulang lembu hehe. Masakan panas2 lain pun ada. Ikan bakar pun ada. Sesuai jugak kalau nak bawak family ke sini, sekali sekala pekena sup gearbox.


Sup Gearbox

Ok, itu dulu untuk kali ni. lepas ni kita sambung untuk tempat makan western pulak ye. Tungguu...



mmt: Makan jangan tak makan, tapi jangan lewat malam nanti bunc*t. hehe