16 April 2013

Masanya telah tiba: PRU 13

Assalamualaikum semua. 

Entah ada orang baca ke tak hehe. Lama sangat tak update.

Apa pun semua dah maklum tahun ini adalah tahun Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang sememangnya telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi yang first time jadi pengundi. Mesti excited. 

Parlimen dah bubar 3 april 2013 yang lepas, diikuti oleh DUN-DUN semua negeri kecuali Sarawak. Lepas tu SPR pun dah decide penamaan calon pada 20 April, pengundian awal pada 30 April dan hari pengundian merangkap hari keputusan yang paling ditunggu-tunggu pada 5 Mei 2013.

InsyaAllah kali ni saya juga first time nak mengundi since PRU tahun 2008 tak dapat mengundi sebab pusat mengundinya di Sabah bah. So kali ni dah tukar alamat ke Bangi, mengundi di DUN Bangi dan Parlimen Serdang. Yes really excited sebab first time menunaikan tanggungjawab kepada negara. Our choice in our hand. Nobody decide it to us but we ourselves. 



Buatlah pilihan sewajarnya dan sebaiknya dengan memikirkan masa depan agama yang paling utama, masa depan negara, masa depan anak-anak, masa depan diri kita sendiri. Usah pilih berasaskan sentimen dan cerita-cerita yang berlegar di sekeliling. Fikir secara intelektual dengan otak yang diberi Allah. Timbangtara dengan fakta, analisis, pemerhatian dan semestinya dengan iman. InsyaAllah Dia akan tunjukkan pilihan terbaik buat kita.

PRU kali ini dikatakan yang paling sengit dalam sejarah yang bakal menyaksikan pertembungan hebat antara BN dan PR. Kedua-dua pihak pun dah bentang manifesto yang akan dilaksanakan jika diberi mandat. So nilailah kedua-duanya dengan bijak. Perang bendera pun dah meriah di sana sini, apatah lagi lepas penamaan calon nanti.


Anyway, Selamat mengundi!

26 Januari 2013

1st entry 2013

Assalamualaikum..


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 (lambat dah laa). Biasa la busy sangat sampai tak sempat nak update blog. Tiap2 tahun azam nak rajin update blog, tapi? takde maknanye hehe. InsyaAllah I will in this new year.

By the way, semoga segalanya berjalan lancar dan baik-baik saja tahun ini insyaAllah. SegalaNya bergantung pada ketetapanNya, kita merancang Allah menentukan. Segala yang dirancang mestilah disandarkan kepada kuasa Allah. Dengan kata mudah, bertawakkal. Apa yang kita dapat sama ada yang kita inginkan atau pun tidak, pasti ada hikmahNya. Sebab Allah dah bagitau dalam Quran:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Al-Baqarah 2:216]

Oleh itu, bersangka baiklah terhadap segala ketentuan Allah kepada kita. Adakala suatu yang buruk atau musibah yang menimpa kita adalah akibat kesilapan diri kita sendiri tanpa kita sedari. Ujian yang Allah beri merupakan teguran secara langsung kepada kita tanda sayangnya Allah kepada kita supaya kita kembali kepada jalanNya. 

Ok, happy selalu dan bersangka baik sentiasa, sama ada terhadap Allah dan juga terhadap manusia di sekeliling kita. Barulah hidup tenang lagi ceria. Takde la stress atau tension sangat.

Jangan tension2. Happy macam saye :)

Sekian post kali ni. Sebagai penutup renungkan ayat Allah ini:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan (sehubungan itu) Allah memaafkan 
sebahagian besar daripada dosa-dosamu.” 
[Surah As-Syura 42:3]

Until next entry, babai.



mmt: hobi baru yang menggembirakan, exercise di gym :D