16 April 2013

Masanya telah tiba: PRU 13

Assalamualaikum semua. 

Entah ada orang baca ke tak hehe. Lama sangat tak update.

Apa pun semua dah maklum tahun ini adalah tahun Pilihan Raya Umum yang ke 13 yang sememangnya telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, apatah lagi yang first time jadi pengundi. Mesti excited. 

Parlimen dah bubar 3 april 2013 yang lepas, diikuti oleh DUN-DUN semua negeri kecuali Sarawak. Lepas tu SPR pun dah decide penamaan calon pada 20 April, pengundian awal pada 30 April dan hari pengundian merangkap hari keputusan yang paling ditunggu-tunggu pada 5 Mei 2013.

InsyaAllah kali ni saya juga first time nak mengundi since PRU tahun 2008 tak dapat mengundi sebab pusat mengundinya di Sabah bah. So kali ni dah tukar alamat ke Bangi, mengundi di DUN Bangi dan Parlimen Serdang. Yes really excited sebab first time menunaikan tanggungjawab kepada negara. Our choice in our hand. Nobody decide it to us but we ourselves. 



Buatlah pilihan sewajarnya dan sebaiknya dengan memikirkan masa depan agama yang paling utama, masa depan negara, masa depan anak-anak, masa depan diri kita sendiri. Usah pilih berasaskan sentimen dan cerita-cerita yang berlegar di sekeliling. Fikir secara intelektual dengan otak yang diberi Allah. Timbangtara dengan fakta, analisis, pemerhatian dan semestinya dengan iman. InsyaAllah Dia akan tunjukkan pilihan terbaik buat kita.

PRU kali ini dikatakan yang paling sengit dalam sejarah yang bakal menyaksikan pertembungan hebat antara BN dan PR. Kedua-dua pihak pun dah bentang manifesto yang akan dilaksanakan jika diberi mandat. So nilailah kedua-duanya dengan bijak. Perang bendera pun dah meriah di sana sini, apatah lagi lepas penamaan calon nanti.


Anyway, Selamat mengundi!

3 ulasan:

dee berkata...

pusat? kat skbbb eh?

Sarah lockheart berkata...

Oh baru 1st time mengundi? samala...slmat mengundi jg....=)

Tanpa Nama berkata...

Its such as you learn my thoughts! You appear to understand a lot
approximately this, such as you wrote the
e-book in it or something. I believe that you just could do with some percent to pressure
the message home a little bit, but instead of that, this is
great blog. An excellent read. I'll certainly be back.

My web page: free-videos-xxx.net